Ketukan di pintu membuat mereka berpaling ke arah pintu. Haryati bangun dari katil dan membuka pintu biliknya sedikit.
"Ya, abang?"
"Ni bag kak Liya." Kata Ghazali
Dia mengangguk kepala dan memasukkan bagi itu ke dalam bilik nya.
"Kak Liya mana?" Tanya Ghazali
"Ada, dia tengah tidur tu. Lepas habis je solat zohor tadi terus dia lelapkan mata." Balas Haryati
"Oh, kalau macam tu. Abang pun nak rehat juga la. Assalamualaikum." Kata Ghazali lalu berlalu dari situ.
------
Pada petang itu, badan Auliya di goncang perlahan-lahan. Mata dia terbuka sedikit melihat siapa yang sedang kejut dia dari tidur. Haryati tersenyum melihat Auliya yang sedang proses apa yang terjadi."Kak Liya bangun, abang Ghaz ajak solat Asar sama-sama." Kata Haryati
Auliya mengangguk kepala nya lalu menggeliat badannya itu.
"Kak Liya ambil wuduk dulu, Adik tunggu."
Auliya terus ke bilik air dan mengambil wuduk. Selepas mengambil wuduk, telekungnya yang di gantung di dalam almari di ambil lalu menyarungkan telekungnya itu.
"Jom." Kata Haryati
Dia mengikuti langkah ke bilik Ghazali yang terletak selang dua bilik dari bilik adiknya.
"Abang Ghaz?" Pintu diketuk sebelum suara Ghaz dari dalam biliknya membenar kan masuk.
--
Kelihatan tiga sejadah yang terlah di bentang kan mengadap kiblat ."Jom" kata Ghazali
Mereka menganggukkan kepalanya dan lalu menunaikan solat Asar di bilik Ghazali.
---
Selepas solat Asar, sementara menunggu Abi dan ibu pulang dari Bandar, Ghazali, Haryati dan Auliya mengambil angin di luar. Mereka duduk di pondok di luar rumah itu. Rambutan yang di petik oleh Ghazali lalu membawa Rambutan itu ke pondok di mana Adiknya dan Auliya berada."Yay! Rambutan." Haryati bertepuk tangan
"Makan la Liya, jangan malu-malu." Kata Ghazali yang duduk di sebelah adiknya itu.
Auliya mengangguk kepala lalu mengambil rambutan itu di dalam basin.
"Sedap?" Tanya Ghazali
"Sedap and manis." Balas Auliya
"Kak Auliya, kerja apa?" Tanya Haryati tiba-tiba
"ID (interior design)." Balas Auliya
"Oh, mesti best kan design-design ni?"
"Boleh la, learning new concept everyday."
"So kak Liya seorang Interior designer Dan abang Ghaz seorang Detektif. Wow! Matching." Kata Haryati
Mereka tergelak kecil dengan kata Haryati itu.
"Liya besok kita ke bandar Kuantan nak? Saja je jalan-jalan." Tanya Ghazali
"Boleh, saya ok je." Kata Auliya
"la, adik nak ikut tapi adik ada kelas la besok." Kata Haryati kecewa
"Next time la adik." Kata Ghazali
"Janji?" Tanya Haryati
"Ye, abang Ghaz janji." Balas Ghazali
Terus senyum dan menayangkan lesung pipit nya itu.
--
Pada malam itu, mereka sekeluarga bermakan malam di rumah sahaja memandangkan Ibu Ghazali sudah pun beli bahan-bahan mentah pada petang tadi."Ibu." Tegur Auliya yang berada di dapur
"Eh liya." Balas puan Faizah
"Ada apa-apa Liya boleh tolong?" Tanya Auliya
"Boleh, tolong ibu susun pinggan atas meja dan tolong ibu buatkan air oren." Kata ibu Ghazali
Auliya mengangguk kepala lalu mengambil pinggan yang tersedia di counter island itu dan menyusun pinggan itu di atas meja.
--
"Sedapnya bau." Kata Ghazali baru saja melangkah masuk ke dapur"Ibu masak sambal udang petai ke?" Tanya Ghazali
"Ya, Ghaz tu kan makanan kegemaran Ghazali dengan asam pedas ikan pari sekali." Balas Puan Faizah
"Thank you bu! Rindu masakan ibu." Kata Ghazali.
Ghazali mengambil tempat di sebelah adiknya manakala Auliya duduk di sebelah ibunya itu.
"Ghaz, baca doa makan." Kata Abi Ghazali bernama Idrus Ghuzlan
Ghazali terus membaca doa sebelum makan dan menjamu selera masakan ibu nya itu.
--
Selesai makan malam, Ghazali dan Abinya menolong apa yang patut di dapur sebelum mereka ke ruang tamu untuk berbual.
---"Saya masuk tidur dulu." Kata Auliya
"Ok, Sweet dream Auliya and Assalamualaikum." Kata Ghazali dan masuk ke bilik masing-masing.
---end- (tbc)
A dull chapter, forgive me ❤️
--
Till we meet again, byeeeee
YOU ARE READING
Hud Ghazali : Detektif Holmes [OG/SU]
Short StoryDia dikenali sebagai seorang detektif yang cekap dan bijaksana. Dia digelar 'Mr.Holmes' oleh rakan sekerjanya kerana kebijaksanaan menyelesaikan kes, itulah Tuan Muda Hud Ghazali. -- Dia seorang yang periang , ceria dan suka menghiburkan hati orang...