---
Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan hari ini merupakan hari yang paling bermakna untuk Cahaya Auliya dan Hud Ghazali kerana mereka akan diijab kabulkan di Masjid Wilayah. Kesemua keluarga belah Lelaki dan perempuan menginap di hotel berdekatan dengan masjid wilayah.
--
Cahaya Auliya, senyum tidak berhenti terhias di bibirnya itu. Dia tidak sangka dia akan tamat kan zaman bujangnya begitu cepat. Tapi janji dengan detective hensem kita hehehehe!"Tak sangka anak bongsu mama ni dah nak kahwin." Kata puan sara dengan senyuman manis
"Adik pun tak sangka, cepat betul masa berlalu." Balas Auliya
"Dah jodoh kan?" Kata puan Sara
"Dalam beberapa minit lagi, Auliya akan bergelar isteri, so mama nak pesan dekat Auliya supaya jangan cepat melatah ataupun jangan cepat melawan. Kalau ada apa-apa masalah jangan simpan ataupun pendam perasaan tu. Kita sebagai pasangan suami isteri harus bertoleransi dan harus berkomunikasi."
"Rumahtangga ni ada pasang surutnya, kalau kita jatuh, kita jatuh sama-sama. Kalau kita bangun, kita bangun sama-sama. We are each other puzzle." Pesan Puan Sara
"InshaAllah ma, Auliya akan cuba jadi isteri terbaik untuk Ghaz." Kata Auliya dengan senyuman
"Dah jom kita bergerak, Along kata mereka dah sampai." Kata Puan Sara.
Cahaya Auliya mengangguk kepalanya seraya itu dia bangun dari tempat duduk dan berlalu keluar dari bilik hotel itu.
--
Kesemua ahli keluarga mereka sudah pun tiba, ada yang mengambil gambar dan ada yang juga yang tersenyum melihat raja sehari itu.
--Cahaya Auliya melangkah masuk ke dalam masjid itu bersama mama dan ibu mertuanya itu. Auliya terpanar apabila matanya bertemu dengan mata hijau milik Ghazali. Dia cuba mengawal hatinya berdebar kencang.
Dia mengambil tempat disebelah mamanya.
--
Dengan sekali lafaz, Cahaya Auliya sudah menjadi milik Hud Ghazali. Air mata mamanya mengalir perlahan lalu tubuh anak perempuannya itu di peluk dengan erat."Pengantin lelaki sila solat sunat dulu sebelum membatalkan air wuduk." Kata tok kadi
Hud Ghazali menganggukkan kepalanya lalu pergi ke hadapan untuk menunaikan solat sunat.
---Selesai sahaja solat sunat, Hud Ghazali terus berjalan ke atas pelamin. Perlahan-lahan dia ambil tempat duduk di sebelah Cahaya Auliya. Mereka bertentang mata
"Assalamualaikum, my beautiful angel." Kata Hud Ghazali.
Auliya tertunduk malu dengan tindakan Ghazali itu.
--
Perlahan-lahan Hud Ghazali menyarungkan cincin itu ke jari manis Auliya selepas itu giliran Auliya pula menyarung cincin ke jari manis Ghazali. Auliya perlahan-lahan menyalami tangan Hud Ghazali kemudian Ghazali kucup dahi Cahaya Auliya dengan penuh lembut.
--"Tahniah Ghaz dan Adik."Kata Aiman dengan senyuman
"Thank you bro." Kata Ghazali dengan senyuman
"Jaga adik aku seorang ni elok-elok tau, adik aku ni boleh tahan degil but degil dia tak la degil sangat." Kata Aiman
"Along!" Kata Auliya sambil memeluk badannya itu
Ghazali tergelak kecil melihat kerenah dua beradik di depan matanya itu.
---
PADA malam itu, Auliya tersenyum lebar apabila melihat jarinya yang masih lagi berinai merah itu. Cincin yang tersarung pada jari manis di usap lembut. Dia tidak sangka, dia sudah pun menjadi isteri yang sah kepada Hud Ghazali. Oh my gosh! Fairytale ke apa ni?Pintu biliknya di kuak, tubuh Ghazali perlahan-lahan masuk ke dalam bilik isterinya itu. Dia tersenyum manis ke arah isterinya yang sedang duduk di kerusi berdepan di meja solek itu.
"Assalamualaikum." Sahut Ghazali
"Waalaikumussalam, lama, aw, abang kat luar?" Tanya Auliya
"Biasalah Angel, borak-borak dengan papa tadi." Balas Ghazali lalu menanggalkan baju jubah itu.
Auliya terkedu apabila melihat tindakan Ghazali itu. Sungguh menawan tubuh suaminya itu. Nasib baik la suaminya pakai singlet kalau tak, memang pengesan la Auliya pada malam pertama mereka.
"Kenapa? Do you like it, hm? Angel?" Usik Ghazali
Merah padam muka Auliya apabila Ghazali mengusiknya.
"Ma- mana ada , a-abang." Kata Auliya lalu mengalihkan pandangannya
Ghazali ketawa kecil melihat isterinya itu.
"Let's sleep?" Tanya Ghazali
Auliya menganggukkan kepalanya lalu perlahan-lahan dia memanjat katil bersaiz Queen itu .
Ghazali membaringkan tubuhnya di atas katil itu lalu dia memusingkan tubuhnya ke arah isterinya itu. Mulutnya sedang terkumat-kamit membaca surah pendek sebelum perlahan-lahan meniup ubun-ubun isterinya. Auliya tersenyum
"Selamat malam, my Angel." Kata Ghazali terus bibir isteri di sentuh lembut.
"S- Selamat malam abang." Kata Auliya yang terkejut itu. Mama! Adik dah dapat first kiss adik la!
Ghazali tersenyum lalu perlahan-lahan tubuh isteri di tarik dalam pelukan dan malam itu mereka tidur dengan nyenyak.
--
-end-
See you whenever ~
YOU ARE READING
Hud Ghazali : Detektif Holmes [OG/SU]
Short StoryDia dikenali sebagai seorang detektif yang cekap dan bijaksana. Dia digelar 'Mr.Holmes' oleh rakan sekerjanya kerana kebijaksanaan menyelesaikan kes, itulah Tuan Muda Hud Ghazali. -- Dia seorang yang periang , ceria dan suka menghiburkan hati orang...