Chanyeol mundar mandir di ruang tamu rumah orang tuanya sambil memikirkan bagaimanakah mahu menghentikan keselisihan faham antara dia dan keluarganya
"Omma nak apa suruh orang datang nih?" soal Chanyeol penat. Penat dengan segala dugaan yang dihadapi. "Siapa perempuan dalam rumah kamu haritu?!" bentak Puan Park."Omma, dia tu cuma kawan" malas Chanyeol mahu menerangkan lagi siapa perempuan yang berada di rumahnya. "Dia masih tinggal dirumah kamu ke?" tanya Puan Park sambil menyilangkan kedua belah tangannya."Nae" Jawap Chanyeol ringkas.
"Kalau Dasom dapat tahu mesti dia marah" kata Puan Park untuk mengingatkan bahawa yang Chanyeol mempunyai teman wanita yang akan berkahwin dengannya. "Hahhhh" keluh ChanyeolDasom. Kim Dasom ialah teman wanita yang dipilih keluarga untuk Chanyeol. Dasom perempuan yang baik dan pandai mengambil hati semua orang kecuali Chanyeol. Sudah pelbagai cara dicubanya tetap sama saja pergerakan hati Chanyeol. Sampai suatu hari Dasom menangis kerana terlalu kecewa disebabkan perangai Chanyeol yang terlalu melampau. Perkara itu berlaku kira kira dalam bulan lepas. Chanyeol menghalau Dasom keluar dari kereta lalu meninggalkannya di tepi jalan disebabkan oleh masalah kerja.
"Jadi, Macam mana? Kamu jangan kecewakan Dasom ya! Lagi pun Omma tak suka perempuan tu duduk rumah kamu" Kata Puan Park.
"Tengoklah, Omma orang balik dulu lah. Penat. Ni pun baru balik kerja" Ujar Chanyeol letih. Chanyeol berkerja di syarikat appa nya iaitu Choc Building Smart. Sebenarnya Chanyeol tidak terlalu minat pun bahagian pembinaan. Ini semua desakan Puan Park dan Tuan Park, orang tuanya.Setelah tiba dihadapan banglo dua tingkat miliknya dia segera memulas tombol pintu utama rumah itu. Dia memerhati keadaan sekeliling rumahnya .Sunyi. Chanyeol mencari kehadiran seseorang.
"Hai, awak baru balik" sapa Eunji lalu memberikan senyuman manis
Eunji. Jung Eunji ialah perempuan yang dilanggar oleh Chanyeol. Sejak kemalangan tersebut, Chanyeol merasakan bahawa hatinya diketuk oleh seseorang. Pada mulanya, Chanyeol hanya ingin Eunji menumpang sebentar rumahnya disebabkan oleh kasihan. Entah mengapa hatinya terdetik untuk membiarkan Eunji tinggal dirumahnya."Hai" jawab Chanyeol acuh tak acuh."Awak nak makan? Marilah saya dah masak nasi goreng paling sedap untuk awak" ajak Eunji.
"Nanti lah saya makan" ujar Chanyeol. Dia menaiki anak tangga tanpa menghiraukan nasi goreng yang Eunji masak."Jangan lupa makan ya" jerit Eunji perlahan."Selalunya dia balik terus makan.. entah lah" kata Eunji perlahan lalu duduk di meja makan
Siang mula melabuhkan tirainya. Malam menjelma. Eunji berjalan menuju ke belakang rumah lalu duduk diatas buaian yang dibuat oleh Chanyeol has untuknya. Disitu juga Chanyeol menanam bunga dan pelbagai sayuran. Pada pandangan pertama, Eunji fikir Chanyeol adalah lelaki yang biasa dijumpainya tetapi tidak. Chanyeol merupakan seorang jejaka yang mempunyai sifat lain dari yang lain. Pandai masak, pandai menanam, pandai itu pandai ini.
Eunji duduk diatas buaian dengan bertemankan bulan dan bintang. Eunji mula memikirkan sesuatu.
Setelah siap mandi Chanyeol turun ke bawah. Hajatnya ingin menonton televisyen terbantut apabila dia terdengar seseorang menyanyi di belakang rumahnya. Setelah mejumpai pemilik suara itu Chanyeol mula mendekati gadis tersebut.
"Do you remember uril bichudeon taeyang neolpgo pureun bada machi eojecheoreom, sigani meomchobeorin gieok gue soge" nyanyi Eunji mendayu dayu
Kedengaran seseorang menepuk tangan dari belakang Eunji. Eunji menoleh.
"Merdunya suara awak" puji Chanyeol. Pertama kali Chanyeol mendengar nyanyian Eunji."Gomawo" balas Eunji malu malu."Kenapa awak ada rindu kan seseorang ke?" soal Chanyeol sambil berdiri."Nae" jawab Eunji perlahan. Terasa sebak dihatinya."Siapa?" tanya Chanyeol bila soalan tu tiba tiba muncul entah dari mana."Omma saya" perlahan suara Eunji.
Omma kandungnya yang lama sudah meninggalkannya. Selepas kematian Puan Jung omma kandungnya, Appanya berkahwin pula dengan Puan Bang, omma baru bagi Eunji. Ketika appanya masih hidup kehidupannya normal tetapi setelah appanya meninggal dunia kehidupannya jadi tak tenteram, kelangkabut jadinya. Dia dihalau keluar dari rumah oleh Puan Bang kerana dituduh mencuri barang kemas miliknya. Walhal, Min Ah yang mencuri barang kemas itu untuk digadaikan dan digunakan duit tebusan itu untuk bersuka ria. Min Ah terlalu dengki terhadap Eunji disebabkan oleh kepandaian yang dimilik Eunji
.........
![](https://img.wattpad.com/cover/38973660-288-k215538.jpg)
YOU ARE READING
Last Night
Random"Percayalah, saya tak boleh bahagiakan awak" -Eunji "Tapi kenapa?" -Chanyeol "Saya.. ****** "Awak suka saya atau tak?! Tolong jangan mainkan perasaan saya Chanyeol" -Dasom "...... By E.Lia