Part 4

202 25 0
                                    

"Semua dokumen dokumen yang bos minta haritu sudah disiapkan" Ujar Hyuna setiausaha Chanyeol. "Hyuna, saya nak semua temu janji saya ditangguhkan harini" minta Chanyeol."Baik bos" Hyuna memberi tunduk hormat lalu dia beredar dari bilik tersebut

"Macam mana dengan perkahwinan kamu dengan Dasom?" Tanya Paun Park kepada anaknya.Mereka berkumpul termasuklah Dasom di sebuah kafe terkenal di bandar tersebut. Chanyeol diam seketika.Puan Park menukar pandangannya pula ke arah Dasom. Dasom menunduk. "Kamu macam mana Dasom?" Soal Puan Park lembut. "Omma dengan Appa kata lagi cepat lagi bagus tapi, Dasom tak kesah pun pasal tu" jawab Dasom. "Ada apa apa lagi ke Omma? Orang nak balik ni" soal Chanyeol. "Haii, baru je sampai takkan dah nak balik" sindir Puan Park. Chanyeol bangun lalu beredar dari situ. Dasom yang melihat perbuatan Chanyeol itu terus mengejarnya.

"Chanyeol, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?". "Apa?" Chanyeol menutup pintu keretanya semula selepas dia membukanya. Chanyeol memandang Dasom serius. "Chanyeol, saya nak awak terus terang dengan saya, awak suka saya atau tak?" Dasom memandang kedua belah mata Chanyeol. Sunyi seketika. Chanyeol masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan Dasom tanpa menjawab soalan yang ditujukan kepadanya. "Hahh" keluh Dasom

Eunji bergegas ke biliknya setelah dia keluar dari bilik air disebabkan sakit perut. Eunji mencari barangan yang dibeli semalam di farmasi.

"Ni pun" kata Eunji sambil mengeluarkan dua pil ubat tahan sakit dari ubat botol yang dibeli semalam. Eunji menelan kedua nya serentak lalu meneguk segelas air kosong. Setelah siap, Eunji berjalan keluar dari biliknya.

"Awak ada motor tak Chanyeol?" soal Eunji pada Chanyeol yang sedang menonton televisyen. "Untuk apa?". "Saya nak beli barang dapur sikit" ujar Eunji perlahan. "Ada, tapi kat belakang rumah lah"."Dah lama saya tak naik motor, saya dah lupa sikit macam mana nak bawak motor" tambah Chanyeol sambil tersengih. "Tak apa, saya pergi sendiri. Saya pandai bawa motor" kata Eunji sambil tersenyum.

Setelah hujan pagi reda. Eunji bersiap siap untuk ke kedai runcit berdekatan. Eunji berjalan keluar bilik.

"Eh, awak tak pergi kerja ke?" tanya Eunji pelik. "Malas lah" kata Chanyeol. "Saya pergi dulu" Eunji memberikan senyuman manisnya lalu dia membuka pintu utama.

"Eh, bukan awak kat dalam ke tadi?" Eunji pelik. Eunji melihat Chanyeol yang sedang duduk diatas motor dengan siap memakai topi keledar. Eunji tergelak sedikit. "Kenapa awak gelak?" Chanyeol pula pelik. Eunji berjalan kearah jejaka itu. "Chanyeol, awak pakai topi keledar ni terbalik lah" Eunji membuka topi keledar berkenaan dari kepala Chanyeol. "Macam ni" Eunji memakaikan Chanyeol topi keledar dengan cara yang betul. Chanyeol terkaku. Chanyeol menelan air liurnya. Inilah kali pertama dia terlalu dekat dengan gadis manis itu. "Lebih baik awak duduk belakang, saya takut jadi sesuatu kat kita kalau awak yang bawa". Chanyeol mengikut arahan. Dia akur dengan arahan Eunji. Memang betul, pasti akan terjadi sesuatu jikalau Chanyeol yang membonceng motosikal tersebut.
Mereka pun memulakan perjalanan

"Awak bawa lah perlahan sikit, saya takut ni. Dah lama tak naik motor" Chanyeol membuat aegyo. "Rileks je lah, tak ada apa apa pun" Eunji menyedapkan hati Chanyeol. "Errr, boleh saya peluk awak tak?" Chanyeol tersenyum dari belakang Eunji. Ini sahaja peluang Chanyeol untuk bermesra dengan Eunji. "Emm, boleh tapi jangan peluk kuat sangat nanti perut saya sakit pula" ujar Eunji. "Araseo" kata Chanyeol. Chanyeol mula memeluk lembut badan Eunji dari belakang lalu dia tersenyum nakal.


Last NightWhere stories live. Discover now