Part 6

185 27 5
                                    

"Aku garang sangat ke tadi" Chanyeol bercakap seorang diri sambil baring menarik selimut. Tanggannya di letak atas kepala. "Mian Eunji" ucap Chanyeol perlahan lantas melelapkan matanya.

Hujan renyai renyai mula membasahi bumi Seoul pada pagi musim bunga. Eunji mengambil payung. "Awak tunggu dulu" Eunji menahan Chanyeol dari menjejak kaki keluar rumah. Eunji mendekati Chanyeol lalu membuka payung tersebut. "Kajja" ajak Eunji. "Awak buat apa ni?". "Nak hantar awak sampai keretalah". "Payung nih?" soal Chanyeol lagi. "Kan hujan ni,kenalah pakai payung" jelas Eunji. "Sikit je pun" balas Chanyeol. "Dah jom jom" Eunji menarik lengan Chanyeol. Eunji memberikan lambaian terakhir sebelum kereta Chanyeol meluncur laju

"Awak jom pergi kota raya nak? Kita tengok bunga berkembang" ajak Dasom yang baru sahaja memasuki pejabat Chanyeol. "Malas la" Chanyeol tidak memandang Dasom malah dia asyik memberi tumpuan pada fail kerjanya. Dasom menunduk. "Kalau macam tu, tak apa lah" kata Dasom lalu berjalan keluar. "Boleh lah" kata Chanyeol. Dasom yang terdengar ayat tersebut terus menoleh ke Chanyeol. "Jinjja?" Dasom masuk semula ke dalam pejabat Chanyeol. Jejaka itu mengangguk. "Jam 3:00 petang awak ambil saya dekat tempat kerja saya" arah Dasom lalu memberi tunduk hormat.

"Kemas bilik dulu baru bersihkan tandas" Eunji bercakap seorang diri. Tinggallah satu lagi bilik yang tidak dikemasnya iaitu bilik Chanyeol. Eunji membuka perlahan bilik Chanyeol. "Wah, besar bilik. Cantik" puji Eunji. Inilah pertama kali dia menjejak kaki kebilik Chanyeol. "Kemas" desus hati Eunji. "Cuma katil je berselerak" kata Eunji sambil tersenyum. Eunji mengibas ngibas selimut tebal Chanyeol. Setelah siap dia meletakkan semula ditempat yang betul. Selepas itu, dia mengambil bantal lalu menepuk nepuk bantal tersebut. Dia terhenti apabila mahu meletakkan semula bantal tersebut. "Eh gambar sapa ni?" soal Eunji perlahan. Dia memegang sekeping gambar yang sedikit terkoyak. Kelihatan seorang gadis yang senyum memegang aiskrim. Dia cuba membaca nama yang tertera dibelakang gambar berkenaan. "Da..Dasom? tak pernah dengar pun". Eunji meletakkan semula gambar tersebut dibawah bantal. Eunji menoleh untuk kali terakhir. Dia memandang sayu bantal yang berada di atas gambar berkenaan.

Kelihatan pelbagai jenis bunga yang terdapat di kota tersebut. Mereka berjalan di sudut yang mempunyai kurang pelancong. "Senyap je, awak okay tak?" soal Chanyeol. Dasom terkejut. Selalunya gadis tinggi itu yang memulakan perbualan. "Saya okay la" Dasom tersenyum. "Cantik kan bunga kat sini" kata Dasom. Chanyeol mengangguk. "Jom tengok kedai kat sana macam best je" Chanyeol terjumpa kedai pelbagai jenis barangan bunga bungaan

"Ni berapa satu?" Chanyeol memegang rantai yang berbentuk bugan ros dan ada lambang hati di dalamnya. "2000 won". Dasom tersenyum melihat gelagat Chanyeol. "Mungkin dia nak bagi kat aku" desus hati Dasom gembira. Setelah Chanyeol selesai membeli dia terus menyelupkan rantai itu kedalam poketnya. Reaksi muka Dasom berubah.Gadis itu hanya menyepi sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya


Last NightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang