"Awak tak baik lah cakap macam tu dekat omma awak" nasihat Eunji sambil menghayunkan buaian buatan Chanyeol dengan menggunakan kakinya. Pada waktu malam, seperti biasa Eunji duduk dibuaian belakang rumah manakala Chanyeol duduk di bangku berhadapan dengan Eunji.
"Habis tu? Nak biarkan omma saya hina awak?" soal Chanyeol. "Tak apa, saya terima mungkin memang salah saya sebab tinggal di rumah awak tanpa apa apa ikatan dengan awak. Biasalah tu" jelas Eunji. "Saya memang ikhlas nak bagi awak tinggal kat sini". Mereka diam seketika.
"Chanyeol, boleh saya tanya satu soalan" Eunji memandang Chanyeol. "Tanya lah" jawab Chanyeol. "Kenapa awak beri saya tinggal rumah awak eh?" Eunji memandang mata Chanyeol. Chanyeol cuba lari dari bertentang mata dengan Eunji. "Saya cuma kesian dengan awak" jawab Chanyeol. Sebenarnya itu bukanlah jawapan yang benar. Ada sesuatu yang disorokkan dari pengetahuan Eunji."Oh, macam tuh. Terima kasih lah kesian kat saya. Kalau tak ada awak saya tak tahu lah saya hidup atau tak sekarang ni" kata Eunji."Tak baik lah cakap macam tu, yang penting sekarang ni awak selamat" kata Chanyeol pula."Sudah lah, jom masuk dah malam ni" ajak Chanyeol. Mereka pun masuk kerumah dan menuju ke bilik masing masing
"Eunji" panggil Chanyeol. "Nae?" Soal Eunji."Esok pagi awak ikut saya keluar pergi beli barang" kata Chanyeol. "Keure" Jawab Eunji ringkas lalu memberikan senyuman manisnya. Chanyeol memerhati gerak geri Eunji sehinggalah bayangnya tidak kelihatan
Pagi itu udara begitu nyaman, sedikit dingin kerana musim sejuk sudah sampai ke penghujung dan kini memasuki musim bunga.
"Kajja". Mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju."Kita nak beli apa Chanyeol?"."Beli apa yang patut" jawab Chanyeol lalu tersenyum. Mereka pun membeli belah di gedung yang besar itu
"Em, jom lah balik rasanya dah cukup ni" Chanyeol melihat barangan yang dibeli. "Boleh awak tunggu sekejap? saya nak ke farmasi hujung sana" ujar Eunji. "Pergi sekali je lah"." Tak apa tak apa , awak tunggu sekejap" Eunji terus berlari ke farmasi berkenaan
"Mana eh?" Bisik hati Eunji yang sedang mencari sesuatu. "Miss, bahagian mana ada ubat kanser ya?" Tanya Eunji kepada juruwang."Dekat lorong nombor dua tu" tunjuk juruwang tersebut." Kamsahamnida" Eunji lantas berlari ke arah lorong tersebut. "Hah! ni pun, nasib baik ada"
"Lambat ke?" Eunji menegur Chanyeol dari belakang. Chanyeol menoleh. "Tak ada lah, apa yang awak beli sebenarnya?" Soal Chanyeol pelik. "Err saya beli vitamin" Eunji berbohong.
"Mian Chanyeol" bisik hati EunjiMereka pulang kerumah setelah menikmati makan malam di luar."Awak" panggil Chanyeol. "Hmm?" balas Eunji. "Esok saya balik lambat sikit tau" ujar Chanyeol."Okayh" Jawab Eunji ringkas lalu bergegas ke biliknya."Eh, bukan selalu dia bagi senyuman manis dia kat aku ke?" Chanyeol bercakap seorang diri."Pelik"
YOU ARE READING
Last Night
Random"Percayalah, saya tak boleh bahagiakan awak" -Eunji "Tapi kenapa?" -Chanyeol "Saya.. ****** "Awak suka saya atau tak?! Tolong jangan mainkan perasaan saya Chanyeol" -Dasom "...... By E.Lia