"Betul ke awak nak bagi saya tinggal kat sini?" tanya Eunji kepada Chanyeol yang duduk disebelahnya sambil menghirup secawan kopi
"Kalau awak kaluar dari rumah ni, awak nak kemana? soal Chanyeol pula. Soalan yang diberikan oleh Eunji tidak terjawab
"Busan. Busan sajalah destinasi terakhir saya. Kawan saya tinggal di sana" ujar Eunji. Bukan apa, dia tidak mahu menganggu kehidupan seharian Chanyeol
"Awak nak tinggal di rumah kawan awak?" soal Chanyeol lagi. Sebenarnya Chanyeol hanya ingin Eunji tinggal dirumahnya. Sejak Eunji tinggal disini, banglo dua tingkat ini tidak sesunyi dulu. Aura yang Eunji bawa masuk ke rumah besar ini amat disukai oleh tuan rumah. Itulah salah satu sebab mengapa Chanyeol tidak membenarkan Eunji keluar dari rumah tersebut
"Entah lah awak, tapi betul ke awak bagi saya duduk rumah awak ni? Saya ni bukan apa, takut takut awak tak selesa kehadiran saya dalam hidup awak" ujar Eunji. "Saya memang nak awak tinggal kat sini. Awak jadi maid saya. Okey? soal Chanyeol ."Araseo" Eunji memberi tabik hormat kepada Chanyeol. Perangai keanak anakan ini lah yang membuatkan Chanyeol bertambah mesra bergaul dengan Eunji"Mulai harini saya perlu panggil awak apa? Bos? Tuan? Atau lain lain?" tanya Eunji bertalu talu. Eunji kelihatan sedikit gembira
"Macam biasa je lah" Chanyeol tersenyum."Okay lah saya nak pergi kerja, jaga rumah ni elok elok ya" kata Chanyeol lalu dia beredar. Laju sahaja pergerakan kereta Chanyeol itu"Bertuahnya aku dapat jumpa lelaki macam Chanyeol" bisik hati Eunji. Dia mula mengemas bilik. Kemudian tandas. Seterusnya ruang tamu. Selepas itu dapur. Akhir sekali kawasan belakang rumah
"Penat rupanya jadi pembantu rumah ni" keluh Eunji. Peluh di dahi dikesatnya. Dia tidak sedar bahawa dia mengemas sehingga masuk waktu senja. Pada waktu itu jugalah Chanyeol pulang dari kerja
"Ding dong ding dong" Eunji segera kearah pintu."Pelik. Selalunya dia tak tekan butang loceng tu sebab dia ada kunci" fikir Eunji. "Entah lah" Eunji membuka pintu
"Selamat balik Chanyeol" ucap Eunji."Mana Chanyeol?" tanya Puan Park sedikit tinggi nadanya. Eunji tersentak. "Dia tak balik kerja lagi Puan" Eunji sedikit menggeletar apabila berhadapan dengan ibu Chanyeol. "Baguslah, senang kerja aku" Puan Park tersenyum sinis. "Apa maksud puan?" soal Eunji."Aku nak kau ambil barang barang kau berambus keluar dari rumah ni!" bentak Puan Park."Tapi kenapa puan?" Eunji terkejut."Kau jangan nak banyak bunyi! Pergi ambil barang barang kau sekarang! tambah Puan Park. Eunji hanya mengikut arahan yang diberikan oleh Puan Park. Dia tidak berhak melawan mahupun membantah kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap keluarga Chanyeol.
"Kau tunggu apa lagi! Cepat lah! Tercegat kat situ buat apa" jeling Puan Park pada Eunji." Ba.. baik puan". Eunji lantas berjalan mengambil beg dan barangannya.
"Kenapa ni omma?" Soal Chanyeol pada Puan Park."Eh, kamu baru balik?" Tanya Puan. "Kenapa omma datang sini?" Tanya Chanyeol lagi. "Err"
Eunji keluar dari biliknya. Berat sungguh hatinya mahu meninggalkan bilik itu. Dia berjalan menuju ke pintu. Tiba sahaja di depan pintu, dia ternampak Chanyeol. "Mungkin baru balik dari kerja" fikir Eunji.
"Awak nak pergi mana?" soal Chanyeol kepada Eunji. Eunji menunduk. Chanyeol memandang Puan Park."Ya. Memang omma nak halau perempuan ni! Kenapa salah? Kamu simpan perempuan Chanyeol? Murah betul maruah kau perempuan! " hina Puan Park pada Eunji. "Tiada siapa pun boleh buat keputusan dalam rumah ni kecuali Chanyeol!" nada Chanyeol agak tinggi. "Awak tak apa, saya keluar je" kata Eunji. "Tak!" awak jangan keluar dari rumah ni selagi saya tak suruh" bentak Chanyeol. "Omma, lebih baik omma balik rumah je lah". "Oh, kamu dah berani melawan kata omma sebab perempuan murahan ni!". "Omma cukup!" bentak Chanyeol lagi. "Baik lah" Puan Park berjalan keluar lalu masuk kedalam kereta serba hitamnya.
Eunji terkaku. Terkejut dengan pergaduhan antara mak dan anak. Dia tidak tahu mana jalan yang harus dituju
"Awak jangan keluar dari rumah ni, pergi masuk balik bilik awak tu" arah Chanyeol. Eunji hanya mengikut arahannya
Eunji keluar semula apabila dia sudah meletakkan begnya kedalam bilik tersebut. Eunji menuju ke arah Chanyeol yang sedang menaiki tangga.
"Awak nak minum apa apa?" soal Eunji. "Tak apa, saya nak rest" jerit Chanyeol dari atas. Eunji tahu bahawa Chanyeol terlalu penat bekerja tambah pula dengan ragam Puan Park
.........
![](https://img.wattpad.com/cover/38973660-288-k215538.jpg)
YOU ARE READING
Last Night
Random"Percayalah, saya tak boleh bahagiakan awak" -Eunji "Tapi kenapa?" -Chanyeol "Saya.. ****** "Awak suka saya atau tak?! Tolong jangan mainkan perasaan saya Chanyeol" -Dasom "...... By E.Lia