Selepas siap seluruh kerja yang perlu dibuat, Eunji mengambil keputusan untuk berehat sebentar di ruang tamu. Gadis itu menggapai kontrol televisyen lalu ditekan butang merah untuk membuka televisyen berkenaan
"Klak" Pintu dibuka. Chanyeol masuk ke rumah.Eunji yang memberi tumpuan pada televisyen tidak perasan akan kehadiran Chanyeol. "Anyeong!" Chanyeol mengejutkan Eunji. "Omma!!!!!" Eunji terketuk kepala Chanyeol kerana terkejut. "Andwae.." kata Eunji perlahan. "Aduh, sakit kepala saya.." Chanyeol mengusap kepalanya. "Mianhaeyo.." Eunji menunduk. Terasa bersalah mula bermain di pikiran Eunji. "Eyyyy awak ni saya gurau je lah, mana ada sakit" Chanyeol tersengeh. "Mianhae.. mianhae.." Eunji menunduk kepada Chanyeol berkali kali. "Tak apa tak apa.. anyway malam ni saya nak bawa awak keluar, ronda ronda kota raya.. Awak ok kan?" Chanyeol mengangkat keningnya berkali kali. "Ok" balas Eunji pendek
Bumi makin menggelap. Bintang bintang mula menampakkan diri. Cahaya lampu lampu jalan yang pelbagai warna menceriakan lagi kota yang terkenal dengan pembangunan dan perindustrian itu. Chanyeol yang ingin membawa Eunji keluar telah mengotakan kata katanya. Mereka berjalan di tepi tasik yang satu satunya berada di tengah tengah kota raya disitu
"Segarnya udara kat sini" Eunji mendepakan tangannya seluas luasnya. "Kyah, kalau segar sekalipun janganlah tangan awak sampai ke muka saya". Eunji memandang Chanyeol. "Ooo" Eunji menurunkan tangannya. "Chanyeol, kenapa awak macam sedih je? Bukan ke awak yang ajak saya datang sini? Soal Eunji pada Chanyeol. Mana taknya, lelaki itu hanya mendiamkan diri sejak turun dari kereta. "Jom pergi kedai kedai depan tu nak? Macam best je" Soalan Eunji tidak terjawab. Chanyeol menarik tangan Eunji. Mata Eunji membutang
"Selamat datang" tegur satu wanita tua. "Nae" Eunji memberi tunduk hormat pada wanita itu. Kelihatan wanita tua itu sangat mesra bersama orang awam yang datang ke kedai cenderamata nya. "Ahjumma tau kamu datang sini untuk apa, mesti kamu cari gelang pasangan kekasih.. betul tak?" Wanita tadi beria ria ."Ahjumma, kami bukan..". "Yaya.. memang kami cari gelang pasangan tuh" Chanyeol mengenyit mata pada Eunji. "Nama kamu bermula dengan huruf apa ya gadis comel?" Tanya wanita itu pada Eunji. "Huruf E" jawab Eunji. "Kamu pula?" Tanya wanita itu pada Chanyeol pula. "Huruf C". Wanita itu terkial kial mencari gelang yang diinginkan. "Ini dia" Wanita itu memakaikan Eunji gelang berkenaan. Kemudian dia memakaikan pada Chanyeol pula. "Berapa harganya ahjumma?"." Tak apa, ahjumma bagi percuma" Wanita itu tersengeh. "Mana boleh macam tuh" Chanyeol mengeluarkan beberapa helai duit lalu diulur pada tangan wanita itu
"Cantikkan gelang ni?" mereka masih bersiar siar di kawasan situ."Cantik. Lagi lagi dia ada tulis C love E" Chanyeol tersenyum. Chanyeol cuba menyampaikan sesuatu tapi tidak ditangkap oleh pikiran Eunji. "Tapi kenapa C love E? Kita bukan pasangan bercinta". Eunji memandang Chanyeol kehairanan. "Eunji-shi, pusing sekejap" pinta Chanyeol. "Kenapa? Ada apa apa ke kat belakang saya?" Tanya Eunji gelabah. "Pusing lah" pinta Chanyeol lagi. Eunji pun berpusing. Seutas rantai dipasang dari belakang Eunji. Eunji memegang kalungnya lalu memandang Chanyeol dengan penuh tanda tanya. "Hari jadi saya lambat lagi" Kata Eunji perlahan. "Tuh bukan untuk hadiah hari jadi, tapi untuk kita berdua" . "Saya tak paham". " Sudikah awak terima cinta saya Jung Eunji" tanya Chanyeol penuh harapan. Eunji terdiam seketika. Dia tidak terfikir bahawa Chanyeol akan menanyakan soalan sebegitu padanya. Eunji tersenyum lalu memegang tangan Chanyeol. Eunji merenung wajah Chanyeol seketika. "Tak boleh Eunji! Kau tak ingat ke apa yang kau jumpa bawah bantal Chanyeol tempoh hari?" desus hati Eunji. Dia teringat akan gambar yang ada dibawah bantal Chanyeol. Eunji melepaskan tangan jejaka itu lalu berjalan meninggalkannya. "Eunji..
.........
Maaf jika ayat saya tunggang terbalik atau apa apa lah :) tq baca ! Wait for next part :)
YOU ARE READING
Last Night
Random"Percayalah, saya tak boleh bahagiakan awak" -Eunji "Tapi kenapa?" -Chanyeol "Saya.. ****** "Awak suka saya atau tak?! Tolong jangan mainkan perasaan saya Chanyeol" -Dasom "...... By E.Lia