2

125 26 4
                                    

🌸

Sepanjang Hyunjae menyiapkan kerjanya pagi itu, sepanjang itu juga dia melepaskan keluhan berat. Bukan kerana tugasannya terlalu sukar untuk diselesaikan. Bukan juga kerana menahan panas terik mentari yang menerangi pejabatnya.

Tapi, Seolhwa.

“ Oit, panjang betul mengeluh. Ada problem ke tu? ”

Changmin yang duduk paling dekat dengan meja pejabatnya sudah ringan mulut menyoal. Sedari tadi lagi dia perasan wajah lelaki itu seperti dilanda masalah saja. Serba tidak kena. Bukan hari ini saja. Tapi 2-3 hari sebelum ini juga dia sudah perasan perubahan mood Hyunjae.

“ Tak ada apa. ”

“ Sebab Seolhwa noona lagi ke ni, hyung? ”

Haknyeon mencelah, malah menyoal dengan lebih spesifik. Tak perlu sorok-sorok, direct saja bertanya. Bukannya dia tidak tahu kisah rumah tangga tunggang terbalik Hyunjae tu. Sekejap okay, sekejap tak okay. Sekejap bahagia, sekejap bergaduh.

Hyunjae mengetap bibir, tidak memberi jawapan. Tiada sedikit pun dalam hatinya mahu menyalahkan Seolhwa atas apa yang berlaku. Memang salahnya yang pergi curi makan kek itu semalam.

“ Tak. Bukan. Macam ni. Aku yang bersalah sekarang ni. Aku curi makan kek dia. Tapi, cara dia marah tu haih. Terasa betul aku. Marah sangat macam aku buat salah besar. ” Hyunjae mencebik, berasa tidak adil dimarah sebegitu rupa.

Tipulah dia tak terasa hati. Dia buat salah hanya sekecil zarah, tapi amarah Seolhwa menggunung tinggi. Sampai protes tidak mahu bercakap untuk sehari.

Er, Seolhwa noona ada problem dekat tempat kerja dia kot. Then, dia lepaskan geram dekat kau, hyung.  ” Haknyeon membuat andaian sendiri. Perempuan kalau tengah mood tak berapa stabil, semua benda dia rasa nak naik angin.

“ Aku— entahlah. Takkan hari hari dia nak lepas geram dekat aku? Apa salah aku? Kalau betul lah dia ada problem, mustahil sampai berhari-hari dia simpan geram tu. ”

Hyunjae meraup wajah kasar, mendengus perlahan sambil menyandar lemah pada kerusi. Tangannya memicit pelipis, naik pening kepala memikir masalah yang tengah dihadapi Seolhwa. Masuk kerja pun masih terngiang-ngiang suaranya dalam kotak fikiran. Susah hati mengenangkan keadaan dia dan Seolhwa sejak kebelakangan ini.

Changmin mengetap bibir, Haknyeon sendiri bungkam. Tidak pernah mereka melihat Hyunjae jadi serabut begitu. Biasanya lelaki itu lebih tenang, masih sempat ketawa walaupun dilanda masalah. Namun, kali ini keadaannya jelas berbeza.

Lebih baik jangan masuk campur, silap hari bulan Hyunjae pula yang mengamuk.

timeless. hyunjaeWhere stories live. Discover now