4

101 24 1
                                    

🌸

Dalam diam, Hyunjae memerhati gelagat Seolhwa yang dari tadi bergelak ketawa dengan mamanya. Entah apalah yang menggelikan hati sangat tu. Yang penting Seolhwa tidak lagi moody seperti dahulu.

Tidak sangka pula rancangan dia mahu bawa Seolhwa jumpa mamanya boleh kembalikan semula Seolhwa yang dulu. Seolhwa yang suka senyum. Seolhwa yang suka mengusik. Seolhwa yang cool orangnya.

“ Hyunjae. ”

Ralit sangat termenung, sedar-sedar mamanya sudah berada di sebelah. Kelibat Seolhwa tidak lagi kelihatan, tidak pasti ke mana dia pergi.

“ Seolhwa mana, ma? ”

“ Pergi tandas. Yang kamu ni, termenung apa sampai mama panggil dari tadi tak menyahut? Duduk depan mata baru sedar. ”

Tersengih-sengih lelaki itu selepas ditegur, menggaru kepalanya yang tidak gatal, “ Tak ada apa lah, ma. ” Tidak berhenti disitu, sekali lagi mamanya bertanya.

“ Jae gaduh dengan Seolhwa ya. ”

“ Mana ada. ” Cepat-cepat Hyunjae menggeleng, bagai nak tercabutlah kepala tu. Menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tadi. Matanya membulat besar.

Hyung mana pandai tipu, ma. Tengok muka tu pun dah tahu. ” Seunghwan, si adik bongsu tiba-tiba mencelah. Entah dari mana dia muncul tak tau lah.

Shh diam, Seunghwan. Sibuk saja. Budak-budak tak boleh masuk campur urusan orang tua. ” Hyunjae menjeling, mencebik geram. Seunghwan tersenyum senget, segera berlalu pergi tatkala melihat si abang memandang bagai mahu menelannya hidup hidup.

“ Jangan nak sorok. Tengok cara Seolhwa tak layan kamu tadi pun ma dah tahu. Apa masalah Jae buat lagi kali ni? ”

“ Ma, memang tiap kali jadi macam ni salah Jae juga ke? Jae tak buat apa-apa pun. ” Habis masam mencuka wajah Hyunjae bila dituduh menjadi penyebab dia dan Seolhwa tak sehaluan. Sampai hati mamanya lebih mengutamakan menantu dari anak sendiri.

Woman always right. ”

“ Mama! ”

Wanita separuh abad itu hanya ketawa, menepuk bahu si anak yang sudah memuncung sedepa, “ Seolhwa tengah berperang dengan perasaan diri sendiri tu. Biasalah tu. Bukan kamu tak tahu. Bila datang mood swing, jadilah macam tu. ”

“ Tapi, ma. Kali ni lain. Ni bukan Hwa yang dulu. Jae tak kenal Hwa yang sekarang. Pemarah. Jae nak buat apa untuk tolong Hwa ni, ma? ”

Pasrah sangat suara lelaki itu mengadu pada si ibu, sampai tertunduk ke bawah kepalanya merenung lantai. Putus harapan Hyunjae kali ni. Fikirnya, selepas kejadian dulu itu dia dan Seolhwa tak ada apa-apa masalah lagi. Sekarang, makin teruk pula.

Lama mamanya membisu, seperti sedang memikirkan sesuatu.

“ Jae ada bawa Seolhwa pergi klinik? ”

“ Ha? Pergi klinik untuk apa? Hwa bukannya sakit. ”

Tajam mata si ibu menjeling, “ Ish, budak bertuah. Bukan waktu sakit je nak pergi klinik. Pergi bawa Seolhwa tu ke klinik, check apa yang patut. Nanti cerita pada mama kalau dapat good news.” Si ibu bingkas bangun, tersenyum sumbing sebelum bergerak masuk semula ke ruang dapur.

Terkebil-kebil mata Hyunjae, ditinggalkan termangu seorang diri cuba mentafsir ayat mamanya tadi.

timeless. hyunjaeWhere stories live. Discover now