🌸
“ Hwa, saya nak cakap something dengan awak. Boleh? ”
Tergendala semua perbuatan aku, tersentak sekejap. Ayat yang baru keluar dari mulut Hyunjae itu aku biar sepi tanpa jawapan. Mata aku masih melekat memandang screen Ipad. Tidak berani mahu menoleh walaupun seinci cuma.
“ Seolhwa. ”
Ipad yang berada pada tangan diambil Hyunjae, cuba mengalih perhatian aku yang masih diam membisu. Tangan yang tadinya sejuk dek kerana air conditioner serta merta menjadi suam selepas Hyunjae mengenggam kedua belah tangan aku.
“ Awak ada masalah dengan kerja ke? Tak nak share dengan saya? ”
Aku menggeleng perlahan. Sebenarnya, aku tak faham kenapa aku jadi macam ni. Waktu kerja, aku banyak melenting tidak tentu pasal. Habis semua orang terkena tempias mood swing tak menentu aku ni.
“ Kalau tak ada problem dengan kerja, jadi mungkin awak ada benda tak puas hati dengan saya? ”
Masih menggeleng. Menafikan sekali lagi. Betul. Hyunjae tak buat apa-apa salah. Yang bermasalahnya ialah diri aku sendiri. Aku boleh dengar keluhan Hyunjae di sebelah, “ Jadi, kenapa awak marah-marah 2-3 hari ni? ”
“ T–tak tahu. I’m s–sorry. ”
Ah, cengeng. Dasar cengeng, Lee Seolhwa. Belum apa-apa lagi aku sudah menangis. Bukannya Hyunjae marah atau buat apa-apa pada aku. Tidak pernah sekali pun dia naik tangan pada aku walaupun dia penat nak layan perangai tak betul aku.
“ S–Seolhwa. ”
Jari Hyunjae mengelap kesan air mata yang makin berderas mengalir. Kalau dikumpul air mata ni dari 2-3 hari yang lepas mungkin boleh dapat sebaldi penuh. Penat menangis, tapi tak pernah serik. Makin dipujuk, makin teruk mengalir.
“ I’m s–sorry. ”
Badan aku ditarik masuk ke dalam pelukan hangat, menyembamkan wajah pada bahu Hyunjae, “ No need to say sorry, sayang. ” Belakang tubuh badan ditepuk perlahan, menenangkan aku sambil mulutnya mengumam lembut perkataan ‘ It's okay ’ pada telinga.
“ Hm, awak nak jumpa mama? Maybe awak jadi macam ni sebab rindu dekat mama. Saya bawa awak jumpa mama ya. ”
YOU ARE READING
timeless. hyunjae
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ our love is timeless ft. lee jaehyun. © -sarahee :: 2022