🌸
Selepas berjumpa mama tempoh hari, entah apa yang rasuk fikiran lelaki ni aku pun tak tahu. Berulang kali menyuruh aku mengikutnya ke klinik. Tapi, aku berkeras tidak mahu. Sampailah hari ni, Hyunjae tiba-tiba jatuh sakit.
" Hyunjae. Jom, pergi klinik. Awak tak sihat tu. "
Tiada respon. Hanya tangannya menarik kembali comforter sehingga menutupi separuh wajahnya. Matanya ditutup rapat, menahan rasa sakit dan loya sejak pagi tadi. Teruk juga kesannya, sampai tak terbangun dari katil.
" Awak, jom. Makin melarat nanti. Sekejap saja kita pergi. Lepas tu, awak rehat dekat dalam bilik. Jangan sampai saya call mama awak nanti. Ha, nak ke dengar dia membebel dekat awak? "
Penuh keterpaksaan, Hyunjae bangun juga. Itu pun terhuyung-hayang cuba seimbangkan badannya yang hampir jatuh. Aku cuba memapah badan Hyunjae. Aduh, berat! Mahu tidak mahu, aku perlu bawanya ke klinik juga.
" Awak, berdiri betul-betul. Nanti jatuh hempap saya, macam mana? Awak berat, tahu! "
" Biarlah. Nanti Hwa tak pergi mana-mana. Duduk dengan Jae sampai bila-bila. " Kalau bukan sebab sakit, dah lama aku tarik telinga Hyunjae biar sampai tercabut. Sejak sakit ni otak jadi makin mereng ya.
🌸
" Puan, saya nak buat checkup pada puan kalau puan tak kisah. "
Aku berkerut muka- suami aku yang sakit, tapi aku yang perlu buat checkup? Mulanya aku tidak mahu, sebab aku tahu aku masih sihat. Tiada apa yang pelik terjadi pada aku. Hanya mood dan selera makan yang tidak menentu.
" Saya sihat je, doctor. " Degil betul ya aku ni.
Doktor wanita ini hanya tersenyum, masih memujuk aku untuk membuat pemeriksaan, " Jangan risau, puan. Saya cuma nak pastikan sesuatu. Mungkin suami puan jatuh sakit sebab effect dari sympathetic pregnancy. "
" A-apa? "
YOU ARE READING
timeless. hyunjae
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ our love is timeless ft. lee jaehyun. © -sarahee :: 2022