"Banyak lagi slides yang tak cover tu?" Dia merapatkan kepalanya ke sebelah bahuku melihat ke arah skrin PC.
"Ada dalam lagi tujuh. Tapi pointers dah ada. Tinggal nak letak sini je."
"Tak pergi datelah you malam ni."
Aku senyum tawar sahaja kepadanya. "Tak apa. Dah cakap dia dah."
"She must be very understanding, right."
"Yup. Very."
Suasana hening antara kami berdua. Entah kenapa aku rasa muka aku semakin memanas.
"Your face's getting warmer. Why?"
"Oh takde apalah."
"Sure?"
Aku angguk sahaja.
"Nak some coffee? I can brew it for you."
"Setakat Nescafe 3 in 1, tak payahlah nak sembang brew bagai."
Dia ketawa sahaja.
Jam sudah lepas sembilan malam dan dia masih wangi. Rambutnya juga masih rapi tersisir.
Aku cuba mengerling sedikit ke arahnya. Aku perasan beberapa butang atas kemejanya sudah dibuka kancing menampakkan dadanya.
"Pandang apa tu?"
"Eh, mana ada pandang apa-apa."
Dia senyum lagi.
Handphone dia berbunyi kuat.
"Hello Sayang. Ya, Papa lagiin kerja... benarlah di office ni... Ya Papa kan sudah janji sama kamu... Bentar lagi Papa pulang jemputin kamu sama Mama ya. Love you, Sayang." Oh, anak dia call.
"Zack..." Dia memanggil namaku. "I go back first, ya."
"Sure." Aku memandangnya sekilas.
Sedang aku cuba untuk kembali fokus ke skrin laptop, aku perasan bibirnya sudah singgah di pipiku. Aku berkalih memandangnya.
"Nak I teman or I balik dulu?"
Aku terkucam. Tak mampu nak membalas apa-apa.
"So...?"
"I'm not sure."
"Just let me know if you need me, okay." Dia mencium dahiku pula tanpa aku menepisnya.
Whatever it is, this ain't a harassment.
YOU ARE READING
... Dalam Selimut
Mystery / ThrillerZarkhoni Idris Fathir Wachara Nainggolan Kisah klasik cliche Dari mentor-mentee ke sahabat kerja Dari sahabat kerja ke sahabat kasual Dari sahabat kasual ke hubungan cinta Cuma ada permusuhan di tengah-tengah... They are not enemies to lovers They a...