Seminggu.
Aku sudah seminggu berkerja di sini.
I love it.
Kerja aku macam budak intern. Literally. Belikan kopi untuk Fathir, run his errands and sometimes buatkan dia punya slides for presentation. Macam budak intern.
Dan bila dah seminggu, mestilah aku pun dah cuba beramah mesra dengan pekerja yang lain. Boleh dikatakan, seluruh pejabat ini ramah dan tak pernah putus topik perbualan dengan aku.
Ya, memang seronok juga.
"Zack..." Fathir datang ke mejaku lebih kurang sejam sebelum makan tengahari. "I'll go to lunch with an old friend and not sure what time I'm coming back. Script yang I minta for presentation this week tu dah ready ke?"
"I'm working on it and should be done shortly."
"'Shortly' is a form of uncertainty. Can I have a timeline?"
Aku tergagap sebab aku sendiri tak tahu bila aku boleh siapkan skripnya itu. Skrip itu memerlukan aku untuk memeriksa setiap data yang ada untuk dua tahun sebelumnya untuk disiapkan.
"This evening?"
"This evening?!" Aku menekankannya. Singkat sebenarnya.
"Okay maybe that's too rushing and I want perfection so tomorrow morning. Let me know if you want to stayback and I'll talk to the HR about it."
Aku mengangguk.
"Anything quite important to update?"
"Oh, ada. Saya dah preparekan draft for slides yang Fathir minta for tomorrow's client meeting. Tunggu Fathir nak finalizekan je."
"When did I ask for it?"
"Last week due this morning. Itu saya dah siapkan. I send Teams to you already but you haven't replied yet."
"Brengsek. I forgot. Nevermind. E-mail me and I'll finalize it. Sorry for extra work for you."
Aku senyum getir. Dalam hati, sialnya.
Ketika aku turun lunch bersama Abang Lukman dan Abang Raihan, di hadapan lif terdapat seorang lelaki yang aku rasa umurnya bawah sedikit daripadaku. Dia memandang aku dan kedua-dua pekerja ini sebelum menunjukkan riak kecewa.
Aku syak girlfriend dia kerja di bangunan ini.
"So, Zack, macam mana kerja sini dah seminggu? Okey?" Abang Lukman bertanya kepadaku ketika makan tengahari.
"Okey je, Bang. Biasalah mula-mula memang tak ada kerja sangat."
"Kalau under Fathir, memang kau jadi kuli dia jelah ceritanya. Tapi dia bagus. Kerja semua perfect."
Aku anggukkan pernyataan Abang Raihan. Memang betul pun. Fathir tahu apa yang dia buat dan dia nak benda dilakukan sepertimana dia mahukan.
"Ini pun dia dah bagi kerja banyak dah. Rasanya mahu balik lambat kejap lagi." Aku menambah.
Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum senyum kepada satu sama lain.
"Kenapa ni?" Aku bertanya. Seperti ada sesuatu yang aku tidak tahu.
"Takde apa..." Abang Lukman menjawab. "Eloklah. Fathir biasanya stay sekali dengan staff yang dia suruh stayback tu."
"Oh ya ke, eloklah tu. Baik jugak dia."
"Baik... baik ada makna tu." Abang Raihan pula menyambung.
Aku malas hendak menambah apa-apa lagi. Aku sendiri tak faham apa yang mereka berdua cuba hendak maksudkan.
YOU ARE READING
... Dalam Selimut
Mystery / ThrillerZarkhoni Idris Fathir Wachara Nainggolan Kisah klasik cliche Dari mentor-mentee ke sahabat kerja Dari sahabat kerja ke sahabat kasual Dari sahabat kasual ke hubungan cinta Cuma ada permusuhan di tengah-tengah... They are not enemies to lovers They a...