Bab 1

703 52 3
                                    

"My name is Zarkhoni but you guys can call me Zack."

"Hi, my name's Zarkhoni but for short can just call me Zack."

"Hey, the name's Zarkhoni but just call me Zack."

"Sampai bila you nak practice tu, Yang?" Teguran itu menyentakkanku. "Ni bukannya first job you pun kan?"

"Memanglah bukan tapi I have to present the best for them kan?"

"Zack, I faham yang you nervous because this is the first job yang you dapat position in executive level but chill jelah. Nothing should be that worrying pun."

Aku pandang muka girlfriendku itu. Kami baru lagi bersama. Kurang lebih setahun macam tu. Kenalnya dari zaman study tapi baru menjalinkan hubungan tahun lepas macam tu.

Nak kata memahami, bolehlah. Nak kata terlalu demanding tu pun adalah juga.

"You chill je. Things will be fine."

"Okay, Maris." Nama dia Marissa, by the way.

Malam itu semalaman aku tak tidur. Asyik memikirkan apa yang akan terjadi keesokkan harinya.

Zack
Maris
I nervouslah

Aku textnya pada pukul dua pagi dan dia membalasnya pada waktu Subuh.

Maris❤️
Lol
You ni
Over aa

Zack
Cakap senang ahhh
Hahahahah
Love you Marissa

Maris❤️
Love you too, Zarkhoni

Pagi itu, aku mengenakan kemeja berwarna krim dengan tie polca dot kuning biru. Macam colour block pun ada. Seluar pula standardlah slack hitam.

Aku tiba di office pukul 8:45 pagi. 15 minit sebelum waktu rasmi aku mula berkerja. Aku disuruh duduk di sebuah sofa sebelum menantikan HR untuk menyambut aku.

"Zarkhoni kan?" Seorang wanita tinggi lampai bertudung lilit persis Syatilla Melvin menegur aku.

"Ya saya. Puan Suriani kan?"

"Ya betul. Tak payah nak panggil saya Puan bagai. Panggil Kak Su. Jom Akak tunjukkan meja awak."

Syarikat yang aku baru mulakan perjalanan ini memang syarikat idaman aku sedari zaman universiti lagi. Media firm antara yang terbesar di Malaysia dan juga mempunyai kolaborasi dengan media Indonesia.

"Hello everyone, ada employee baru ni." Kak Suriani mengumumkan di tengah-tengah pejabat. "Haa kenalkan diri awak."

"Hai, nama saya Zarkhoni Idris. For short, just call me Zack. I'll be the new Executive for this firm."

Kedengaran 'hai' dan 'welcome' serta beberapa lagi ucapan selamat datang daripada staf lain. Aku menghadiahkan mereka semua senyuman nervous sahaja. Sungguh aku tak ready untuk semua ini.

"Dia under Senior Exec siapa, Kak Su?" tanya salah seorang pekerja lain di situ.

"Sibuklah korang ni!" Kak Suriani menepis soalan itu.

"Kalau under Fathir, good lucklah." Pekerja tadi menambah.

"Haa mana dia? Banyak hari dah lambat ni."

"Kesayangan boss tu, Kak."

Aku dengar sahaja mereka menceceh mengenai politik tempat kerja. Politik tempat kerja can be a very fucked up issue except no one would be in jail and craving for Starbucks.

Kak Suriani kemudiannya menunjukkan mejaku. Ianya terletak berhadapan dengan sebuah bilik berdinding kaca di sebuah sudut. Aku pandang nama yang tertera di situ.

... Dalam SelimutWhere stories live. Discover now