Bab 3

469 58 2
                                    

"Sounds good je your workplace ni."

"I wish the energy remainslah."

Malam itu, aku mengajak Marissa untuk makan malam di sebuah kedai steamboat. Lama tak berborak lama sambil makan malam.

"By the way boss you tu I think quite famous jugalah dalam LinkedIn. Dia selalu bagi his insight on being an expat here."

"You know what they say. If you're a professional, you're an expat and if you're a low-level worker, then you're an immigrant."

"Tapi anak dia comel tau. I selalu tengok kalau wife dia post kat IG."

"You kenal wife dia?"

"Yeah. Wife dia famous jugalah. Wilorna Saputra. Tapi famous for nothinglah. Just kahwin dengan orang kaya then kebetulan anak pun comel."

Aku senyum sahaja.

"Bila next appointment you, by the way?"

Aku yang baru hendak menyuap sotong yang baru saja digrill terus tersentak. Aku sendiri sudah lupa bila temujanji aku itu yang seterusnya.

"Haa, lupalah tu."

"Taklah, Maris. I ingat."

"Haa, bila?"

"Next week. I tak cakap HR lagi."

"Nak cakap bila ya tu, Encik Zarkhoni?"

"Esok I cakap."

Dia menarik muka muncung. Aku tarik muncungnya itu, cuba melayan manjanya.

"I happy jugak you enjoy kerja baru you sekarang. Tak adalah nanti dengar you merungut je."

"Marissa, I baru first day, okey. How can I possibly know if tempat tu betul okey ke tak?"

"You boleh punyalah. I percaya you." Dia mencuit daguku.

Ada sesuatu pasal diri aku yang aku sendiri tak suka. Aku mudah untuk pertikaikan kredibiliti diri aku sendiri. Bila Marissa kata macam tu, aku akan rasa yang aku tak deserve untuk dapat benda-benda macam tu.

Dari kecil lagi.

"Zack..." Marissa menyentakkan lamunanku. "You seem to be worried."

Aku senyum sahaja.

"Macam I cakap, things would be fine.

Sebelum tidur malam itu, aku menelan setengah biji Lorazepam. Pil itu membantuku untuk tidur lena tanpa sebarang gangguan. And I have to have at least 6 hours sleep.

Aku menerima satu mesej semasa aku baru hendak terlelap.

Fathir W. N.
Hello Zack
Sorry for disturbing at this wee hour
Can you do me a favour tomorrow morning?
You know Starbucks under our office?
Can you grab me a Hot Grande Latte with Almond Milk?
Later I bayar

Hmm, mudah saja permintaannya itu.

Zarkhoni (Zack)
Boleh Fathir
Itu saja ke?

Fathir W. N.
Would ask you to slap my wife for me but that would be too much right?
That's all
Jumpa esok
Good night

Zarkhoni (Zack)
Ok
Good night Fathir

Ada dua perkara yang bermain di benakku.

1. Teruk sangat ke hubungan dia dengan wife sampaikan benda macam tu boleh dijadikan gurauan
2. Kenapa aku of all other employee?

Keesokkan harinya, aku masih menurut arahannya. Aku belikan dia air Starbucks sepertimana yang dia mahukan.

... Dalam SelimutWhere stories live. Discover now