Topi. Bukan topi yang sebarangan. Topi yang hampir membuatkan seseorang putus asa untuk mendapatkannya.
Air mata yang mengalir tatkala teringat akan halangan yang dilaluinya. Perlahan-lahan topi itu dibaling ke atas dengan nada yang perlahan dia berkata
'Assalammualaikum Doktor Zuyyin Izzah.'
Dengan senyuman yang manis dia menangkap topi tersebut dan menuju ke arah seseorang. Langkahnya terhenti, menatap wajah orang dihadapannya dengan senyuman lebar.
Mengusap air mata yang mengalir di pipinya, Izzah memakaikan topi itu di atas kepala ayahnya. Izzah dua langkah ke belakang dan memberikan tabik hormat kepada ayahnya.
'Assalammualaikum Tuan Nasrullah, saya ingin melaporkan bahawa saya telah berjaya menamatkan pengajian saya dan sekarang saya adalah doktor sakit puan.'
'Laporan diterima, Doktor Zuyyin Izzah.'
Ayahnya menatap wajah anaknya dengan sayu. Senyuman yang amat serupa seperti ibunya.
'Kalaulah ibu kamu ada lagi mesti dia bangga dengan kamu.'
Terdengar perkataan itu, Izzah kuatkan semangatnya agar tidak menangis di hari bahagianya.
'Ayah janganlah nangis. Kalau ibu ada pun dia mesti akan senyum sebab hari ini kan hari yang ditunggu-tunggu oleh anaknya.'
Izzah memeluk tubuh badan ayahnya sambil menahan air matanya daripada mengalir.
'Doktor Zuyyin Izzah.'
Terdengar sahaja jeritan itu, Izzah menoleh ke belakangnya dan kelihatan dua orang sahabatnya yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Izzah menyambut kedatangan mereka dengan senyuman yang lebar.
'Korang berdua ini kan. Tak pernah nak tepati masa kan?'
'Relax lah. Kami berdua ini bukannya doktor pun.'
'Banyaklah kau Aida.'
'Anyway doctor, why you didn't introduce your friend to us. Banyak sangat mat salleh yang handsome dekat University of California ini. You can introduce me to them.'
'Ala kalau aku introduce pun bukan kau terpikat pun, Pendakwa Raya Eliza.'
'Well not gonna lie tho but betul juga yang kau cakapkan tu. Aku kalau boleh nak jodoh yang sama-sama berkhidmat untuk negara.'
'Dah lebih sangat dah perempuan ini, Izz'
'Biarlah dia Aida, asalkan dia happy. Jom lah pergi makan. ' Ajak Izzah yang sedang mengambil barangannya.
'Jom aku pun lapar sebenarnya.' Kata Eliza yang berjalan tanpa menghiraukan perkara lain.
*****
Tiba sahaja di rumahnya, Helmy mematikan enjin keretanya. Mengeluh dengan kuat, Helmy mengambil telefon bimbitnya dari kerusi sebelahnya.
Bunyi notification yang tidak berhenti-henti dari tadi. Tanpa melihat skrin telefon tersebut, Helmy terus mematikan telefon bimbitnya dan keluar daripada keretanya.
Ketika dia menanggalkan kaustnya untuk masuk ke dalam rumah, dia disapa oleh ayahnya yang baru pulang dari pejabat.
'Baru sampai Helmy?'
'Ya, pa. Tadi ada hal sikit.'
Sebaik sahaja dia menanggalkan kasutnya, dia berdiri dan bersalaman dengan ayahnya.
'Masuk cepat, mama kamu hari ini masak lauk kesukaan kamu.'
Sambil memimpin tangan ayahnya, Helmy masuk ke dalam rumah. Helmy terus menuju ke dapur. Tubuh badan ibunya yang sedang memasak masakan kegemarannya dipeluk erat dari belakang oleh Helmy.
'Ya Allah dah sampai dah anak mama ni.'
Helmy hanya senyum sambil memeluk ibunya.
'Banyaknya mama masak hari ini?'
'Mestilah. Anak bujang mama yang kedua balik hari ini. Mestilah mama kena masak banyak.'
'Along pun join kita sekali ke?'
'Along kata dengan mama kalau hari ini tak ada emergency dapatlah dia join kita.'
'Ouhhh. Adik pulak ma? Tengok kereta dia tak ada pulak. Dia ada flight ke hari ini?'
'Adik tak ada flight hari ini, lusa nanti baru ada. Tapi dia keluar tadi tak cakap pulak pergi mana.'
'Jumpa girlfriend lah tu.'
'Mungkin. Mana kita tahu kan? OUH macam mana Angah dengan Raisya? Ada plan apa-apa ke?'
'Belum lagi ma. Nanti angah cerita dekat mama ye. Angah nak pergi mandi jap.'
'Okay. Nanti bila nak makan nanti mama panggil.'
Helmy berjalan menuju ke biliknya. Sebaik masuk biliknya, Helmy terus mandi untuk segarkan kembali kepalanya yang bercelaru.
Helmy menatap pantulan cermin bilik airnya, tatkala peristiwa itu bermain di fikirannya. Namun fikirannya terganggu apabila ibunya memanggilnya untuk turun makan bersama.
'Kejap ma.'
Setelah selesai, Helmy turun ke bawah untuk makan. Sebaik sahaja turun tangga, dia ternampak abang dan adiknya yang sudah pulang sedang menunggu dia di meja makan.
'Cepatlah. Mama masak sedap hari ini.'
Jerit alongnya yang sudap siap sedia untuk membaca doa makan. Helmy menarik kerusi dan duduk disebelah adiknya. Habis sahaja doa makan dibacakan, Emir terus masukkan nasi ke dalam mulutnya.
'Sedapnya mama masak.'
'Mulut kamu tu penuh lagi along. Tunggu dah habis dalam mulut baru bercakap ye.'
'Okay ma.'
Ibunya melihat anak bongsunya, Irsyad makan berselera seperti alongnya. Namun sebaik sahaja dia melihat helmy, pelbagai persoalan dia mahu tanyakan ke Helmy.
'Angah? Kamu okay tak ini?'
'Hah...ye. Okay ma.'
'Selalunya kamu bising cakap dekat kem susah nak rasa masakan macam ni. Kenapa hari ini, kamu diam je?'
Sambil bermain dengan nasinya, Helmy menjawab soalan ibunya.
'Urmmm....sebenarnya ada benda angah nak cakap dekat semua.'
'Asal? Kau nak merisik Raisya ke?'
Emir bertanya dengan nada bergurau.
'WHAT!? Seriously man? Angah seriuslah, angah nak merisik Raisya?'
Tanya Irsyad dengan senyuman lebar terukir pada mukanya.
'Tak sebenarnya, angah dah................'
Helmy berhenti seketika kerana berat mulutnya untuk bersuara.
'Angah dah putus dengan Raisya.'
Suasana menjadi sepi. Ibunya yang tidak tahu untuk berkata apa lagi terdiam.
'Kenapa kamu putus dengan dia?'
Tanya ayahnya dengan nada yang perlahan.
'Tadi angah ternampak dia dengan lelaki lain masuk butik perkahwinan. Angah call tanya dia dekat mana. Dia cakap dia dekat office tengah kerja. Angah parking kereta dan masuk dalam butik. Dia dan lelaki tu tengah cuba baju pengantin. Rupa-rupanya dia dah tunang dengan lelaki tu dua bulan lepas.'
To Be Continued
YOU ARE READING
PERFECT MARRIAGE
RomanceSetiap rumah tangga, tiada yang sempurna. Semuanya didatangi musibah daripada-Nya dan kita sebagai umatnya hanya mampu laluinya sahaja. Allah will protect you for me.