Bab. 6

269 14 1
                                    


'Awak tak kisah ke kalau saya percepatkan tarikh nikah kita?' Helmy bersuara setelah 5 minit mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Eliza balik bersama Helmy, katanya senang nak bincang pasal perkahwinan. Aida dan Zuyyin pun mengiyakan sahaja bakal pengantin ni.

'Saya tak kisah pun. Saya boleh minta cuti nanti. Awak tu je saya risau. Kalau pihak atasan tak benarkan macam mana.'

Kata Eliza tanpa melihat Helmy. Matanya hanya mengilau ke luar tingkap.

'Pihak atasan saya tak ada masalah. Selalunya diorang yang heboh tanya saya bila nak kahwin. Sebab semua yang sebaya saya anak dah masuk dua dah. Saya je yang tak jumpa calon lagi.' Kata Helmy. Dia mencuri pandang kearah Eliza.

Cantiknya bakal isteri aku ni

'Tapi kan, saya sebenarnya takut. Lepas nikah nanti awak masuk keje, saya pun masuk keje. Macam mana kalau kita tak berjumpa selalu?'

Reaksi muka Eliza berubah. Helmy yang perasan reaksi Eliza berubah terus dia menjawab persoalan itu. Dia tahu sekarang ni Eliza berada dalam dilemma.

'Awak takut saya abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang suami ke?' Helmy bertanya supaya dia boleh explainkan dengan lebih jelas kepada Eliza.

'Bukan macam tu. Okay saya ini independent woman. Saya dah ada rumah saya dan kereta yang saya beli guna duit saya sendiri. Saya takut nanti awak terasa je.'

'Terasa yang awak ada seorang suami tapi just atas kertas sahaja. Bukan tempat awak bermanja ataupun tempat awak luahkan. And awak tak gunakan duit saya. Instead of use my money you use your own money for your things. Macam tu ke?'

Helmy memandang kearah Eliza sebelum kembali memandang jalan raya.

'Hurmmm betul la tu.' Kata Eliza perlahan.

Takut la kalau Helmy mahukan isteri yang sentiasa menyambut dia pulang selepas penat bekerja. Sedangkan Eliza waktu baliknya pun tidak tetap.

'Sayang. Ingat ini sampai bila-bila tau. Duit saya, duit awak. Duit awak, duit awak. It's okay kalau awak tak nak guna duit saya untuk beli barang because I know you tak nak bergantung pada orang lain. Awak dah biasa usahakan sendiri apa awak nak. Tapi izinkan saya jalankan tanggungjawab saya as your husband. Itu adalah tanggungjawab saya untuk berikan awak nafkah.'

'Sayang? Sabar Eliza belum halal lagi ni. Poker face Eliza.' Bisik Eliza dalam hatinya.

'Tapi macam mana kalau kita tak ada persefahaman? Awak busy dengan kerje awak dan saya busy dengan kerja saya. Lepas nikah nanti kita tak bincang lagi nak duduk mana.'

'Awak sekarang zaman teknologi. Kalau kita tak boleh jumpa kita boleh video call. Persefahaman? Itu saya tak boleh jamin la tak akan berlaku tapi saya boleh janji ia jarang berlaku.'

Helmy sedaya upaya untuk menyakinkan Eliza. Takut nak kahwin. Siapa sahaja yang tidak takut? Perkahwinan itu memang indah tapi itu juga adalah saat dimana tanggungjawab besar bakal digalas sehingga ke hujung nyawa.

'Awak saya nak minta maaf tau kalau saya tak mampu jadi isteri yg terbaik untuk awak.'

Eliza memuncungkan bibirnya dan memandang kearah Helmy. Eliza takut jika dia tak dapat berikan apa yang Helmy harapkan.

'Yang saya perlukan adalah awak menjadi isteri saya. Yang lain saya tak kisah.'

Helmy senyum kearah Eliza.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERFECT MARRIAGEWhere stories live. Discover now