'Mama. Mama adik dapat 3A dalam UPSR.' Laung Aida sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumahnya.
'3A je kenapa tak dapat lebih macam Ateh?'
Sebaik sahaja Aida dengar ayat tu dunia Aida seolah-olah terhenti seketika.
'Mama tak bangga ke aku dapat keputusan macam ni? Yelah kakak aku dapat 4A UPSR aku je dapat 3A.' bisik hati Aida
'Mama Achu dapat masuk kelas pertama dekat sekolah menengah.' Jerit Aida dengan penuh gembira.
'Kelas pertama? Alahai. Susah lah kalau macam tu.'
'Kenapa? Kenapa mama cakap macam tu? Kakak dapat 4A UPSR pun tak dapat masuk kelas pertama tapi aku dapat. Kenapa mama tak bangga?'
'Mama. Achu dapat masuk aliran sains.' Jerit Aida dengan reaksinya yang gembira.
'Ehh aliran sains susah tu. Macam Kak Lang ngan Ateh. Abistu Khairul dapat aliran apa?' Serta merta senyuman Aida terpadam.
'Aku tengah cerita pasal aku kenapa orang lain yang dia tanya?' bisik Aida dalam hatinya.
'Mungkin aliran sastera kot.' Jawab Aida dengan nada perlahan.
'Kalau dia minta tukar boleh tak agaknya. Kesian dia tu. Orang susah tu.' Tidak tahan dengan semua itu Aida langsung masuk ke biliknya semula.
Aida baring atas katilnya dan air matanya mengalir. Sakit. Mamanya selalu melebihkan anak orang lain. Bagi Aida dia tidak kesah sangat tapi sakit bila kau tengah happy pasal kejayaan kau tapi orang yang paling kau sayang yang hancurkan kebahagian kau.
****
Aida hanya diam tatkala dia teringat kenangan-kenangan yang pahit itu. Sangat banyak benda yang berlaku dalam hidupnya. Aida merupakan anak bongsu dalam lima adik-beradik. Jaraknya dengan sulung adalah 10 tahun. Semua kata anak bongsu je mesti manja. Ye betul mereka manja tapi pada masa yang sama tempat untuk mereka bermanja tiada. Mereka matang sebelum usia sepatutnya. Anak bongsu juga rasa terabai disebabkan ibu bapa yang asyik menanyakan khabar yang jauh hingga lupa yang dekat depan mata mereka.
Hubungan Aida dengan mama sangat rapat tapi tidak dengan papanya. Mama dengan papanya adalah pasangan jarak jauh. Papanya bekerja di Kuala Lumpur manakala mamanya bekerja sebagai pengasuh di kampung. Hampir semua hal-hal anak diuruskan oleh mamanya. Papanya hanya mengirim duit dan pulang sebulan sekali. Oleh kerana itu Aida dibesarkan tanpa sosok seorang papa disebelahnya. Tapi dengan perangai mamanya yang suka melebihkan anak orang lain membuatkan Aida perlu berdikari sendiri dan matang sepenuhnya ketika dia remaja.
Adakah dia bersalah apabila dia jarang memberitahu perkembangan dia kepada mamanya? Mamanya juga mempunyai perangai yang Aida tidak gemari iaitu overthinking. Perkara yang kecil mamanya akan besar-besarkan. Sebab itu dia jarang menceritakan sesuatu perkara kepada mamanya.
Aida pernah mengalami depression ketika 14tahun. Namun tiada siapa yang tahu. Hanya dia seorang sahaja tahu itu pun ketika dia 15 tahun baru dia sedar. Oleh kerana tiada tempat untuk diluahkan Aida hanya diam dan tidak ceritakan kepada siapa-siapa masalahnya termasuk Eliza dan Zuyyin. Dia pernah cerita kepada orang lain tapi orang itu tak endah sahaja. Bukan sekali tapi berkali-kali Aida memberi hint kepada orang lain kerana ketika itu dia benar-benar tidak tahan lagi. Tetapi tiada siapa yang tolongnya. Oleh itu Aida trauma mahu ceritakan kepada orang lain sehingga hari ini.
Lebih menyakitkan keluarganya tak seindah yang dilihat. Papanya mempunyai baran yang sangat teruk. Papanya mempunyai ego yang sangat tinggi. Dia mahu semua orang untuk mengikut caranya. Bulan puasa adalah antara Aida takut sekali. Pernah sekali ketika itu papanya baling barang kerana barang masakkan tidak cukup.
YOU ARE READING
PERFECT MARRIAGE
RomanceSetiap rumah tangga, tiada yang sempurna. Semuanya didatangi musibah daripada-Nya dan kita sebagai umatnya hanya mampu laluinya sahaja. Allah will protect you for me.