Eliza mengeluh sebaik sahaja tamat perbicaraan sebentar tadi. Beg bahan perbicaraannya ditarik keluar dari bilik bicara.
'Lepas ni aku nak bagi balik kereta dia pastu pergi lepak dengan Yin dan Aida.' Kata Eliza sambil mengeluarkan telefonnya dari beg tangan. Dia turn on telefonya tatkala ketika bicara telefon harus dimatikan agar tidak mengganggu.
2 missed call & 10 Whatsapp chat
'Okay missed call ni aku kenal tapi yang whatsapp ni pulak siapa?' Eliza berhenti seketika untuk membaca Whatsapp
'Assalammualaikum. Hi. Saya Helmy.'
'Yang awak terlanggar kereta tadi.'
'Dan kereta saya ada dengan awak sekarang ni.'
'Kereta awak saya dah repair.'
3 keping gambar dihantar sebagai bukti
1 keping gambar resit
'So bila kita nak jumpa?'
'Dan nak jumpa dekat mana?'
Tanpa Eliza sedar bibirnya terlukir senyuman tatkala membaca Whatsapp Helmy.
'OMG!!! Gila ke apa aku ni senyum seorang-seorang.' Kata Eliza sambil menepuk perlahan bibirnya.
'Waalaikummusalam, Helmy. Saya baru saja habis. Terima kasih sangat-sangat tolong hantar repair kereta saya. Ada satu kedai makan tu. Nanti saya share location. Kita jumpa pukul 7pm, boleh? Kita jumpa dekat sana. Sambil tu saya nak belanja awak makan sebagai tanda terima kasih tlg saya. Ouh by the way, boleh awak send kat saya no acc awak? Saya nak transfer duit repair dekat awak terus.'
Sebaik sahaja Eliza send whatsapp kepada Helmy telefonnya berbunyi.
'Hello, Assalammualaikum. Doktor awak dah sampai mana tu?'
'Waalaikumsalam, pendakwa raya Eliza. Saya dah nak sampai dekat depan pintu masuk court.'
'Okay, awak tunggu saya dekat situ ye doktor. Saya ambil kereta saya sekejap ye.'
'Baiklah.'
Eliza menuju ke tempat letak kereta.
'Mesti dia terkejut aku bawa kereta ni.' Kata Eliza sambil masuk kereta.
*****
Zuyyin hanya berdiri di depan mahkamah sambil menunggu Eliza. Matanya mengilau mencari kereta Eliza. Sebaik sahaja kereta hitam Range Rover berhenti dihadapan, mulutnya terngaga besar melihat pemandunya.
'Ya Allah, El. Kereta siapa kau bawa ni?'
'Ni? Kereta akulah, doktor.'
Jawab Eliza saqmbil menepuk bahunya.
'Kau tak payah tipu akulah, El. Kau sendiri cakap dekat akuyang kau tak ada duit nak beli kereta baru sebab kau dah buat loan rumah.'
Kata Zuyyin sambil menyilang tanggannya di dada sambil membuat muka tidak puas hatinya.
'Hehehe. Aku jawab dalam kereta. Jom naik. Bukan selalu dapat merasa kereta naik kereta mahal.'
Zuyyin berjalan ke arah penumpang depan dengan memerhati no plate kereta itu.
'Kot-kotlah kereta curi ke budak ni curi.' Kata Zuyyin dalam hatinya.
Sebaik sahaja Zuyyin buka pintu penumpang bau sangat wangi menusuk ke hidungnya. Tapi yang peliknya, bau ini lebih kurang bau minyak wangi lelaki. Zuyyin tidak berfikir Panjang terus memasuki kereta itu. Pintu kereta ditutup dan matanya mula mengimbas keadaan dalam kereta itu.
YOU ARE READING
PERFECT MARRIAGE
RomanceSetiap rumah tangga, tiada yang sempurna. Semuanya didatangi musibah daripada-Nya dan kita sebagai umatnya hanya mampu laluinya sahaja. Allah will protect you for me.