#3

6 0 0
                                    

Rasa sakit ini melebihi segalanya,

Jiwa seolah direntap lalu dihiris sejuta lapisan oleh pisau yang tumpul,

Membuatkan jasad ini lemah tidak mahu menatap sesiapa,

Hanya disebabkan dia,

Sakit ini tak mampu dilupus walaupun ia memakan masa,

Jika aku diberi kuasa,

Akan kuputar rotasi masa,

Agar dia tidak muncul dalam sudut pandangan,

Kerna hanya cukup sekadar dia,

Membuat aku lupa bahwa selain benci wujud aneka rasa yang lain,

Hanya amarah yang dirasa saat ini.

antologi: AKSARA-AKSARA KECILWhere stories live. Discover now