Bab 1

1.3K 76 4
                                    

Chempaka hembus nafas lega. Akhirnya dia selamat menjalankan kerjanya sebagai penyambut tetamu pada hari pertama di Abrar Beach Resort.

Penat juga habis lenguh-lenguh badannya walaupun tercegat sahaja di depan kaunter pendaftaran. Penat senyum dan penat berdiri.

Bukan dia tak nak duduk tapi asyik-asyik Maria tu yang duduk. Dia pula orang baru, nak minta kerusi pun takut. Takut orang mengata dia mengada-ngada.

Tangan naik memicit lengan sendiri. Badannya pula disandarkan ke sofa manakala kaki berlunjur ke depan. Sedap betul dapat rehatkan badan.

Nasib baik juga tempat kerjanya menyediakan rumah untuk staf yang belum berkahwin. Jimatlah sikit duitnya. Zaman sekarang barang-barang semua mahal. Berapa sangat baki gaji yang tinggal nanti.

"Hang menung apa ni?" Fara labuhkan duduk di sebelah Chempaka. Penuh mulutnya mengunyah keropok super ring sebelum bungkusan super ring di tangannya disua kepada Chempaka.

Chempaka menggeleng.

"Aku dah kenyang. Terima kasih."

"Hang tak payah nak sopan sangatlah dengan aku." Fara sumbat lagi super ring ke mulut. Mengunyah jajan tapi dah seperti makan nasi lagaknya.

Chempaka lorek senyum. Macam mana tak sopan, kenal pun belum sampai seminggu. Biasanya dia ambil masa nak mesra dengan teman baru.

"Penat ke jadi receptionist? Aku nampak receptionist sebelum ni rileks aja. Menyembang tak ingat dunia. Bukan selalu pun ada pelanggan."

"Aku tak biasa kut berdiri lama lepas tu kena senyum sepanjang masa. Rasa naik tegang pipi aku." Chempaka gosok-gosok pipinya.

Fara ketawa.

"Depa ni pandai noh. Ambik hat segak-segak aja buh kat depan nun. Hat tak segak macam aku ni, depa taruk belakang. Kemas bilik." Muncung mulut Fara mengata.

Chempaka pula ketawa. Terhibur dengan loghat utara dan gaya Fara. Walaupun baru kenal tetapi ramahnya Fara buat dia selesa dan mudah sesuaikan diri.

"Hang umoq berapa? Masa hang sampai aku tak dan nak menyembang lama sebab aku kalut nak kena masuk keja."

"25." Sepatah Chempaka menjawab.

"Sebaya lah kita noh. Aku belajaq tak tinggi tu keja lagu ni ja."

"Samalah aku pun." Chempaka tarik sengih. Kenyataan yang dia tak sepandai Melur, adiknya.

"Esok aku keja shift pagi. Hang?"

"Pagi juga."

"Eloklah tu. Boleh kita pi sama-sama. Aku nak bawak hang pekena nasi lemak mummy. Sedap bak hang. Sekali hang rasa confirm hang teringat-ingat."

"Naik motor?" Teringatkan motor skuter di depan rumah, Chempaka bertanya.

Fara mengangguk.

"Awat? Hang takmau naik moto ka?"

"Bukanlah. Cuma aku ni macam gayat naik motor. Rasa macam terumbang-ambing."

"Oo.. Takpa-takpa. Aku bawa motor ni penuh berhemah."

Chempaka ketawa lagi.

"Malam ni aku ingat aku nak masak megi aja. Buh teluq, buh sayuq sawi. Tumis sikit dengan bawang, halia. Perghh.. Sedap wei. Hang mau?"

"Tapi aku tak ada megi."

"Alah, megi aku ada. Lepas maghrib satgi aku masak. Hang pi lah naik mandi. Masam dah aku bau."

"Hah? Ya ke?" Chempaka hidu-hidu bawah lengannya. Rasanya tadi sebelum pergi kerja dia dah pakai deodorant, dah pakai minyak wangi juga.

"Aku gurau ja. Hang ni pun, serius sangat aih." Fara tepuk bahu Chempaka dengan tawanya yang bergema. Seronok dapat kenakan Chempaka.

Chempaka turut ketawa. Alhamdullilah, dia dikurniakan teman serumah yang baik dan riuh. Tak adalah sunyi hidupnya.

Lagipun di rumah teres dua tingkat ini, mereka hanya tinggal berdua. Dari cerita Fara, sepatutnya ada lagi seorang. Tapi dah berhenti kerja bulan lepas sebab berkahwin dan ikut suami ke tempat lain.

*****

"Sedap." Puji Chempaka sebaik suapan pertama megi air tangan Fara masuk ke mulutnya. Memang lain rasanya dari rebus cara mudah.

"Sedap kan? Aku memang terror masak. Hang nak makan apa, hang habaq aja. Aku masakkan, janji hang beli semua barang nak masak tu."

"Boleh-boleh." Cepat sahaja Chempaka bersetuju sebab dia mana tahu masak. Dulu masa mak sibuk nak ajar dia memasak, dia asyik beri alasan. Lagipun dia tak minat masuk dapur. Leceh.

"Makanlah. Satgi kembang tak sedap." Fara menghirup kuah megi kari.

Ralit Chempaka tengok gaya Fara makan. Serupa orang lapar sangat.

"Hang jangan duk tengok aku aja. Satgi ngan megi hang pun aku telan. Aku memang makan lagu ni, kebuluq wei. Siang tadi makan super ring tu ja."

Chempaka tersengih. Patutlah. Dia terus menyambung makan. Sesekali makan megi, apa salahnya.

"Hang dah ada marka?"

Soalan Fara menghentikan kunyahan Chempaka. Kepalanya tergeleng.

"Biaq betui. Cantik macam hang tak da marka? Ka hang yang milih sangat ni?"

"Taklah. Memang tak ada yang nak." Sayu suara Chempaka teringatkan dirinya yang berbadan dua hasil hubungan terlarang. Spontan, tangan naik menyentuh perut. Harapnya kandungannya baik-baik saja.

"Awat hang pegang perut pula? Hang pernah kahwin ka?"

"Ehh.. Tak lah. Aku rasa lapar lagi." Chempaka berdalih.

"Oo.. Takpa-takpa. Satgi aku order burger. Biaq abang Fattah mai hantaq."

"Abang Fattah mana pula ni? Boyfriend hang ka?" Chempaka kecilkan mata memandang Fara.

Fara ketawa.

"Hang toksah duk ikut aku cakap lah. Buruk aih."

Ketawa Chempaka. Baru dia nak belajar cakap loghat utara dan dibangkang.

"Abang Fattah tu sepupu aku. Dia meniaga burger. Burger dia murah sikit. Sedap tak sedap belakang kira. Kalau hujung bulan, dia tak ambik duit. Dia belanja ja. Dia kesian kat aku takut aku kuruih." Cerita Fara panjang lebar.

"Entah-entah dia ada hati kat kau tak? Sepupu boleh kahwin apa?"

"Dia tu kan memang segak pun. Kalau dia mau, aku pun mau." Fara tayang sengih miang.

"Aduii.. Fara. Fara. Sakit perut aku gelak."

Fara hanya tersenyum. Buat apa nak malu.

"Bolehlah. Kau order burger, aku belanja. Nak juga aku tengok abang sepupu kau."

"Hang jangan. Satgi dia berkenan kat hang, kempunanlah aku."

"Alah, aku takkan rampas hak orang. Jangan risau." Chempaka lorek senyum. Kisah lalu mengajarnya jangan sesekali menganggu hak orang. Buruk natijahnya.

Fara terdiam lama seolah berfikir.

"Kalau kau takut, aku intai dari celah tingkap je."

"Okeh, set." Barulah Fara bersetuju.

"Aku nak burger daging biasa je. Tak mahu sayur."

"Lah, hang tak makan sayuq? Patutlah dalam mangkuk hang sawi aja tinggai." Mata Fara jatuh pada mangkuk megi Chempaka.

Chempaka sengih tayang gigi. Dia tak berapa suka sayur, pahit. Orang katalah sayur banyak khasiat apa sekalipun, dia tetap tak suka. Nak-nak brokoli, boleh muntah kalau dia makan.

"Lepas isyaklah aku order burger. Boleh kita makan burger sambil layan movie kat neftlix."

"Boleh. Drama korea pun boleh." Chempaka sudah teruja mendapat tahu di rumah ini ada neftlix.

"Cantik. Aku pun suka drama korea."

"Syukur aku dapat teman serumah sekepala." Chempaka buat gaya menadah doa dan aminkan doa.

Fara ketawa dengan ayat Chempaka. Dia juga lega.

Pertama kali nampak raut cantik Chempaka, dia ingatkan wanita itu sombong namun sikap Chempaka sebaliknya. Chempaka mudah bergaul malah langsung tak sombong. Cuma pakaian Chempaka baginya agak terdedah. Itu, nanti-natilah dia akan tegur sebagai kawan.

PESONA CINTA TAN SRIWhere stories live. Discover now