Bab 5

611 64 2
                                    

"Tan Sri.." Chempaka menunduk hormat. Kerap pula Hans muncul di depannya. Sampaikan dia pun dah naik segan bila banyak mata-mata yang memandangnya semacam.

Pasti ada juga yang melabelnya sebagai perempuan gatal yang nak mengorat Tan Sri sedangkan Tan Sri itu yang selalu datang mencarinya. Kadang-kadang hal kecil pun Tan Sri akan datang kepadanya.

"Chempaka, I need you to accompany me while I'm walking."

"Chempaka, let's have a tea."

"Chempaka, come with me. I'm starving."

Sini Chempaka, situ Chempaka. Rimas pula dibuatnya.

"You free tak petang ni?" Hans sandarkan tubuhnya ke kaunter penyambut tetamu.

"Kenapa Tan Sri?"

"I nak ajak you keluar. Dinner perhaps."

Maria rakan setugas Chempaka larikan diri. Dia tak sanggup nak dengar Tan Sri pujaan hatinya mengayat Chempaka. Macam nak bernanah hatinya, kecewa punya pasal.

"Saya rasa tak bolehlah Tan Sri. Saya dah janji dengan Fara nak belajar masak dengan dia. Bahan-bahan semua dah beli."

Terangkat kening Hans.

"You nak belajar masak?"

"Ya sebab saya langsung tak reti masak." Sengaja Chempaka memberitahu kelemahannya. Kebanyakan lelaki kan suka perempuan yang pandai memasak.

"Hmm.. I jenis tak kisah."

"Tan Sri lain. Tak Sri mesti ada orang gaji."

"Ya, you nanti tak payah susah-susah nak masak. Everything is served."

"Errkk.." Mati kata Chempaka dengan bicara selamba Hans.

Chempaka terus buat-buat sibuk. Matanya memandang skrin komputer walaupun tak ada apa pun untuk dia buat. Kebetulan pula hari ini tidak ramai tetamu yang check in dan check out.

"Kalau dinner tak boleh, how about lunch?" Hans masih mencuba nasib.

"Err.." Chempaka garu pipinya dengan hujung telunjuk. Ligat akalnya berfikir mahu mencari alasan yang sesuai.

"You tak sudi?"

"Bukan Tan Sri. Saya sebenarnya takut orang mengata saya ni nak mengorat Tan Sri. Ambil kesempatan. Saya tak nak Tan Sri." Luah Chempaka.

Sekilas kiri dan kanannya dipandang. Memang ada dua, tiga orang bellboy, memandang ke arah mereka seraya berbisik-bisik. Zaman sekarang, lelaki pun suka membawang.

Dari mengiring ke kiri, Hans ubah posisi badannya dengan kedua-dua tangan naik menekap pada kaunter penyambut tetamu. Manakala matanya terpasak pada wajah bujur sireh Chempaka.

"Mulut orang bukan kita boleh tutup pun."

"Ya, Tan Sri. Tapi selagi boleh elak baik kita elak. Saya pun tak faham kenapa Tan Sri asyik cari saya."

Hans tersenyum segarit.

"You betul-betul tak tahu atau you pura-pura tak tahu?"

Chempaka buang keluh.

"Saya pekerja makan gaji kat sini Tan Sri. Tan Sri pula bos besar. Jauh sangat jurang antara kita."

"Saya rasa lebih baik Tan Sri buat aje kerja Tan Sri. Tak payahlah cari saya kat sini. Saya tak selesa." Sambung Chempaka tanpa memberi peluang untuk Hans bercakap.

"Kerja I di sini. With you."

Senyap Chempaka. Payahlah bercakap dengan orang tua ni. Banyak betul jawapan yang dikonarnya.

PESONA CINTA TAN SRIWhere stories live. Discover now