Chempaka gelabah. Darah? Dia gugur ke? Dia cemas apabila melihat ada tompokan merah pada seluar dalamnya.
Baru masuk hari ketiga bekerja dia dah turun darah? Penat sangat ke dia? Keletihan? Tidak cukup rehat? Pelbagai persoalan timbul di benaknya.
Lantas dia keluar dari bilik air. Dia perlu ke klinik. Walaupun kandungan ini bukan kemahuannya namun dia bukan manusia kejam mahu membunuh bayi yang tak berdosa. Cukuplah dia sudah melakukan dosa besar dengan berzina tetapi dia bukan pembunuh.
Tidak menunggu lama, cepat-cepat dia berlari keluar dari tandas. Yang dia hairan, perutnya tak ada pula rasa sakit. Dalam keadaan kalut, tanpa sengaja dia merempuh seseorang.
Gedebuk!
Seperti nagka busuk Chempaka jatuh terduduk. Sakit punggungnya. Skirtnya yang terbelah hingga ke paras paha juga sudah terselak menampakkan apa yang tidak sepatutnya.
Kelam kabut Chempaka menarik skirtnya.
"Ehemm!"
Mendengar deheman seseorang, spontan Chempaka panggung kepala. Air liur diteguk laju melalui kerongkong apabila melihat seorang lelaki dengan rambut sedikit memutih sedang berdiri di depannya.
"Boleh bangun?" Soal lelaki itu bongkokkan sedikit tubuhnya seraya menghulurkan tangan.
Chempaka mendengus bersama jelingan tajam.
"Lain kali jalan tu, mata tengok depan." Selar Chempaka sambil bangun sendiri tanpa menyambut huluran lelaki tersebut.
Terangkat kening si lelaki.
"I think you're the one who doesn't look ahead."
Chempaka tak menjawab sebaliknya dia terus berlalu pergi. Masalah bertimpa-timpa pula hari ini.
Tak ada masa dia nak melayan lelaki beruban tu. Biasanya lelaki yang beruban setompok macam tu, lelaki merenyam. Golongan lelaki berusia awal 40-an.
Malas memikirkan pasal lelaki tadi, perutnya dipegang.
"Janganlah apa-apa menimpa kandungan aku."
****
"Puan tak mengandung."
"Hah?" Pucat muka Chempaka. Terkejut. Dia tak mengandung? Terus perutnya yang rata ditekan.
"Tapi saya ada buat pregnancy test kat rumah, naik dua line. Saya pun tak datang haid dah tiga bulan."
"Mungkin puan stress. Pregnancy test yg puan buat sendiri kat rumah kadang tak tepat. Banyak terjadi kes macam ni." Terang doktor wanita bercermin mata yang duduk di depan Chempaka.
"Betul ke saya tak mengandung?" Soal Chempaka lagi meminta kepastian. Tak tahu dia patut menjerit gembira atau ketawa atas kebodohannya sendiri.
"Ya, puan. Ada sesetangah kes, alat ujian kehamilan yang dah tamat tempoh bila digunakan pun akan tunjukkan result palsu. Atau puan pernah gugur sebelum ni?"
Laju Chempaka menggeleng.
"Sebab ada juga kes, selepas gugur bila cek upt, masih naik double line kerana hormon hCG masih ada dalam tubuh."
"Puan ada rasa sakit perut di bahagian ari-ari?"
"Tak ada."
"Darah yang keluar sekarang kemungkinan besar darah haid."
Chempaka tak terkata. Dia period? Bukan darah gugur?
"Puan? Puan okey tak ni?" Melihat Chempaka termenung jauh, doktor itu menggawangkan tangan di depan muka Chempaka.
YOU ARE READING
PESONA CINTA TAN SRI
Historical FictionSinopsis "Masa silam saya teruk. Saya bukan lagi anak dara, Tan Sri." - CHEMPAKA "You are my first love, Chempaka. I don't care if you're a virgin or not. All I know is that I want you. Full stop." - TAN SRI HANS ABRAR Sejak kali pertama melihat Che...