Bab 4

593 65 9
                                    

Hans hirup latte panas sambil berjalan. Dalam cuaca sejuk selepas hujan begini memang sedap bila dapat minum air panas. Badan pun automatik akan terasa hangat.

Hari ini dia hanya mahu meninjau resortnya yang sudah berbulan-bulan dia tak jejakkan kaki.

Kalau tak ada aral, minggu depan dia akan balik semula ke Kuala Lumpur dimana syarikat hartanahnya berada. Resort ini hanya business sampingan kerana dia memang suka datang ke Langkawi.

Baginya Langkawi satu tempat bebas cukai yang strategik untuk pelancong jadi apa salahnya dia laburkan sedikit modal disamping memberi peluang pekerjaan pada anak-anak muda.

Belum sempat sampai ke gelanggang takraw yang menghadap pantai, kaki Hans terhenti dari terus melangkah.

Matanya tidak dapat dialihkan dari seorang wanita yang berskirt merah terang. Wanita itu seperti sedang mengelap air mata. Kedudukan wanita itu pula sedikit terlindung darinya.

Namun dia pasti wanita itu wanita yang sama dia selamatkan semalam. Bentuk tubuh malah rambut panjang wanita itu juga sama. Lantas dia atur langkah panjangnya mampir mendekati si wanita.

"Miss, are you okay?" Soalnya seraya sebelah tangan diseluk ke dalam poket.

Setelah ditegur, wanita yang menunduk sedari tadi mendongak.

Dapat dia lihat dengan jelas, mata bundar itu ditakungi air mata.

"What's wrong?" Soalnya lagi. Tanpa dipelawa dia labuhkan duduk di atas benteng batu di sisi wanita itu.

"Jangan menyibuk boleh tak?" Wanita itu alihkan muka ke arah lain.

"Haih. Tanya pun kena marah?" Pelik juga dia, wanita biasanya kalau asyik marah itu maknanya dia tengah datang bulan.

Chempaka bangun. Dia tiada mood mahu berbual. Lagi-lagi dengan lelaki beruban ni. Nampak macam gatal pun ya. Bukan dia tak ingat macam mana lelaki itu renung dia sebelum ini. Macam nak telan pun ada.

Belum sempat Chempaka melangkah, lengannya dilelar.

Melolot mata Chempaka apabila melihat tangan sasa lelaki tersebut melekap kemas pada lengannya.

"Hei! Apa ni pegang-pegang?" Naik setakuk nada suara Chempaka. Apa kena lelaki ni? Entah-entah lelaki gila seks.

"You jangan nak macam-macam eh. I jerit nanti baru you ada akal." Marah Chempaka.

Hans ketawa besar. Lengan Chempaka dilepas. Lalu dia turut bangun berdiri membuatkan Chempaka terpaksa mendongak mahu memandang wajah matang itu.

"No. There is blood in your skirt." Mata Hans melirik ke arah belakang badan Chempaka.

"Hah?" Gelabah Chempaka. Bahagian belakang badannya diintai. Bocor ke?

Hans buang keluh lalu kot yang tersarung pada tubuh tegapnya dibuka dan diikat ke pinggang Chempaka.

Chempaka kelu tak terkata. Dia hanya biarkan lelaki itu menyentuh pinggangnya.

"Settle."

"Tapi baju you..."

"It's okay. You can take it." Cantas Hans dan terus meninggalkan Chempaka yang terpinga-pinga tanpa sempat dia ucapkan terima kasih.

Siapa lelaki beruban itu? Sepanjang seminggu dia bekerja di sini sudah tiga kali dia terserempak dengan lelaki itu.

Tetapi mungkin juga lelaki itu hanya pelancong yang datang singgah bermalam di hotel tempat dia bekerja ini.

"Pandai hang noh tangkap jerung besar?" Fara yang kebetulan lalu di situ menegur Chempaka. Tadi dia ternampak Chempaka berbual dengan seseorang yang cukup dikenalinya.

PESONA CINTA TAN SRIWhere stories live. Discover now