1

89 2 0
                                    

Melihat lampu isyarat yang sudah bertukar menjadi hijau, dia mula mengangkat kaki untuk maju langkahnya kehadapan sambil memegang puntung rokoknya.

Selesai sahaja membuang puntung rokok, telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas dia menjawab setelah melihat siapa yang membuat panggilan.

"Speak!" usai dia menjawab panggilan. 

"Night Sir, sorry for interrupting your rest but there is quite urgent matter that I need to....." 

CRRRRRRAAAASSSSSSHHHHHHHHH

"Sir.... Hello Sir..... Hello Mr Isak are you okay? Sirrrr". Suara dari telefon dapat dia dengari secara tipis.

Mulutnya tidak mampu untuk menjawab kembali soalan yang dilontarkan daripada panggilan tersebut.

Mulutnya terasa pahit dan sukar sekali untuk mengeluarkan suara sedikit pun. Dia dapat merasakan dirinya disaluti dengan cecair merah.

Langit yang di terangi dengan cahaya bintang mulai kabur dari pandangannya.

"Haaaa macam ni ke aku mati.... Die silently". Perlahan-lahan dia memejamkan matanya akibat terlalu berat untuk dia menahan lagi.

Panggilan yang seharusnya menjadi perbualan mengenai urusan kerja bertukar menjadi senyap sepi.

David Victor merupakan pembantu peribadinya. Pembantu peribadi kepada Isak Xander dalam melakukan segala urusan kerjanya. Tanpa mengira tempat.

David mulai gusar apabila panggilannya hanya di jawab dengan bunyi rempuhan yang sangat kuat.

Kuat seperti bunyi dilanggar sesuatu.

David mulai sedar bahawa sesuatu telah berlaku. Dia dengan pantas mendail nombor seseorang. 

"Erik, please find and locate where MR Isak is. URGENT".

Erik tanpa banyak alasan dengan pantas melakukan tugasnya. Dia menaip sesuatu menggunakan komputernya.

Dengan menggunakan teknologi dan kemahiran yang ada, dia cuba untuk mencari koordinat lokasi Isak Xander, Pengarah Eksekutif(Executive Director) bagi syarikat Cyber Tech.

Setelah membuat panggilan tersebut, David bergegas keluar dari ofis lalu menuju ke parking kereta.

Ting ting

bunyi notifikasi dari telefonnya membuatkan David sedikit terkejut. Dia mengambil telefonnya lalu melihat isi mesej yang dihantar.

'Shaftesbury Avenue, The 2nd street wall near Polygon Mall' – Erik

Setelah membaca mesej yang diberi oleh Erik, dia dengan pantas menghidupkan keretanya untuk menuju ketempat tersebut. Selang beberapa minit, dia tiba di Shaftesbury Avenue.

Melihat keadaan sekeliling sangat sunyi sepi walaupun berdekatan dengan pusat hiburan. 

'Ohhh lupa pulak mall ni dah lama tutup. Mana nak ada orang' David monolog sendirian sambil melihat sekeliling.

Matanya mengecil apabila dia melihat sesuatu jauh dari pandangannya. 

"Sirrr". David berlari dengan pantas kearah tempat yang dilihatnya sebentar tadi. Berharap bahawa yang terlentang di atas jalan raya tersebut bukanlah bosnya.

Harapannya punah apabila matanya melihat majikan, Isak Xander terkulai layu di atas jalan raya. Badan Isak dipenuhi dengan darah.

Berkemungkinan darah tersebut datang dari kepalanya dan badannya yang luka dalam.

Dia adalah ...Where stories live. Discover now