7

33 1 0
                                    

"Kau tak reti nak ketuk ke?" Suara Isak dinaikkan satu oktaf.

Mukanya merah sedikit akibat suara yang dinaikkannya itu.

"Maafkan saya." Ujar Eliana.

Wajahnya jelas seperti dia tidak mempunyai perasaan. Ekspresinya kosong.

"Let me help you."

Eliana berjalan mendekati Isak. Tuala putih diambil lalu dicelup kedalam air bersih. Selesai merendam, kain tersebut diperah lalu dia mengelap tubuh Isak.

Isak tersentak dengan perbuatan Eliana. Mulutnya terkunci tidak mampu berkata apa-apa.

Eliana mengelap dada bidang lelaki didepannya dengan perlahan-lahan. Kadang-kala kain itu dicelup kembali dan dilap kembali.

Muka Isak juga dicuci sedikit dengan pencuci muka untuk membersih kotoran yang melekat pada mukanya. Isak hanya membiarkan sahaja.

Dia pun tidak tahu kenapa dia tidak menolak. Tubuhnya seakan-akan menerima perbuatan Eliana.

Isak mengedipkan mata-matanya berkali-kali. Get to your sense Isak. She's just a servant.

"Why didn't you reject?" 

Isak mempersoalkan tentang keputusan Eliana yang menerima marriage aggrement ini.

"Like you said, your grandpa paid me."

Eliana menjawab dengan suara yang mendatar walaupun tangan masih kekal mengelap tubuh Isak.

"Kau suka duit?"

"Siapa yang tak suka duitkan..." Jawab Eliana ringkas.

Apa yang aku harapkan dari perempuan ni. Jujur aku nak cakap. Sumpah muka dia nampak macam tiada nafsu. Dia ni malfunction ke? Fikir Isak sejenak.

Tuala kering diambil untuk mengelap tubuh Isak. Bajunya ditukar kepada pakaian hospital yang baru.

Butang baju dibutang satu per satu menutupi dada Isak yang kini sudah bersih dari kotoran. Mukanya juga sudah dilap, Eliana lalu menolak kerusi yang menempatkan Isak keluar dari toilet.

"You can just ask me if you need to clean yourself."

Eliana memapah Isak kembali ke katilnya. Selimut Isak dilipat cantik lalu susun dihujung katil. Kelihatan Isak menarik meja yang bersambung dengan katil itu dekat dengannya. Laptop yang terletak diatas meja dihidupkan.

Eliana menemani Isak seharian pada hari tersebut. Dia sudah memberitahu Isla dan Axel bahawa dia akan mengerjakan kerja dari rumah.

Dr.Louise datang menyinggah ke bilik Isak. Dia melihat balutan dikepala Isak dan cast yang berada di betis Isak. Seketika Dr.Louise mengangguk kecil.

"Keadaannya dah semakin stabil. Balutan dan cast kaki ni dah boleh buka dah."

Dr.Louise menjelaskan kepada Eliana sambil memandang Isak.

"So I can walk already?" Tanya Isak yang agak sedikit teruja.

"Of course. But not so soon. You need to attend a few rehab to actually let your leg heal by itself."

Isak hanya mengiyakan sahaja. Ia mengambil masa yang agak lama untuk dia boleh berjalan seperti biasa memandangkan dia terlantar diatas katil selama setahun.

"Thank you Dr"

Eliana menunduk sedikit ke arah lelaki yang berumur tersebut. Dia menghantar Dr.Louise keluar dari bilik.

Sejurus itu, beberapa doktor lain datang ke biliknya untuk membuka cast yang berada dikakinya sudah lama. Balutan dikepalanya juga dicabut. Luka pembedehan yang berbekas di kepala Isak di bersihkan lalu dilekat dengan pembalut kecil.

Dia adalah ...Where stories live. Discover now