19

20 0 0
                                    

"I-I..."

Sophia yang berdiri di hadapan mesyuarat merasakan tekanan yang tidak dijangka. Dia merenung Isak, mencari kata-kata untuk meredakan kekecewaan pengarah mereka.

"Alright, we will come up with another solution." kata Jan yang melihat Sophia yang sudah pucat lesi akibat dijerkah Isak sebegitu rupa.

Setelah mesyuarat berakhir, mereka pun berpisah. Stefan memilih untuk melaporkan perkembangan mesyuarat kepada Digital Pro.

Disebabkan berita perkahwinan Eliana yang tular itu, dia juga mendapat tahu bahawa Xpert yang dikendali oleh Isla merupakan bahagian syarikat Cyber Tech.

"Kau kenal Encik Stefan sejak awal kita jumpa dia dulu?" tanya Isla kepada Eliana

"Tidak, kami tidak mengenali satu sama lain pada awalnya. Dia adalah kawan kepada Isak," jawab Eliana dengan jujur.

"Wait... that's mean he knew you married already?"

Eliana mengangguk, memberikan pengesahan kepada pertanyaan Isla. Isla agak terkejut. Bagaimana Stefan, seorang individu luar, mengetahui mengenai perkahwinan Eliana sebelum Isla sendiri, yang merupakan teman Eliana?

"How does that pervert befriend someone of such high rank as Isak?" bebel Isla sendiri.

"We've got a meeting coming up. So please gather at the meeting room," arah Axel kepada pekerja yang berada di dalam pejabat, menepuk tangannya berulang kali untuk menarik perhatian.

Stefan telah menanti di dalam bilik mesyuarat apabila semua orang tiba. Mereka mula memulakan mesyuarat seperti biasa. Stefan memberitahu bahawa testing akan diadakan pada minggu depan.

Selepas mesyuarat tamat, hari telah larut malam. Isla terpaksa menyiapkan beberapa dokumen untuk melaporkan segala progress sepanjang projek tersebut berlangsung. Eliana sudah pulang lebih awal, meninggalkan Isla yang masih sibuk menyiapkan laporan.

Melihat luar tingkap yang sudah gelap, Isla mematikan komputernya dan bersiap untuk pulang. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Dengan cepat, dia mengemas barangnya dan melangkah keluar dari bangunan.

Dengan tergesa-gesa, Isla berlari menuju perhentian bas, menyadari bahawa bas terakhir pada pukul 10.30 malam sudah akan tiba. Namun, sebelum dia mencapai perhentian, bas itu sudah berlalu begitu saja, meninggalkannya di sana.

"Eh, pakcikkkk!" jerit Isla mencuba memanggil bas yang meluncur begitu cepat.

Namun, pemandu bas tak terdengar. Bas itu terus melaju di atas jalan. Isla membulatkan matanya, bertanya-tanya mengapa bas datang begitu awal. Dia menggaru kepala yang gatal dengan sedikit rasa frustrasi.

"Terpaksa naik teksi," gumam Isla.

Dia menunggu teksi, tetapi waktu terus berlalu tanpa ada tanda-tanda kedatangan teksi. Sudah hampir 30 menit dia menunggu. Dia melihat jamnya sekali lagi.

11.00 malam.

"Ah, jalan sikitlah," Isla mengeluh seorang diri.

Isla memutuskan untuk berjalan kaki menuju jalan utama, berharap dapat menemukan teksi di sana. Dengan tangan erat menggenggam tasnya, dia melangkah ke luar. Suasana malam yang sejuk mulai dirasakannya.

"Lady, are you alone?" tanya pemuda yang tiba-tiba menyentuh bahu Isla dari belakang.

Isla menoleh ke belakang dengan terkejut, hanya untuk mendapati pemuda itu sedang mabuk.

Isla merasa jantungnya berdegup kencang ketika pemuda mabuk menyentuh bahunya. Wajahnya terpancar ketegangan, dan matanya memancarkan ekspresi cemas.

"Sir, I'm sorry. I'm in hurry.." ujar Isla yang sedang tergesa-gesa. Tindakan yang tergesa-gesa dan langkah-langkah yang cepat mencerminkan kekhawatiran yang mendalam. Raut wajahnya mencerminkan keresahan ketika dia berusaha untuk menjauh dari ancaman yang tak diundang.

Dia adalah ...Where stories live. Discover now