T i g a - e m p a t

15 1 0
                                    

" Stage 3 Glioblastoma."

Ayat tersebut seakan akan berulang berkali-kali di benak pemikirannya. Kakinya lemah sekali untuk berjalan. Kertas laporan di tangannya itu pandang lemah. Mukanya seakan hilang warna.

Doktor tersebut menunjukkan CT scan yang dipaparkan pada monitornya. Walaupun dia langsung tidak tahu membaca CT scan tersebut namun dia tidak bodoh untuk melihat bahawa gambaran otaknya tidaklah begitu cantik.

"There are tumor in your brain. You are in Stage 3 Glioblastoma, miss..."

Bunyi jarum jam berdetik kini menguasai bilik tersebut. Sungguh sunyi tanpa bunyi.

"You must've been in pain so much miss Eliana." Ungkap Dr tersebut. Dia juga memberi penjelasan yang lebih padat namun telinga Eliana seperti tidak dapat menangkap isi kata setelah itu.

Semenjak keluar dari bilik itu, Eliana seperti hilang arah tuju. Dia juga hilang imbangan diri hingga terpaksa memapah tubuhnya sendiri pada dinding.

Turn out, it's really bad...

Dia menekup mukanya seketika. Seketika titisan jernih yang keluar dari mata jatuh ke atas kertas laporan tersebut.

Jarang sekali dia mahu menitiskan air mata. Dia sudah lali dengan air mata setelah apa yang berlaku.

Namun...

Namun yang ini sangat menguji dirinya sendiri.

Dia sungguh penat.

Penat sekali.

Kenapa semua ini berlaku kepada dia?

Kenapa...

Kertas laporannya itu dikonyok seketika. Kain fabrik seluarnya juga digenggam kuat.

Giginya hanya mampu diketap. Tangisannya serba sedikit dapat didengari.

Tiba-tiba tubuhnya seperti disentuh seseorang.

"Eliana?"

Matanya segera dilap menggunakan tangan. Dia membetulkkan sedikit suaranya sebelum mendonggak memandang suara yang memanggilnya.

Matanya terbutang luas memandang gadis yang melemparkan senyuman manis itu kepadanya.

"Tak sangka pula jumpa kau dekat sini." Tanya gadis tersebut setelah memastikan gadis tersebut benar gadis yang dikenalinya.

"Lucia..." Eliana mengungkap nama gadis tersebut.

"What the hell you're doing here? In hospital?"

Eliana mati kata dengan soalan yang ditujukan kepadanya.

I'm here because I'm sick.

I have tumor in my brain.

I'm in pain, Lucia

Tak mungkin dia hendak memberitahu itu kepada sahabat baiknya itu sendiri. Mulutnya seperti terkunci untuk meluahkan segala apa yang dia rasa. Tekaknya rasa berat sekali.

Matanya memandang anak mata Lucia.

"I'm here for my regular health checkup." Itu sahaja yang jawapan yang dapat keluar dari mulutnya kini.

"Wait. Hold on. Are you... crying?"

Mata Eliana membulat.

"Your eyes seems swollen... "

Tangan Lucia sudah mula menggapai mukanya yang suam suam itu. Tangannya mula untuk meraba sudut matanya. Dengan pantas Eliana menepis tangan Lucia.

"Crying? No..." gelak Eliana kecil. Terpaksa menyorokkan perasaannya dengan senyuman.

Dia adalah ...Where stories live. Discover now