Prolog (re-edit)

38 0 0
                                    

SKY HIGH SCHOOL. Sebuah institusi pendidikan yang menempatkan pelajar-pajar elit, terdiri daripada mereka yang datang dari keluarga yang berpengaruh, kaya raya dan juga para pelajar yang bijak pandai.

Bukan semua berkelayakan memasuki sekolah itu. Yuran sekolah yang mahal dan jadual harian yang padat dengan pelbagai aktiviti sekolah. Siapa yang sanggup? Dipersilakan mendaftar.

Bunga Jasmeen, salah seorang pelajar yang 'lucky' dapat masuk ke dalam sekolah ini. Ayahnya mampu menampung yuran persekolahannya di sekolah ini. Tipikal ayah yang kaya raya, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Jasmeen? Hanya menurut, asalkan segala kemahuannya ditunaikan.

"Yoww, Bunga!"

Sergahan daripada sahabatnya itu mengejutkan Jasmeen yang sedang menghayal memikirkan masa depannya. Ya, kawan-kawannya suka memanggil dia Bunga, dan bukannya Jasmeen.

"Asal?"

Soal Jasmeen kepada rakan baikknya, Neesa yang sedang tersengih itu. Ayren dan Cynta turut ikut tersengih sama, menampakkan gigi yang tersusun rata. Jasmeen memandang pelik kearah rakan-rakannya itu. Suasana kelas agak lengang ketika itu kerana kebanyakan pelajar pergi ke kantin, mengisi perut yang lapar. Waktu rehat kan.

"Kasyaf datang!"

Jasmeen terus duduk menegak apabila mendengar sebaris nama yang keluar dari mulut Ayren itu. Kasyaf! Inilah masa depan yang dia duk fikir sebentar tadi. Lelaki yang telah membuatkan dia jatuh cinta untuk pertama kali dalam hidup sepanjang 16 tahun dia hidup di dunia ini. Lelaki itu jugalah menjadi penyebab dia sentiasa bersemangat datang kesekolah.

Pandangan dihalakan kehadapan. Kasyaf datang kearahnya dengan wajah yang serius. Jasmeen sudah tersenyum suka. Oh, rindunya dengan Kasyaf.

Setelah berada di hadapannya, Kasyaf meletakkan sebuah sampul surat di atas mejanya. Sampul surat cinta yang dia selitkan di dalam laci Kasyaf pagi tadi.

"What is this, Bunga Jasmeen?"

Kasyaf menyoal penuh serius. Pandangan tajam dihalakan kepada Jasmeen. Jasmeen tersengih. Takut? Tidak. Dia suka jika Kasyaf memandangnya dengan pandangan tajam. Biar makin dalam panahan cintanya. Sungguh, Jasmeen saat ini tidak waras kerana sedang dibutakan oleh cinta.

"Awak dah baca ke Tengku Kasyaf Arqil?"

Jasmeen kembali menyoal sambil tersengih. Itu adalah surat cinta yang entah sudah keberapa kali Jasmeen hantar kepada Kasyaf walaupun lelaki itu tak pernah baca pun. Selalu sahaja surat-suratnya melayang ke dalam tong sampah. Tapi, Bunga tak kisah. Kasyaf perlu tahu perasaannya!

"Kau tak faham bahasa? This is bullshit. Stop hantar semua sampah ni kat laci aku."

Jasmeen pusingkan bebola matanya. Ayat yang sama keluar dari mulut Kasyaf. Dia tahu Kasyaf tidak sukakan dirinya. Kasyaf suka pada Armaya, pelajar perempuan yang ditaja biasiswa kerajaan untuk masuk ke sekolah ini. Armaya, pelajar yang cantik, lemah lembut dan semestinya menjadi kebanggaan sekolah kerana kepandaiannya dalam bidang akademik.

"You dah baca belum surat tu?"

Soal Jasmeen lagi. Berharap sangat Kasyaf membaca surat yang terakhir kali darinya itu. Selepas ini, dia tidak akan menulis surat lagi.

"Aku tak baca. Buang masa dan sangat tak berbaloi."

Jawapan selamba dari Kasyaf itu belum mampu menyakitkan hati Jasmeen. Hello? Jasmeen berhati kental ok. Walaupun dia tahu Kasyaf sukakan pelajar lain, Jasmeen tetap tergedik-gedik mengejar lelaki itu sehinggakan satu sekolah maklum mengenai cintanya terhadap Kasyaf. Huh, dasar cinta monyet.

Tanpa menunggu sebarang balasan dari Jasmeen, Kasyaf segera meninggalkan kelas itu. Mereka tidak duduk sekelas kerana berlainan aliran. Kasyaf budak ekonomi. Jasmeen budak sains.

Jasmeen mencebik perlahan melihat Kasyaf yang sudah berlalu pergi. Dia mengeluh juga. Hmm, keras kepala sungguh si Kasyaf ni. Sampul surat yang terletak di atas meja dicapai perlahan. Itu adalah surat perpisahan darinya. Huarghhh.....

"Sabar k, Bunga."

Sebagai sahabat yang baik, Cynta mengusap perlahan bahu Jasmeen. Dia sedih melihat Jasmeen yang masih belum mendapatkan Kasyaf. Entah apa yang ada pada Armaya sehinggakan Kasyaf sanggup setia padanya. Jasmeen lagi cantik ok. Cuma, Jasmeen kurang sikap muslimahnya. Jasmeen ni rock selamba. Dengan free hairnya yang diwarna selamba rambut itu dengan warna merah, melanggar peraturan sekolah sungguh.

"Takpe Bunga, nanti kita orang ajar cukup-cukup si Kasyaf ni."

"Ye, kau jangan risau."

Seperti biasa, Neesa, Ayrin dan Cynta akan memberi kata-kata semangat juang yang tinggi. Jasmeen pula hanya akan ketawa. Dia bukannya sakit hati sangat. Tak dapat cinta Kasyaf? Takpe, masih ada lelaki lain yang mahukannya. Tapi, dia cuma mahukan Kasyaf.

"Bila kau gerak?"

Soal Neesa tiba-tiba. Jasmeen mengeluh. Hari ini adalah hari terakhir dia di Sky High School. Dia akan mengikuti keluarganya berpindah ke Auckland dan akan bersekolah di sana.

Sedikit banyak dia sedih meninggalkan sekolah ini. Tetapi, lebih kepada sedih kerana meninggalkan Kasyaf. Takpelah, dia beri peluang kepada Kasyaf mengejar cintanya tanpa gangguan darinya. Pasti saat ini, Jasmeen merupakan orang ketiga dalam hubungan complicated di antara Kasyaf dan Armaya itu.

"Pagi lusa kot. Kenapa? Kau nak join sekali?"

"Taklah. Ingat nak lepak sebelum kau berangkat pergi."

"Alaaa, jomlah malam ni lepak kat rumah aku. Esok cuti kan?

Cadang Jasmeen. Dia mahu meluangkan masa bersama rakan-rakannya sebelum mereka berpisah. Entah bila lagi dia akan kembali ke bumi Malaysia ini.

*Another random short story from me😉

JUST MINEWhere stories live. Discover now