Selepas menikmati makan malam bersama keluarga, Kasyaf datang ke mini library tang tersedia di rumah itu setelah diminta oleh ayahnya untuk berjumpa, bagi membincangkan sesuatu.
Terdapat ruangan santai di bilik itu. Meja kopi yang dikelilingi oleh sofa. Saat ini Tengku Kaiser duduk di sofa single, menghadap anakya yang sedang duduk santai menikmati cookies coklat buatan isterinya.
"Syaf kenal Jasmeen Adara? The famous international model?"
Tengku Kaiser membuka kata. Dia menghala pandangan kearah Kasyaf yang agak terkejut reaksinya. Kunyahan cookies terhenti.
"Kenapa abah tanya?"
Soal Kasyaf pula. Hatinya berdebar-debar tidak senang. Tenang....
"Dia siapa?"
Erk, Kasyaf diam. Blur seketika.
"A friend? Or maybe just a schoolmates, suatu ketika dahulu."
Kasyaf menjawab soalan abahnya itu. Tiada jawapan yang spesifik untuk soalan mengenai Jasmeen.
"Dia jumpa abah kat office siang tadi. And, she's quite brave."
Kata-kata abahnya itu membuatkan Kasyaf tidak senang duduk. Pasti ada sesuatu yang perempuan tu lakukan. Dia tahu, Jasmeen memang berani gila-gila.
"Dia nak apa?"
"She's proposing you."
Huh, pernyataan itu membuatkan air liur Kasyaf tersekat di kerongkong. Gila Jasmeen ni. Hari tu jumpa masa reunion tak kata apa-apa pun, siap nak downgrade dia. Sekarang ni apa pula?
"Wow, sangat tak terjangka."
Balas Kasyaf. Another level. Perempuan tu takde perasaan malu ke?
"I think that's not a bad idea."
"Abah, please don't start. You know me."
"Yes i know you. Lelaki yang tak ada pendirian pada perasan sendiri. Kalau serius dengan Maya, Syaf patut kahwin dengannya. Just make a move. Tak cuba memanglah tak tahu."
Kasyaf menghela nafas berat. Dia juga tak faham dengan situasi dirinya dengan Armaya. Perempuan itu seperti selalu menginginkan dirinya. Tetapi apabila dia cuba untuk membuka langkah, Armaya menjauh pula.
"Entahlah abah. Maya tak ready lagi kot. Dia baru nak cipta nama. Bagilah sedikit masa lagi."
"Are you guys in love?"
"No, just in a complicated relationship."
"Then, kahwin dengan Jasmeen. Abah nak Syaf kahwin dengan dia. Just think for a business purpose. Don't you know her father?"
Permintaan itu membuatkan nafas Kasyaf sesak. Dia tak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa yang terdekat.
Kahwin dengan perempuan yang pernah tergila-gilakan dia suatu ketika dahula? Bagaimana dengan Armaya? Kasyaf meramas rambutnya kasar. Serabut.
Jasmeen terang-terangan nak kan dirinya. Sedangkan Armaya? Suka bertarik tali dengannya. Kasyaf tidak pasti apa yang diingini oleh perempuan itu.
"Fikirlah dengan sebaiknya. Buat keputusan dengan bijak for both parties. Armaya is not bad, but abah prefer Jasmeen. I can see how determined she is, walaupun ini kali pertama abah jumpa dengannya. I like her."
Kasyaf diam mendengar pendapat daripada Tengku Kaiser itu. Entahlah, dia tak tahu nak buat apa. Yang pasti, dia nak berdepan muka dengan Jasmeen Adara untuk selesaikan masalah ini. Setelah itu, barulah dia boleh membuat keputusan dengan betul.
YOU ARE READING
JUST MINE
ChickLitJasmeen x ? Jasmeen suka Kasyaf. Crush teroks dekat lelaki itu. Tapi kasyaf cintakan wanita lain. Kasyaf pencinta setia. Huh! Jasmeen pusingkan bebola mata. Menyampah dengan sikap setia Kasyaf. Jadi, Jasmeen pergi membawa diri. Kecewa? NO! Mengalah...