Jasmeen x ?
Jasmeen suka Kasyaf. Crush teroks dekat lelaki itu.
Tapi kasyaf cintakan wanita lain. Kasyaf pencinta setia. Huh! Jasmeen pusingkan bebola mata. Menyampah dengan sikap setia Kasyaf.
Jadi, Jasmeen pergi membawa diri. Kecewa? NO! Mengalah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jasmeen melangkah keluar dari perut kereta putih yang dipandu oleh driver keluarganya. Dia memandang ke arah hotel yang tersergam megah di hadapan matanya. Sebuah senyuman sinis terlakar di bibir kecilnya itu.
Sky High School Reunion. Antara reunion terbesar yang pernah sekolah itu anjurkan, dimana bekas-bekas pelajar di sekolah tersebut dijemput untuk menghadiri majlis itu. Tambahan pula, majlis itu diadakan di Fantasis Hotel, hotel termahal yang terdapat di kawasan itu. Objektif utama? Sudah tentulah mahu mengeratkan hubungan silaturrahim yang sudah lama terputus.
Jasmeen melangkah masuk ke dalam hotel dengan sepersalinan long sleeves satin dress yang labuh, tetapi mempunyai belahan sehingga menampakkan peha putihnya. Rantai yang berukir permata putih terletak elok di leher putihnya. Rambut separas bahu itu digayakan bebas dengan sedikit ikal. Hmm, haraplah menepati tema Classy yang dipilih untuk majlis reunion itu.
Grand Ballroom hotel sudah dipenuhi dengan ramai jemputan. Jasmeen sedikit gugup saat ini kerana ini adalah kali pertama dia akan bertemu dengan rakan-rakannya semula selepas 10 tahun berpisah. Dia baru pulang ke Malaysia dan terus mendapat jemputan ini. Siapa yang kasi? Sudah tentulah girl bestfriends nya.
"Look who's here."
Sapaan itu menghentikan langkah Jasmeen. Dia menoleh ke sisi dan tersenyum kecil melihat 4 jejaka kacak yang sedang berdiri mengelilingi meja bulat kecil. Masing-masing di tangan mereka terdapat champagne glass yang berisi minuman yang telah disediakan oleh pihak hotel tersebut.
"Oh, hai. I tak sangka akan jumpa you guys terlebih dahulu."
Jasmeen menyapa ramah kearah jejaka-jejaka tersebut dan menuju ke arah mereka. Mata melirik perlahan kearah lelaki yang langsung tidak mempedulikan kedatangannya. Jasmeen senyum sinis. Tengku Kasyaf Arqil. Langsung tidak berubah. Makin hesmes adalah. Ditambah pula sudah memegang jawatan CEO di Syarikat Usmedic, sebuah company yang sangat terkenal dalam memberi supply peralatan medikal kepada hospital swasta mahupun hospital kerajaan. Sudah berjaya walau usia masih muda.
"And I tak sangka akan jumpa this famous model after a long time. Oh god, did Aphrodite just give her beauty to you?"
Irsa Arsalam, lelaki yang paling ramah dalam kumpulan itu yang juga merupakan seorang peguam hebat yang juga sedang mencipta nama di saat ini. Jujur dia teruja melihat Jasmeen, model terkenal yang sangat hangat di pasaran saat ini.
"Oh thanks Irsa. Dewi Aphrodite memang ada sedekahkan sedikit kecantikannya pada I."
Jasmeen berseloroh kecil sambil tertawa. Well, dia tak kekok sangat dengan geng 4 jejaka ni sebab dia jenis yang masuk air. Irsa Arsalam dan Zayn Noah melayannya baik ketika mereka masih belajar suatu ketika dahulu. Tengku Harr Al-Quds pula seorang yang pendiam, lelaki misteri. Sampai sekarang dia tidak tahu apa yang dilakukan oleh jejaka itu.
Cuma Tengku Kasyaf sahaja yang selalu melayannya dengan dingin. Kalau boleh, langsung tidah mahu melihat wajahnya itu.
"So sekarang masih ada hati kat Kasyaf ke?"
Seperti biasa, Zayn yang suka cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang itu menyoal perlahan. Hampir tercekik air liur apabila Jasmeen mendengar soalan itu. Tak cover-cover langsung. Kasyaf masih dengan muka kosongnya. Langsung tidak terkesan dengan soalan itu. Matanya sibuk meliar mencari seseorang.
"You ingat, dengan apa yang I ada sekarang, Kasyaf still my taste? Memang taklah."
Yaa, sungguh selamba jawapan yang keluar dari mulut Jasmeen. Hampir membuatkan 4 jejaka itu speechless. Woww, Jasmeen tengah downgrade Kasyaf ke? Kasyaf pula agak terasa dengan ayat itu. Ciss.
"Ok, ok... Jangan salah faham. Sudah tentulah I ni pun bukan taste Kasyaf. Taste dia kan yang wanita bertutup. Macam Armaya. They look good together."
Jasmeen menyambung semula bicaranya yang nyata membuatkan jejaka-jejaka tersebut tersenyum kelat. Boleh tahan sindiran halus Jasmeen terhadap Kasyaf.
"Whoaa, chill Jasmeen."
Jasmeen ketawa apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Harr itu. Don't worry, dia sedang chill saat ini. Tak panas pun.
"Hai korang...."
Sapaan suara lembut itu membuatkan mereka semua beralih arah ke arah Armaya yang sedang tersenyum manis kearah mereka. Armaya cantik dalam persalinan abaya moden berwarna cream dipadankan dengan shawl yang berwarna sama. Nampak sangat classy, berkeyakinan. Sesuai sangat dengan gelaran doktor genius muda yang disandang olehnya. Mereka semua hebat-hebat belaka.
Jasmeen menghadiahkan sebuah senyuman kepada Armaya. Kasyaf pula seperti sudah bahagia selepas kedatangan Armaya di meja mereka.
"Oh hai Jasmeen. Lama tak jumpa awak. Emm, awak makin cantik lah."
Sapa Armaya selepas menyedari kehadirannya Jasmeen. Jujur dia katakan yang Jasmeen bertambah cantik. Jika zaman sekolah sahaja sudah cantik, apatah lagi sekarang. Glow up sungguh. Kulit wajah yang sangat flawless, dikenakan make up natural yang seperti tidak memakai sebarang make up. Jika kulit wajah flawless, sudah pastilah warna kulitnya putih, dan lembut seperti kapas. Well girls, all you need is money untuk jadi cantik.
"I don't see the beauty."
Perlahan Kasyaf menutur kata. Rakan-rakannya tersenyum kelat. Cari gaduh nampak. Jasmeen pula hanya ketawa kecil. Sakit hati? Hmmm, tak langsung. Dia berhias menjadi cantik pun, bukan untuk tatapan lelaki itu, tetapi untuk kepuasan diri sendiri.
"Thanks Maya. You pun makin cantik, makin ayu. Pasti cinta Kasyaf bertambah-tambah untuk you."
Lagi sekali, Jasmeen menyindir halus kearah Kasyaf. Mereka yang mendengar ketawa kecil. Kasyaf menjeling kearahnya. Armaya pula sudah tersipu malu dengan pipi kemerah-merahan memandang Kasyaf.
Jasmeen tahu, Kasyaf dan Armaya tidak punya apa-apa hubungan cinta sehingga kita. Pelik. Mereka saling suka sama suka. Tetapi tidak bercinta. Kena friendzone ke? Siapa yang kasi? Sudah tentulah si cantik Armaya.
Jasmeen juga tahu yang Kasyaf masih setia menanti Armaya walaupun sudah berkali-kali ditolak. Alasan? Mahu mengapai impian terlebih dahulu. Hmm, such a complicated human being.
"Woww, look at this curvy hourglass body, so sexy."
Jasmeen menoleh kearah suara itu. Dia senyum kearah mereka. Finally, jumpa mereka.
"Hai bish (bitch)"
Tanpa segan silu Jasmeen menyapa mereka. Lupa sekejap kehadiran manusia di sekeliling.
"Aku ingat kau tak jadi datang. Kat sini rupanya melepak. Rindu sangat ke?"
Ayrin si mulut kepoh memulakan bicara. Menyindir Jasmeen juga kerana tidak terus berjumpa mereka. Jasmeen ketawa, langsung tidak terkesan dengan kata-kata itu.They do some girls hug. Melepaskan rindu.
"Of course la i datang. Dah alang-alang balik Malaysia, jumpa korang terus."
"Jom lepak kat meja sana. Acara dah nak mula kot."
Neesa mengajak rakan-rakannya itu untuk berlalu pergi ke meja lain. Takkan nak berdiri sama dengan jejaka-jejaka tu? Tak nak lah.
"Kita ada urusan yang belum selesai ye, Kasyaf sayang..." Jasmeen membisik perlahan di telinga Kasyaf sebelum dia berlalu pergi. Tidak dia pedulikan mata-mata terkejut yang melihat aksinya tu.
Kasyaf menelan kejap liurnya. Terkejut dengan tingkat Jasmeen yang sangat berani. Pandangan dihalakan kearah Armaya yang sedang menunduk tersenyum kelat.
"She's fucking hot."
Puji Irsa ikhlas menghantar pemergian empat orang gadis itu. Masih teruja kerana dapat bertemu dengan Jasmeen. Harr mengangguk perlahan. Mengakui kenyataan itu. Tch, kalau saja dia belum berjumpa dengan cinta hatinya saat ini, sudah tentu Jasmeen itu dia akan try. Peduli dengan si Kasyaf yang menolak tuah itu. Masih mengejar dengan si dia yang tak pasti.