Kasyaf merenung dalam cawan yang berisi kopi hangat itu. Fikirannya sedang melayang jauh. Sekian lama hidupnya tenang, musnah sekelip mata selepas kedatangan Jasmeen. Apa yang perempuan itu nak sebenarnya?
"Hey awak! Dah lama tunggu?" Hentakan perlahan pada meja makan mengejutkan Kasyaf. Segera dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Dia tersenyum manis ke arah gerangan yang berada di hadapannya saat ini.
"Hey... Bolehlah, ni dah cawan ke-3 kot." Gurau Kasyaf perlahan sambil senyum sedikit.
"Thanks sudi tunggu. Saya ada emergency surgery tadi. Nasib taklah teruk sangat, which means, saya boleh handle sendiri tanpa melibatkan boss saya."
Tenang Armaya memberi penerangan, risau jika Kasyaf benar-benar kelamaan menunggunya. Lagi pula, sudah lama mereka tidak keluar makan berdua.
"Eh takpe, aku tak kisah pun." Balas Kasyaf pendek. Tak jemu rasanya dia memandang wajah lembut di hadapnnya saat ini. Armaya turut membalas senyumannya. Jelas riak wajah kepenatan di wajahnya.
"Dah lama tak lepak kan? Awak selalu sibuk." Rungut Armaya perlahan. Selama ini, Kasyaf selalu cuba mencari masa untuk mereka lepak. Tak kisah walau cuma setengah jam. At least, mereka boleh betukar cerita dan pendapat.
Kasyaf ketawa perlahan mendengar rungutan Armaya itu. Sejak kebelakangan ini, memang dirinya sedikit sibuk. Musim cuti, sudah tentulah ramai pelancong yang menggunakan servis pelancongan dan perhotelan di bawah syarikatnya.
"Order makanan dulu."
Balas Kasyaf perlahan. Tanpa menunggu lama, Armaya mengoder makanannya. Nasi putih, tomyam campur dan telur dadar. Simple. Her favourite.
"Mayy, pernah terfikir untuk settle down dalam masa terdekat ni?" Soal Kasyaf secara tiba-tiba ketika mereka sedang nenjamu makanan. Suapan Armaya terhenti. Dia memandang Kasyaf.
"Syaff, masih banyak hal yang perlu saya selesaikan. Saya takut jika saya berkahwin, masalah saya bertambah. Saya belum terfikir untuk berkahwin buat masa ini." Armaya membalas perlahan, sambil menguis nasinya di atas pinggan. Kasyaf mengeluh selepas mendengar jawapan Armaya.
"How about, seseorang nak ajak kau berkahwin, dan akan bantu kau untuk selesaikan semua masalah tu?" Soal Kasyaf lagi.
"I'm not ready Kasyaf. Impian saya pun belum tercapai. Saya tak yakin sesuatu perkahwinan itu akan membantu saya untuk menyelesaikan masalah. Itu menambahkan komitmen. Saya nak selesaikan dahulu semua perkara yang menjadi masalah dalam hidup saya." Kasyaf mengangguk perlahan. Sebelah tangannya menyentuh perlahan kotak kecil yang berada di poket seluar slacknya. Tak lalu nak keluarkannya
"Mayy, semua masalah ni takkan pernah selesai. It's all depends on how you handle it." Nasihat Kasyaf perlahan. Dia tahu dengan masalah yang dihadapi oleh Armaya. Armaya pernah meluah dengannya suatu ketika dahulu. Sejak dari itu, Kasyaf selalu mengambil berat perihal Armaya. Dia... Sayangkan Armaya. Dia nak jaga Armaya.
"Pada saya, tak." Aramya senyum kelat. Dia meletakkan sudu di atas piggan. Tiba-tiba seleranya mati apabila membincangkan hal perkahwinan. Dia tahu maksud Kasyaf, dan cuma dia mengharapkan Kasyaf lebih memahami ayat-ayatnya saat ini.
"Kenapa awak tanya pasal ni secara tiba-tiba?" Sambung Armaya lagi. Tak pernah rasanya Kasyaf membincangkan soal perkahwinan.
"Ayah nak aku berkahwin."
Armaya jelas terkejut selepas mendengar ayat itu, tetapi segera dikawal riak wajahnya. Dia cuba untuk senyum, tapi entah mengapa senyuman itu tidak menjadi.
"Oh ya? Siapa calonnya? Mesti dah ada kan?"
Soal Armaya. Dalam hati dia mengharapkan agar Kasyaf memberi jawapan yang boleh menyenangkan hatinya. Dia mengharapkan agar Kasyaf berkata....
"Just someone, pilihan keluarga." Ringkas jawapan Kasyaf. Dia sebolehnya nak memberi jawapan yang selamat, tapi.... Arghh, complicated!
Armaya diam. Kelopak matanya terasa panas. Dia kecewa dengan Kasyaf. Kenapa seperti ini? Sungguh dia tidak faham dengan dirinya saat ini.
Dia nakkan Kasyaf, tapi dia belum bersedia. Dia nak Kasyaf tunggu sehingga dia bersedia. Dia nak Kasyaf selalu ada di sisinya. Dia nak Kasyaf. Tapi, terlalu banyak tapi...
"Oh ya? Good to hear that,Syaff. Semoga dipermudhkan." Pendek sahaja balasan Armaya. Dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Tidak bermaya.
Kasyaf memandang Armaya. Keluhan keluar lagi. Perbincangan pada malam ini tidak seperti yang dia inginkan. Dia gagal, gagal dalam mengikuti kemahuannya. Apa sebenarnya yang meghalang dirinya saat ini?
"Awak ajak berjumpa cuma nak bincangkan soal ini? Awak rasa bersalah sebab awak dah nak kahwin ke? Awak risaukan saya?
"Syaff, I'm bigger now. Tak selamanya awak ada untuk saya. Mungkin sudah tiba masanya untuk awak fokus kepada diri sendiri. Don't worry, I'm ok."
Senyuman jelas terukir di bibir Armaya. Dia tak nak situasi mereka berubah secara tiba-tiba. Dia nak tunjukkan pada Kasyaf yang dia sebenarnya gembira walau jauh di sudut hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Aku cuma nakkan kau, Mayy." Bisik Kasyaf perlahan. By hook or by crook, dia akan perjuangkan Armaya, dan akan pastikan yang Armaya akan menjadi miliknya.

YOU ARE READING
JUST MINE
ChickLitJasmeen x ? Jasmeen suka Kasyaf. Crush teroks dekat lelaki itu. Tapi kasyaf cintakan wanita lain. Kasyaf pencinta setia. Huh! Jasmeen pusingkan bebola mata. Menyampah dengan sikap setia Kasyaf. Jadi, Jasmeen pergi membawa diri. Kecewa? NO! Mengalah...