Meets (re-edit)

14 1 2
                                        

"kau dah pergi kursus kahwin ke?"

"Hmm, perlu ke?"

Jasmeen menyoal tenang sambil melihat koleksi dress d butiknya. Matanya tajam memerhati setiap details dress yang direka sendiri olehnya, mengharapkan tidak ada sebarang kerosakkan. Well, fesyen is beauty, and Jasmeen like beauty.

"Eh, bukan perlu ke?" Soal suara di hujung telefon itu lagi.

"Entahlah, nanti aku tanya bakal laki aku."

Jasmeen menjawab tenang. Tangannya menyentuh butiran manik-manik halus yang diletakkan pada salah satu dress itu. Mahu memastikan kedudukan manik-manik tersebut kemas.

"Kau gila eh Bunga. Dah tau-tau Kasyaf syok dekat Armaya, kau pergi pula masuk meminang. Dah takde lelaki lain ke?"

"Takde, Kasyaf je lelaki yang aku tahu."

"Gila."

Jawapan pendek Neesa menghiburkan hati Jasmeen. Dia ketawa sedikit. Ya, dia ada sedikit gila saat ini. Entah apa yang telah merasuk akal fikirannya untuk datang berjumpa dengan ayah Kasyaf dan meminta mereka untuk masuk meminang dirinya. Yang pasti, itu memudahkan sebuah rancangannya.

"Hmm, aku rindu nak buat kerja gila."

Balas Jasmeen sepatah. Tak sabar rasanya nak huru-harakan hidup orang. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Ini baru sahaja bermula.

Selesai berbual, Jasmeen mematikan panggilan telefon. Dia duduk sejenak di atas sofa yang disediakan di dalam ruang pejabatnya. Dia berfikir sejenak. Betulkah dengan apa yang telah dilakukannya? Mahukah Kasyaf berkahwin dengannya? Tiba-tiba dia menjadi ragu-ragu. Tapi, hanya dengan lelaki itu dia boleh melaksanakan segala rancangannya. Rancangan yang sudah disusun dengan cantik sebelum dia kembali ke tanah air.

"Jasmeen Adara!"

Kasyaf! Yang muncul secara tiba-tiba di pejabatnya. Jasmeen terpaku seketika sebelum dihadiakan sebuah senyuman menggoda untuk lelaki itu. Tidak disangka secepat itu Kasyaf bertindak. Good. Rindunya dengan lelaki itu. Rindu nak bergaduh. Tak pernah lagi mereka ditingalkan berdua kerana Kasyaf selalu sahaja ditemani oleh teman-tenamnya. Inilah masanya.

"Yes? Nak bincang something ke?"

Dengan selamba Jasmeen menyilangkan kaki diatas sofa, menampakkan betisnya yang putih melepak. Hari ni dia cuma mengenakan dress bunga-bunga daisy separas betis. Cantik terletak pada tubuh Jasmeen. Sempat Kasyaf menilai sebentar penampilan Jasmeen yang sememangnya seksi itu.
Ini nak di buat bini? Susah.

"Ya, dan aku nak kau batalkan permintaan mengarut kau tu. Kau dah gila? Dah kemaruk sangat nak aku?"

Suara Kasyaf sudah naik seoktaf. Dahlah dia sejenis yang baran. Ikutkan hati, nak saja dia penyet wajah cantik si Jasmeen saat ini. Tapi, disabarkan hatinya. Kekerasan tidak menyelesaikan masalah.
Jasmeen lantas menutup mata sambil menarik nafas dalam-dalam. Perlahan, dia bangun lalu menghampiri Kasyaf. Dia berhenti betul-betul didepan lelaki itu, dengan wajahnya menghadap dada bidang lelaki itu. Segala wangian Kasyaf yang maskulin dapat dihidu oleh Jasmeen yang boleh membuatkan dia terbuai seketika.

Jasmeen meletakkan perlahan tangannya di dada Kasyaf sambil melirikkan pandangan pada wajah Kasyaf.

"10 tahun saya beri peluang kepada awak, Kasyaf. Saya dah janji, jika dalam sepuluh tahun ini awak dah mempunyai pasangan, saya akan lepaskan awak. Tapi, jika tidak, you're mine. Mine to be. No one else."

Katanya perlahan sambil tangannya juga bergerak perlahan di atas dada bidang Kasyaf. Nafas Kasyaf dirasai sangat berat saat ini. Jasmeen senyum mengejek di dalam hati. Tergoda ke? Gatal.

"So, saya assume awak sebenarnya tengah menunggu kepulangan saya, nak saya buat firat move kan?" Perlahan sahaja Jasmeen berbisik di telinga Kasyaf.

Kasyaf yang sudah seperti cacing kepanasan terus menolak jauh tubuh Jasmeen. Dapat dia rasakan segala lekuk tubuh Jasmeen sebentar tadi. Menguji iman dan kesabaran betul. Dahlah dia ni pun sejenis lelaki normal.

"Kau gila? Kau tak belajar halal haram ke?"

Tengking Kasyaf kuat. Jasmeen ketawa. Segera dia menuju semula kearah Kasyaf dan dilingkarkan tangannya pada leher Kasyaf. Sekali lagi Kasyaf terkejut, dan menolak Jasmeen. Tetapi disebabkan tangan Jasmeen yang melingkar pada lehernya membuatkan langkah Jasmeen tidak teratur. Hampir sahaja mereka jatuh bersama tetapi Kasyaf sempat menstabilkan dirinya, sekali pinggang Jasmeen dipaut. Jasmeen ketawa kecil.

"Saya tak belajar semua ni, sebab tu saya nak awak untuk ajar saya. Tapi, saya tahu, awak sebenarnya suka kan?"

Duga Jasmeen sambil memandang Kasyaf semula. Tangannya gatal sudah meliar pada dada bidang Kasyaf semula. Hensem. Sekali lagi, Kasyaf menepis tangan itu.

"Kau merepek apa? Kau nak sangat kan?"

Kasyaf menolak pantas tubuh Jasmeen di atas sofa panjang yang tersedia di ruang pejabat itu. Tubuh itu segera ditindih. Jasmeen mendesis perlahan, tidak bersedia dengan tindakan Kasyaf sebentar tadi. Sakit tahu belakangnya saat ini.

Kedudukan mereka yang agak rapat itu sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan Jasmeen. Ditambah lagi dengan wajah mengejek Kasyaf yang mampu membuatkan dia sakit.

"Awak dah gila?"

Teriak Jasmeen terus memandang tajam kearah Kasyaf. Sebuah penampar terus dihadiakan buat lelaki itu.

Kasyaf ketawa mengejek sambil memegang pipinya yang pijar. Sakit.

"Bukan ini ke yang kau nak? Kau ingat aku orang baik-baik? Kau nak aku bimbing kau? Kau nak aku jadi suami kau?"

"Oh, this is the real you? Well, I like it, and i really want it. This obsession towards you getting higher."

Jasmeen berkata selamba. Kasyaf ketawa lagi. Lantas wajah digerakkan mendekati telinga Jasmeen.

"Aku nak kau jumpa ayah aku, dan tarik semula permintaan mengarut kau tu. You know? This is bullshit."

Kasyaf ketawa sinis. Tapi Jasmeen tetap dengan muka selamba.

Tanpa sebarang kata, Kasyaf terus berlalu pergi. Jasmeen mencebik perlahan. Datang sebentar je, nak buat apa? Tak sempat nak beramah. Ni nak ugut-ugut pula. Memang tidaklah kita nak dengar. Kasyaf tu penting untuk dia lunaskan dendam.

JUST MINEWhere stories live. Discover now