So sudden

11 0 0
                                    

"what's up bro?"

Empat jejaka itu saling melakukan 'hug bro' seperti biasa yang mereka lakukan apabila bertemu. Kali ini, pertemuan untuk makan tengah hari. Uplanned lunch agaknya.

"Asal lambat?" Soal Zayn kepada Kasyaf yang baru mengambil tempat duduk. Hampir setengah jam mereka menunggu kedatangan Kasyaf. Perut pun dah semakin rancak bergelora.

"Jammed lah. Masa-masa sekarang ni kan kereta busy." Balas Kasyaf pendek sambil menoleh ke buku menu. Dia pun sedang lapar saat ini.

"Keluar office awal sikit la bro. Takkan tu pn nak ajar." Sambung Zayn lagi. Zayn memang suka membebel, berbanding dengan Harr yang lebih suka mendiamkan diri dan Irsa yang kadang kala datang mood nak memgacau.

"Busy kot. Agak-agak lah nak keluar awal. Tak berkat gaji." Kasyaf memang seorang pekerja dan bos yang sangat efisien. Kerjanya sangat teratur yang menjadi punca orang bawahan sangat senang bekerja dengannya.

"Tapi kau nampak serabut lah." Komen Harr pula. Dalam diam dia memerhati Kasyaf sebenarnya. Bukan setakat Kasyaf, dia suka memerhati tingkah laku rakan-rakannya menyebabkan dia sering mengesan perubahan pada mereka.

Irsa dan Zayn segera mengahalakan pandangan ke arah Kasyaf. Nak lihat keserabutan Kasyaf tapi, Kasyaf nampak ok pada pandangan mereka. Hmmm...

Kasyaf mengeluh. Banyak masalah yang menjenguknya kebelakangan ini. Masalag peribadi, masalah pejabat. Mana tak serabut?

"Kau gaduh dengan Armaya?"

"Armaya reject kau lagi?"

Serentak soalan yang keluar dari mulut Irsa dan Zayn. Mereka masak sangat dengan hubungan friendzone di antara Kasyaf dengan Armaya. Sorang nak, yang sorang pula jual mahal. Nak, tapi tak nak pula. Entahlah.

"Ayah aku, suruh kahwin dengan Jasmeen."

Pendek sahaja Kasyaf membalas. Tiga jejaka itu nyata terkejut dengan pengakuannya. Biar betik?

"Jasmeen Adara? Si model tu?" Soal Irsa.

"Ada Jasmeen lain ke yang korang kenal?"

"Jasmin anak kak Enab." Jawab Irsa sepatah. Harr menyiku perlahan tangan Irsa yang suka mengarut itu. Entah siapa Kak Enab yang di sebut oleh Irsa itu. Kasyaf pula menjeling ke arah Irsa. Sembarangan sahaja.

"Tapi macam mana ayah kau boleh kenal Jasmeen? Jodoh pilihan keluarga ke apa?" Mode menyibuk Zayn is activated. Dah macam mak cik - mak cik pula.

"Talk about the devil, look who I just saw just now." Semua mata meghalakan pandangan kearah yang dilihat oleh Irsa. Apa yang mereka lihat?

A supermodel Jasmeen Adara sedang menolak something. Bukan trolley, bukan bagasi. Tapi, stroller bayi? What the heck? Mereka agak terpegun melihat Jasmeen yang selamba mengambil tempat di meja makan, tidak berapa jauh dari meja makan mereka. Rasanya, Jasmeen tidak perasan akan keberadaan mereka yang berada di satu bumbung restaurant yang sama.

"Weyy, tu siapa?" Soal Zayn yang tidak jelas pada pendengaran mereka.

"Jasmeen kan." Irsa membalas pula. Tanpa sedar, Kasyaf dan Harr mengangguk perlahan.

"Mama!!"

Suara teriak budak kecil mengejutkan mereka lagi. Budak itu datang kearah Jasmeen bersama dengan seorang jejaka, tinggi lampai yang agak bergaya pada pandangan mereka.

Kelihatan dengan jelas yang Jasmeen menyambut riang kedatangan budak itu sambil tersenyum manis.

"Dia dah kahwin ke?"

"Kenapa ayah kau suruh kau kahwin dengan dia kalau dia dah kahwin?"

Nah kau, soalan yang membuatkan Kasyaf tersenyum sedikit. Sekarang, dia sudah punya alasan untuk menolak Jasmeen Adara. Ok, dia hampir bebas.

Sejujurnya, dia juga terkejut melihat pemandangan di hadapannya itu. Siapa lelaki dan budak kecil itu? Juga bayi yang berada di stroller itu. Betulkan Jasmeen dah berkahwin?

Kalau Jasmeen dah berkahwin, dan sudah mempunyai keluarga, kenapa masih terkejar-kejar akan dirinya. Something is fishy. Teringat akan peristiwa di butik Jasmeen itu, membuatkan Kasyaf berfikir seketika. Dia, dah melakukan dosa dengan isteri orang???

"Abang dia kot." Harr memberi kesimpulan awal. Tak nak menimbulkan persepsi negatif . Rakan-rakannya mengangguk setuju.  Terpaksa.

JUST MINEWhere stories live. Discover now