1 • Sunjae Anak Seonghwa

122 12 10
                                    

[ • Seongjoong - MALAY ]

Seonghwa : A single father & workaholic person

± Perbezaan kasta

.

• Seonghwa , seorang bapa tunggal muda berusia 25 tahun sedang berusaha membesarkan anak perempuannya sendiri setelah pemergian mendiang isterinya .

Namun itu bukannya hal yang mudah kerana selama ini dia hanya sibuk bekerja sebagai pengurus bank .

Dia belum cukup kenal anak gadis comelnya yang berusia enam tahun itu .

Sehinggalah hadir Hongjoong , seorang tukang baiki paip .

.

.

.

.

" Sunjae tak suka aiskrim strawberilah , ayah . Sunjae suka perisa vanila . "

" Ni ke hadiah Sunjae ? Cantik ! Tapi kenapa warna pink ? Sunjae suka warna putih lah ehe ayah ni selalu lupa . "

" Hari ni kan cuti sekolah . Kenapa ayah suruh Sunjae bersiap pakai uniform sekolah ni ? "

" Ayah ... Bangunan sekolah Sunjae yang itulah , dah terlepas ni . "

Teruk .

Hanya itu yang boleh Seonghwa katakan tentang dirinya .

Boleh dikatakan dia sedikit pun tidak ada ilmu untuk mengetahui mahupun menganalisis kesukaan anaknya .

Sehingga sampai satu ketika , Sunjae sendiri meminta Seonghwa untuk tidak menghantar dan menjemputnya dari sekolah . Biarlah urusan itu diserahkan kepada pemandu peribadinya sahaja .

Kerana satu .

Ayahnya itu sama sekali tidak serasi dengannya .

Bagaimana dia ingin membahagiakan Sunjae jika dia sendiri tidak dapat mendekatinya ?

Jujur , dia kesal .

Selama ini yang banyak mengambil berat akan Sunjae hanya mendiang isterinya . Masa lapangnya boleh dikatakan ; tiada .

.

.

" Ayah , Sunjae dah balik ! "

" Sunjae , Encik Seonghwa masih di tempat kerja . Pak Cik akan maklumkan kepada Mak Cik Lee supaya sediakan pakaian kamu lepas kamu bersihkan diri okay ?

Oh ya , Sunjae nak pakai baju apa hari ni ? Nak makan apa , nanti Mak Cik Lee masakkan . " , tanya pemandu peribadi itu sambil menjinjit beg galas Sunjae .

" Sediakan apa-apa je yang Sunjae suka . Sunjae tak kisah . Sebab pak cik dengan mak cik dah faham dah apa yang Sunjae selesa pakai atau makan . Bukan macam ayah . Semua benda tak tahu . Okaylah , Sunjae nak ke bilik air dulu . Bye Pak Cik Ryu ! "

' Budak zaman sekarang , demand betul . Tapi susah juga Encik Seonghwa nak faham dia sebab dia pun selalu tak cakap apa-apa dan berharap ayah dia faham dia . Memang mustahil .' , desis hati Encik Ryu .

.

.

" Sunjae , ayah balik ! Ayah beli kamu baju kembang baru ni , nak tengok ? "

Perbezaan Kasta • Seongjoong [✅]Where stories live. Discover now