6 • Hak Penjagaan

31 7 4
                                    

[ Quick Note : I don't even know how law works but from what I've known , underaged kids will mostly stay with their mothers (ofc with terma & syarat) and anak-anak 18 tahun ke atas boleh memilih untuk tinggal bersama siapa .

Tapi jangan lupa , kriteria yang dilihat antaranya pendapatan ibu/ayah , keadaan ibu/ayah , kasih sayang yang diberikan mereka dan pendapat / manfaat yang anak-anak akan dapat jika tinggal dengan mereka .

Again , I'm not a law expert , so let just anggukkan kepala and terima ajalah apa-apa yang ditulis dalam dunia Wattpad ni . 😂 ]

" In Wattpad , everything can be happens . "

.

.

.

Beberapa bulan setelah Hongjoong memfailkan kes itu , mahkamah mengkaji dan menyelidik semula hak penjagaan Sunjae .

Kerana bapa saudaranya , Hongjoong mengungkit semula hal ini . Memandangkan Hongjoong itu satu-satunya waris Sunjae yang terdekat , jadi logiknya Hongjoonglah yang akan menjaga Sunjae.

Namun jika dibandingkan pendapatan sara hidup Seonghwa yang lebih stabil dan jauh lebih besar daripada Hongjoong , Seonghwalah yang mendapat kelebihan yang lebih besar untuk memenangi kes ini .

Hongjoong hanya mampu berharap keajaiban berlaku supaya dialah yang berhak menjaga Sunjae .

Pada mulanya , pihak mahkamah menjelaskan bahawa Hongjoong berpeluang tipis untuk memenangi kes ini kerana faktor di atas .

Dia sebagai seorang bapa saudaranya sahaja tidak cukup untuk meyakinkan pihak mahkamah bahawa dia boleh menjaga Sunjae .

Namun apabila Hongjoong membuka tembelang jahat Seonghwa sekeluarga bagaimana dia merampas Sunjae daripada mendiang kakaknya , para pekerja mahkamah mula menyelidik semula perbuatan itu .

Ditambah lagi dengan fakta bahawa Seonghwa belum berkahwin dengan Herlena pada ketika itu , dikuatkan lagi dengan rekod tuduhan merogolnya enam tahun lepas , hal itu membolehkan pihak mahkamah meneliti semula usul Hongjoong dan membuka semula kes Herlena .

Herlena tidak bodoh.

Sebaik sahaja dia diapa-apakan oleh Seonghwa dia terus melaporkannya kepada pihak polis namun pihak polis hanya memandang enteng laporannya itu kerana mengatakan Herlena sudah mencapai tahap umur matang dan Seonghwa juga merupakan kekasihnya pada ketika itu .

Tentu saja keluarga Seonghwa yang campur tangan tentang hal ini .

Kronisme .

Golongan kaya terlalu dimanjakan .

Kerana itulah Seonghwa tidak dikenakan apa-apa tindakan .

Semuanya disebabkan manipulasi dan wang .

Setelah kes Seonghwa dan bapa Seonghwa disiasat oleh pihak mahkamah , keajaiban mula muncul .

Namun keadilannya masih tidak ada kerana sama , pihak atasan di sini juga memakan suapan rasuah pihak Seonghwa .

Hasil akhirnya , hanya perihal hak penjagaan Sunjae sahaja yang diutarakan dan Hongjoong menangi .

Keadilan bagi kes Herlena serta kes pemalsuan dan rasuah yang ayah Seonghwa lakukan dulu pula hanya didiamkan begitu sahaja .

Sekali lagi kerana duit keluarga Seonghwa .

Sudah lama Hongjoong teringin mengungkap madah ini ;

" Encik Seonghwa , sekarang saya yang dapat hak penjagaan Sunjae . Pada akhirnya kemewahan encik itu sia-sia saja kerana bukan itu satu-satunya kriteria yang pihak mahkamah lihat . "

Namun hampa .

Pada akhirnya , golongan kaya dan bernama itu juga yang menang .

Namun ada bahagian baiknya iaitu kini dia dapat menjaga Sunjae kerana dia berjaya memperoleh hak penjagaan memelihara Sunjae .

Akhirnya , ada keajaiban berlaku .

Syukurlah , kakak .

Sekarang Joong yang dapat jaga Sunjae .

Akak sepatutnya ada tadi , tengok muka tak puas hati dan gelisah Seonghwa bila tahu keputusan hakim .

Kelakar .

Sunjae , papa akan cuba jaga kamu sebaik mungkin ya .

.

.

[ Maaf , saya tak ada pengetahuan tentang scene mahkamah dan disebabkan saya tak nak merapu ,

saya hanya tulis bersahaja saja untuk bab ni . 💀

Tapi yang penting dalam bab ni ,
Hongjoong dapat hak penjagaan Sunjae
dan Seonghwa tetap tak dipersalahkan atas onar buruk dia enam tahun lepas . ]

Perbezaan Kasta • Seongjoong [✅]Where stories live. Discover now