12 • Bercuti

30 6 8
                                    

Dua minggu setelah kejadian itu dan sepanjang tempoh itu jugalah Seonghwa dan Hongjoong tidak bercakap sama sekali .

Hongjoong akhirnya kembali bekerja sebagai tukang baiki paip berkat bantuan Seonghwa yang menyarankan servisnya kepada jiran-jiran kaya terdekat .

Namun kerja Hongjoong kali ini lebih mudah kerana dia tidak perlu jauh-jauh keluar bekerja . Dia juga punya masa lapang untuk diluangkan bersama Sunjae sebaik sahaja anak saudaranya itu pulang dari sekolah .

Setelah dua minggu mereka berdua melakukan hal masing-masing tanpa bertegur sapa , hari ini Seonghwa memaklumkan kepada Hongjoong bahawa dia akan mengambil cuti selama lima hari .

Dia ingin meluangkan masa dengan bercuti bersama Sunjae di luar negeri .

Dia tidak mahu jauh-jauh kerana Sunjae sendiri yang suka dengan pemandangan dan suasana di sebuah hotel terkemuka di Jeju .

Pada awalnya itulah rancangan Seonghwa . Dia ingin bercuti dengan anak perempuannya itu sahaja .

Namun sekali lagi niatnya itu terbatal
apabila Sunjae bersungguh-sungguh merayu kepada Seonghwa untuk membawa Hongjoong sekali .

Katanya ;

" Ayah , kita bawalah Papa Joong sekali !

Alah , ayah janganlah berkira sangat .

Ayah kan kaya , apa salahnya belikan tiket penerbangan dengan sewa hotel untuk Papa Joong sekali .

Bolehlah ayah.

Tak seronoklah kalau tak ada Papa Joong .

Takkanlah papa tinggal sini seorang diri ja sepanjang kita di sana ? " , pujuknya .

Kini mereka bertiga sedang makan di restoran hotel untuk menikmati makan malam . Sejak sampai ke sini petang tadi , Sunjae tak habis-habis bercerita itu dan ini .

Dia juga kelihatan sungguh gembira dengan percutian ini .

Setelah mereka membeli-belah tadi , mereka meronda kawasan-kawasan pulau itu dengan langkah yang penuh girang.

Sunjae memegang erat tangan ayah dan bapa saudaranya itu .

Setiap perkara kecil yang menangkap atensinya dia utarakan kepada kedua-dua penjaganya .

Seonghwa juga tersenyum melihat kerenah cilik anaknya .

" Sayang , dah habis makan ?

Lepas ni kita balik hotel , kita berehat dulu ya .

Esok baru kita pergi muzium terdekat dan kita ke arkad sekali. "

" Hm ! " , angguknya antusias .

Seonghwa menyewa hotel kelas pertama yang mempunyai dua buah bilik tidur berlainan saiz dan ruang tamu .

Malam ini , Sunjae memilih untuk tidur bersama-sama dengan Hongjoong . Jadi Seonghwa terpaksa tidur seorang diri di bilik hotel kecil satu lagi .

Percutian kedua mereka dimulai dengan rengekan Sunjae di awal pagi kerana dia tidak mahu bangun dari tidurnya. Tubuh Hongjoong yang sudah bersiap itu dia dakap kuat .

" Sayang , bangun lekas !

Kalau tak , ayah tinggal kamu seorang .

Ha , nanti tahulah kamu kalau ada petugas hotel tak tahu yang kamu ada dekat sini , dia kunci kamu . "

Lantas , Sunjae terus bangkit dari tidur dan menuju ke bilik air untuk siap .

Semalam , mereka menghabiskan malam mereka bersama-sama menonton program realiti I Can See Your Voice .

Perbezaan Kasta • Seongjoong [✅]Where stories live. Discover now