Hari ini Seonghwa bercadang untuk membawa Sunjae ke pawagam berdekatan .
Mereka menonton filem animasi superhero kanak-kanak yang Sunjae pilih .
Seonghwa menempah tempat paling belakang membolehkannya bergerak bebas tanpa sebarang batasan atau mengganggu penonton lain .
Sepanjang filem ditayangkan , gelak tawa para penonton meletus bersama-sama ketika watak utama tertangkap sedang curi-curi makan ketika mesyuarat tugasan .
Di kemuncak cerita itu , protagonisnya mula melawan banduan-banduan penjara yang membuat rusuhan .
15 minit sebelum filem tamat , penonton disajikan dengan pengorbanan pengasuh wanita protagonis yang begitu memilukan .
Retina mereka merenung skrin itu dalam-dalam .
Telinga Seonghwa menangkap bait-bait dialog-dialog antaranya ;
" Aunty Michelle , sedarlah !
Kenapa aunty sanggup korbankan diri aunty demi Roza ? " ,
Mereka semua sudah berginang air mata.
Sunjae mendakap Seonghwa erat .
Dia yang berada di kerusi tengah itu diangkat oleh Seonghwa untuk duduk di atas pangkuannya ." Ayah jangan tinggalkan Sunjae .
Sunjae sayang ayah . " , kata anaknya .
Filem itu sememangnya digarap dengan baik sehinggakan ianya mampu menyentuh jiwa Seonghwa sendiri .
" Sunjaeku sayang , ayah tak akan pergi mana-mana . Kamu anak ayah , ayah akan sentiasa jaga kamu sebaiknya . "
Setelah berkata begitu , Seonghwa menoleh ke sisinya , memperlihatkan Hongjoong yang hanya kaku dan merenung ke hadapan .
Pandangan matanya seolah-olah kosong .
" Hongjoong , are you okay ? "
" Oh , yes . Don't worry about me Sir Seonghwa . I'm fine .
Cuma terdiam jugalah sebab tak sangka filem kanak-kanak pun sesedih ini . " , balasnya .
Mereka berdua sama-sama lelaki jadi agak sukar untuk mereka meluahkan emosi dan amat payah bagi mereka untuk menggugurkan air mata .
Namun tetap saja , Seonghwa faham akan perasaan Hongjoong itu .
Tanpa sedar , dia berdiri dan duduk di kerusi Sunjae tadi sambil mendukung Sunjae yang sudah tertidur dalam dakapannya .
Dia menggenggam perlahan tangan Hongjoong di atas penghadang kerusi dan memandang Hongjoong tepat ke matanya kemudian berkata ;
" Hongjoong .
Jangan pernah tinggalkan Sunjae .
Kau ada hak jaga dia .
Jangan pergi jauh , tolong . "
Entah kenapa Seonghwa berkata begitu .
Adakah kerana dia ingin Hongjoong bersamanya ?
Atau dia hanya perlukan Hongjoong untuk membantunya menjaga Sunjae ?
Bukankah dia hanya perlukan seorang peneman untuk menjadi penghidup suasananya sahaja ?
Keliru .
Seonghwa tidak tahu .
Yang dia tahu , dia hanya ingin menyimpan Hongjoong di dalam poketnya .
.
.
.
.
Malam itu mereka meneruskan rencana mereka dengan mengunjungi pameran seni berdekatan .
YOU ARE READING
Perbezaan Kasta • Seongjoong [✅]
Fanfic" Tak dapat ibu baru , papa baru pun bolehlah ayah ! " • " Tukang baiki paip kotor macam kau ni tak layak rapat dengan anak aku ! Pergi ! Keluar ! " • " Encik Seonghwa , sekarang saya yang dapat hak penjagaan Sunjae . Pada akhirnya kemewahan encik...