Cuaca pada hari ini sungguh terang dan indah. Marissa membuka harinya dengan senyuman dan menyapa orang-orang yang berjalan disekelilingnya. mood nya begitu baik hari ini.
'kita kena mulakan hari kita dengan senyuman dan sapaan baru lah hari pun seronok dan bahagia!' getus hati Marissa dengan bersemangat. Sedang dia berjalan dia terdengar perbualan dua orang perempuan yang berada disamping kirinya.
"Kau tahu, ada mamat poyo tu dekat cafe, sebab tu lah aku tak nak pergi cafe!" terang salah seorang perempuan tersebut sambil menghentakkan kaki
Marissa memberhentikan kakinya. Disebabkan dirinya yang kepoh dia cuba mendekati dua orang perempuan tersebut dengan perlahan
"mamat poyo mana ni?" perlahan Marissa menyampuk percakapan dua sahabat tadi
"Luthfi Al Fateh lah" jawab perempuan tadi. Mukanya menunjukkan muka yang kesal. Mungkin menyesal pergi cafe
"uish, tak pernah dengar pun nama tu, baru masuk ke?" tanya Marissa lagi. Marissa punya tahap ramah dan kepoh stranger pun boleh tiba tiba jadi kawan. Sebab tu lah kawan Marissa ni di mana-mana even makcik dan pakcik cafe pun boleh berkawan dengan dia, sakan ramahnya Marissa. Marissa ibarat seperti cahaya matahari yang menyinari hidup seluruh manusia.
"ish budak lama lah, dia ambik degree course pengurusan perniagaan" jawab perempuan tu dengan kasar sambil menyilangkan kedua-dua tangan ke dada.
"kau ni jangan lah benci sangat jodoh kau nanti hah baru kau tahu" kata Marissa. Kata-kata Marissa membuatkan dua wanita itu terdiam.
"eh memang tak lah. Kejap, Kau siapa?" tanya perempuan tadi sambil menunjuk ke arah Marissa. Marissa melarikan diri setelah kantoi menyampuk perbualan mereka.
>>>
"hm, kelas start lagi 15 minit sempat ni nak beli coffee dekat cafe, dengar cerita orang kata sedap" Marissa mengomel sendirian. Jangan tanya mana Kina dan Afiqah, masing-masing masih terbongkang. Tunggu lah lagi 5 minit kelas nak start baru mereka kelam kabut bangun, percaya lah.
"Luthfi, jangan lah tolak cinta i, i suka you dah 10 tahun Luthfi, i sanggup lakukan apa sahaja untuk you!"
Marissa menyorok disebalik pokok selepas mendengar ayat yang keluar daripada mulut perempuan itu. Hah ada drama baru ni!
"Seksi sungguh ni mesti tak ada duit nak beli baju elok-elok kesian gila." Marissa mula mengata perempuan itu. Jiwa makcik onion Marissa dah keluar! Dia tidak dapat melihat dengan jelas siapakah gerangan lelaki yang dipanggil perempuan itu kerana ada daun yang menghalang penglihatannya. Dia cuba menyelak daun yang menghalang itu dan alangkah terkejutnya selepas melihat gerangan lelaki itu.
'Luthfi tu mamat yang kejar pencuri?!?!' jerit hati Marissa. Marissa mahu saja menjerit waktu ini tapi dia menekap mulutnya dengan laju sebelum mengeluarkan suara yang akan mengakibatkan dia terkantoi.
Marissa keluar daripada belakang pokok itu secara perlahan agar tidak di dengari oleh Luthfi dan perempuan itu. Sedang dia bergerak secara perlahan, Marissa terpijak satu ranting kayu.
KRAK!!
"Allahuakhbar ranting kenapa kau dekat sini" bisik Marissa kepada diri sendiri. Dia kesal dengan diri sendiri kerana cuai. Dia cuba mengangkat kepala ingin melihat perempuan tadi. macam yang dia dah agak. Mereka memandang Marissa pelik.
"what are you doing here, honey?" tanya Luthfi sambil mengangkat satu kening. Marissa terkejut mendengar ayat yang keluar daripada mulut Luthfi.
'bila masa aku jadi madu pulak ni?' tanya Marissa kepada diri sendiri
Perempuan tadi memandang Marissa dan Luthfi silih berganti. Marissa cuba membaca fikiran perempuan itu.
'mesti dia ingat aku girlfriend abang kejar pencuri ni!' dengan yakin Marissa meneka.
"sejak bila you ada adik perempuan? setahu i, adik you semua lelaki" Kata perempuan itu sambil menunjukkan jari terlunjuk kepada Marissa.
'cis, ingat nak cakap aku girlfriend Luthfi!' sesal Marissa sambil menjeling perempuan itu.
"girlfriend aku" bohong Luthfi dengan selamba sembari meletakkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar. Mata Marissa membuntang luas begitu juga dengan perempuan tadi.
"come here honey, kenapa berdiri dekat situ?" soal Luthfi sambil mendepakan tangannya.
Marissa mengerutkan dahinya 'mamat ni minta peluk ke? mana boleh, haram!' Marissa berkata di dalam hati. Khusyuk Marissa berfikir sehingga dia tidak menyedari bahawa Luthfi berada di hadapannya sekarang.
"honey fikir apa?" soal Luthfi. Marissa terkejut sehingga terlompat kecil. Dari isyarat mata Luthfi dia tahu Luthfi ingin memintanya untuk berpura-pura menjadi kekasih Luthfi. Marissa tergagap-gagap ingin menjawab soalan Luthfi. Tangannya mula sejuk dan menggigil. Bercakap dengan orang yang kita minat semestinya akan berdebar dan menggigil.
"err, tak ada apa. Teringat belum siram pokok depan bilik tadi" ujar Marissa sambil menggarukan kepala yang berlapik tudung shawl berwarna biru.
"seriously Luthfi? budak mentah macam ni?" tutur perempuan tadi. Marissa dan Luthfi memandang serentak ke arah perempuan tu.
'eh eh suka hati je kata kita mentah!' Marissa mula bengang dengan perempuan itu. Dia cuba menyerang perempuan tersebut tetapi sempat dihalang oleh Dani.
"Afina, atleast she is better than you" bicara Luthfi sambil menunjukkan senyumannya. Nampak sangat dia tengah sabar. Marissa tersenyum puas selepas dipuji oleh Luthfi.
"ergh, what ever Luthfi!" perempuan bernama Afina itu mengalah. Dia pergi meninggalkan kami berdua sambil menghentak-hentak kaki. Sikit lagi kolej ni nak roboh.
"fuhh, thank you untuk tadi dan tolong anggap kejadian tadi tak pernah berlaku" ucap Luthfi kepada Marissa. Belum sempat Marissa membalas Dani terlebih dahulu meninggalkan dia.
"cis, tak sempat nak minta nombor telefon!" kesal Marissa. Dia kembali berjalan ke arah cafe dengan hampa.
-stars-