chapter 6

3 0 0
                                    

"Nayli!"

Afiqah berhenti berjalan apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang. Luthfi yang sedang berlari ke arahnya cuma dipandang hairan. Mamat ni ke yang panggil? 

"apa?" tepat sahaja larian Luthfi berhenti di hadapannya, dia terus mengajukan soalan.  Luthfi menghulurkan sebotol minyak urut. Afiqah memandangnya hairan. Untuk apa natang ni?

"bagi Marissa" bila melihat wajah Afiqah yang kehairanan tu dia dah faham dah. Sebenarnya, minyak urut ni dia pinjam dekat Madam May. Nanti dia perlu pulangkan balik, masa tu pandai pandai lah dia cipta alasan lupa ke apa apa.

"untuk apa kena bagi Marissa?" dah kenapa pula bagi minyak urut ni dekat Marissa? kawan aku dah tukar bidang ke?

"Aku dah lambat., kau bagi aje lah" Luthfi terus pergi meninggalkan Afiqah yang kebingungan.

"lah, woi Luthfi!" jeritannya tidak dihiraukan. 

>>>

"err, mamat ni buat hal lah!" aku menggarukan kepala yang tidak gatal. Nak jawab apa ni!

"hah! Luthfi bagi Marissa minyak urut?!" tercengang Kina kejap, hmm macam pelik je bau bau...

"Hah Kina! tak payah nak buat muka macam tu sangat eh!" dia ingat aku tak boleh baca fikiran dia ke. Aku menjeling Kina

"hehe"

"Lagi satu, kau orang yakin ke dia bagi minyak urut, entah entah dia bagi minyak lain" bukan nak bersangka buruk tapi kita ni tak boleh cepat percayakan orang. Lagi pun, untuk apa?

"Minyak urut lah ni habis tu kau nak dia bagi minyak apa? minyak masak?" Kina membalas sambil kedua lengannya disilangkan. Suka sangat fikir benda buruk

"Dia ada kata apa apa ke dekat kau Piqa?"  

"tak ada, dia terus blah"

"ish bagi lah dia balik" aku cuba menghulurkan botol itu kepada Afiqah semula, tetapi ditepis oleh Kina

"Marissa, guna je lah untuk pinggang kau, sakit kan?" Kina cuba meyakinkan aku. Aku menyentuh pinggang. Aku berdesis, Aduh, rasa berbisa!

"Kenapa dengan pinggang Mar?" Tanya afiqah

"Tadi dia jatuh dekat 7 Eleven, terlanggar dada si Luthfi tu" cerita Kina kepada Afiqah dengan ringkas. Dia pun malas nak terangkan banyak banyak

"HAHAHAHA serious lah?" Afiqah gelak terbahak bahak sambil memegang perutnya. Bukannya dia tak perasan Marissa dari tadi menjelingnya tapi dia peduli apa? kelakar tau cerita ni

"Eii jangan lah gelak!" Marah Marissa sambil menyilangkan tangan. Aku tengah sakit ni boleh pula dia gelak!

>>>

Minyak urut yang diberikan oleh Luthfi dipandangnya tidak lepas. Marissa membuka penutup minyak urut tersebut kemudian menuangnya diatas tangan. Dia kemudiannya menyapukan minyak tersebut di pinggangnya yang terasa sakit tadi. Masih banyak persoalan yang berlegar di dalam otaknya. kenapa Luthfi terlalu prihatin kepadanya?

Lamunannya terhenti apabila kedengaran bunyi notifikasi dari telefon pintarnya. Dia mengambil telefonnya kemudian aplikasi instagram dibuka.

LuthF

Dah pakai ke minyak urut yang aku bagi?

Terbeliak biji matanya apabila melihat pesanan yang dihantar Luthfi.

'Aduh, aku kena reply apa ni!" Desis hatinya. Kalau diikutkan dia malas nak menjawab, kalau boleh dia nak seen sahaja tapi tak elok lah pula kalau dia melayani seseorang yang telah membantunya begitu.

LuthF

Dah pakai ke minyak urut yang aku bagi?
                                                 
                                                                                                                                                                                      Sudah

                                        Terima kasih.

Aku minta maaf sebab jadi punca kau jatuh.

                                                Tak apa 
           Esok aku bagi semula minyak
                                urut ni dekat kau

                                                 Seen 

Cis, seen je? kalau aku tahu tadi aku tak payah reply. Marissa meletakkan telefonnya semula dan menyambung mengurut pinggangnya. Dia fikir dia sudah boleh tenangkan minda tapi tiba tiba...
bunyi pintu dihempas kuat mengejutkan dirinya.

"Kau kenapa hempas hempas pintu? Terkejut tahu tak!" Soal Marissa kepada Kina. Masuk masuk je hempas pintu dengan muka macam hantunya siapa je tak terkejut

"Hakimi tu lah" kata Kina sambil duduk di atas katilnya sambil memeluk patung gajah kesayangannya.

"Dia buat apa lagi?" Tanya Marissa sambil mengurut pinggang pelahan, adakalanya dia akan berdecit kerana kesakitan.

"Boleh dia pergi bercakap dengan perempuan lain depan aku?!" Anak mata digulingkan. Panas hati dia ni, hanya dia dan Allah je tahu!

"Kau ni, entah entah hal kelas ke kau nak jealous apa? Dia tunang kau kan, bukan tunang perempuan tu"

"Sebab dia tunang aku lah, aku ada hak nak jealous, nyah" jawab Kina. Notifikasi yang masuk tidak dihiraukan. Biarlah dia, buat sakit hati je. Berkali kali Hakimi cuba menelefonnya tapi kesemuanya tidak diangkat

"Ish Kina, angkat je lah call dia, bising lah!" Tegur Marissa. Mana tak marah, 5 kali dah mamat tu call, ringtone si Kina ni kalau sedap tak apa juga, ini ringtone samsung je, cehh.

"Ish" Kina mengangkat telefonnya kemudian keluar daripada bilik untuk menjawab. Tergeleng geleng Marissa melihat karenah Kina. Aku nanti macam mana lah. Eh, lupa single

tiba tiba Kina kembali lagi sambil muka penuh dengan senyuman.

"Aku dah okay dah dengan dia, hehe"  tersengih sengih dia memberitahu.
Marissa tercengang, semudah itu?

"Eleh menyampah" balasnya

"Diam lah kau dengan minyak urut kau tu"

Marissa menjeling Kina, malas nak layan!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Star ⭐️Where stories live. Discover now