"Ha, macam mana? dapat jumpa tak si Luthfi tu?" Aku menghiraukan soalan yang diaju Afiqah. Malas nak bercakap sekarang ni. Orang sekeliling pandang aku macam nak bunuh. Macam berpengalaman bunuh 10 orang. Apa yang hebat sangat mamat tu? Anak Perdana Menteri ke? Anak Sultan ke ? Anak Tan Sri k-
"Marissa zahra! Kau okay ke tak ni? Balik balik masam je muka, tak dapat jumpa Luthfi ke? Dia ada buat apa apa dekat kau ke? Dia-" belum sempat Kina habiskan soalannya aku menggapai tuala dan barang mandian aku kemudian berlalu ke dalam kamar mandi. Dia ni kalau membebel boleh meletup telinga orang jadi baik aku lari dulu.
Dari kamar mandi aku boleh dengar suara Afiqah dan Kina yang sedang
bertengkar'Kau ni Kina kenapa tanya waktu tu! Dia kan tengah tak okay, nanti dia tak nak spill the tea dekat kita!'
'Ish aku risau lah tengok Marissa macam tu! kot kot mamat tu ada buat apa apa dekat dia ke!'
Aku tersenyum kecil, benda kecil pun nak gaduh kawan-kawan aku ni.
>>>
Keluar sahaja dari tandas aku terkejut dengan kehadiran Insyirah dan Alya. Ni kenapa tiba tiba dekat sini? Bukan budak medic dua orang ni terlalu busy ke selalunya? Mereka tersenyum sumbing melihat aku.
"Hehe, Kina kata ada teh hangat itu yang kami datang sini" Kata Alya seakan-akan boleh membaca minda aku. Insyirah menganggukkan kepala. Aku laju memandang Kina sambil menjengilkan mata. Dia ni memang tau!
"Aku suruh dia mengaku yang kami tak ada apa apa tu je" Kata aku sambil berjalan menuju ke katil aku. Niat tadi lepas mandi nak terus tidur, nak tenangkan fikiran. Haih, tak jadi.
"Aik, tak akan lah tu je? Dia ada kata apa apa tak?" Tanya Alya sambil mengerutkan dahi. Aku... nak kena jujur ke ni?
"Err.. dia cakap tengok lah macam mana, aku tak faham lah mamat ni, dia memang suka kontroversi ke?" Tanya aku. Aku pening dia ni macam tak boleh harap je aku nak bersihkan nama aku je sekarang ni, Nama dia lantak dia!
"dah biasa kot" jawab Insyirah. Yang lain hanya mengangguk setuju
"Dia kan anak Tan Sri satu kolej ni kenal dia, handsome pulak tu lagi lah perempuan tergila-gila" kata insyirah lagi. GOTCHA! Anak Tan Sri patutlah!
"Hahh perempuan yang tergila-gila tu termasuk kau kan?" Usik Afiqah. Insyirah laju menggelingkan kepala. Punya laju Insyirah geling kepala tu macam nak tercabut dah aku tengok.
"Tapi kenapa aku tak tahu eh kewujudan dia?" Soal aku kepada mereka. Macam mana mereka tahu tapi aku tak tahu?
"Kau tu yang gamon dengan si Syafiq orang dah kata lupakan dia, banyak lelaki handsome dekat kolej ni tak nak dengar! Degil! Konon setia lah tu" bidas Kina. Seronok dia perli aku ya depan depan ni tunggu kau. Aku hanya menggarukan belakang kepala aku dan tersenyum sumbing. Senyum je lah mampu sekarang ni
"Kita tunggu je lah apa dia nak buat esok, dah pergi kamu berdua, ana mahu tidur" Kata aku sambil menepuk-nepuk bantal sebelum merebahkan diri ke atas katil
Alya dan Insyirah keluar daripada bilik kami. Tinggal Kina dan Afiqah yang masih duduk bersila di atas lantai. Yang ni kenapa pulak? Dah ada katil pergi duduk atas lantai.
"Yang korang berdua ni kenapa duduk atas lantai lagi? Tak ada katil dah?" Tanya aku pelik. Mereka bangkit dari kedudukan lalu pergi ke katil masing masing.
Harap-harap esok semuanya reda!
>>>
Kelas habis lebih awal hari ini. Dah tak tahu nak buat apa dekat kolej. Aku dan Kina pergi ke 7 Eleven yang berdekatan dengan kolej kami. Mujur 7 Eleven dekat dengan kolej boleh aku makan onigiri hari hari nyum nyum! Afiqah tak menyertai kami kerana ada urusan mendadak iaitu dia nak tidur.