chapter 3

17 1 0
                                    

Marissa berjalan menuju ke kelasnya. Dia melihat dua orang rakannya telah menunggu kehadiran Marissa.

"Kelas ditangguhkan lagi weh!" Kina mengeluh perlahan. Marissa tidak terkejut dengan berita yang Kina beritahu. Dia sudah sedia maklum bahawa kelas pada pagi ini ditangguhkan semasa dia di dalam perjalanan pergi ke kelas kulinari. Lecturer mereka memberitahu di dalam group whatsapp kelas mereka.

"Dah tahu kelas ditangguhkan kenapa kau orang dekat sini?" soal Marissa.

"Sebab kita orang ingat kau dekat sini" jawab Afiqah dengan kasar. Mereka bertiga mengeluh serentak. Mereka bertiga bergerak kembali ke bilik mereka semula selepas bergaduh di hadapan kelas kulinari itu.

>>>

"Marissa kau okay ke?" tanya Kina pembuka bicara selepas masing masing mendiamkan diri selama 20 minit.

"Aku sedih." balas Marissa dengan ringkas sambil menunjukkan riak muka yang sedih. Dia mengulingkan badannya ke kiri dan ke kanan di atas katilnya.

"Kenapa?" Afiqah dan Kina menanyakan serentak. 4 ekor pasang mata ditumpukan kepada Marissa. Mereka menunggu Marissa membalas.

"Tak ada apa lah" Marissa membalas sambil membenamkan mukanya ke bantal.

"Eh kau ni kan sengaja pancing emosi orang kan!" Marah Kina.

Mereka memaksa Marissa membuka mulut.

"Sedih sebab tak sempat minta nombor dia" Marissa membangunkan diri daripada pembaringan. Dia menyandarkan diri ke dinding.

"Hah? Nombor siapa?" Kina dan Afiqah berpandangan antara satu sama lain.

"Nombor abang kejar pencuri" jawab Marissa sambil memain dengan jari jemarinya.

"Ish tak faham lah!" Kina menggarukan kepala sambil mengerutkan dahi.

Marissa menceritakan semua kejadian yang telah berlaku tadi. Kina dan Afiqah ternganga mendengar cerita Marissa.

"Patut lah ramai perempuan jeling kau tadi, pelik jugak aku" kata Kina

"Eh ya lah, aku pun perasan tadi ramai jeling kau" bidas Afiqah pula. Tiba-tiba Afiqah tertawa berguling guling. Kina dan Marissa berpandangan pelik.

"Erm Afiqah kau kena rasuk ke?" soal Kina berhati-hati, takut lah kalau betul betul kena rasuk dia dah standby nak lari ni.

"Mesti mereka ingat kau awek abang tu" Kata Afiqah selari masih lagi tertawa. Kina yang telah menahan tawanya dari tadi akhirnya melepaskan ketawanya menyertai Afiqah.

"Okay cukup,daripada kita gelak macam orang gila, apa kata kita keluar!" Ajak Kina.

"Betul, kita kurangkan sikit kesedihan Marissa tu!" Jawab Afiqah dengan bersemangat.

>>>

Mereka telah tiba di destinasi yang di tuju. Masuk sahaja pusat membeli belah tersebut mereka telah menyinggah kedai pakaian wanita. Mereka melihat-lihat pakaian di butik tersebut. Banyak baju yang cantik-cantik tapi harga yang mencekik darah! Tak mampu seorang pelajar seperti mereka ingin membelinya. Mereka pergi ke kedai seterusnya.

Setelah penat membeli belah, mereka terduduk penat di bangku yang telah disediakan.

"Kau orang tunggu dekat sini tau, aku nak pergi tandas sekejap" pamit Marissa. Kina dan Afiqah hanya menganggukkan kepala sebagai respon.

Marissa keluar dari tandas setelah selesai. Dia ternampak Syafiq bekas teman lelakinya dengan kekasih baru. Kekasih baru? Cepatnya!

Marissa kembali kepada Kina dan Afiqah dengan keadaan tergesa-gesa.

"Dah, jom balik" Ajak Marissa sambil mengangkat barang yang dia belanja tadi. Kina dan Afiqah mengikuti langkah Marissa dari belakang.

Mereka bertiga selamat sampai di kolej. Satu yang mereka perasan, orang orang pandang Marissa atas bawah. Alya yang telah lama menunggu ketibaan mereka terus laju melari ke arah mereka bertiga. Dia ingin menanyakan soalan penting.

"Marissa, sejak bila kau jadi girlfriend Luthfi?!" Soal Alya terkejut.

"Kau tahu tak semua orang berbisik-bisik pasal kau dengan Luthfi sekarang ni!" sambung Alya lagi

"panjang cerita dia alya" jawab Kina

"Pendekkan." Alya tidak berputus asa. Dia perlu tahu tentang apa yang terjadi.

Mereka duduk di bangku kosong yang berada di berdekatan mereka. Marissa menarik nafas panjang dahulu sebelum menceritakan perkara yang berlaku.

"Oh macam tu aku dah faham sekarang, jadi apa plan kau sekarang ni?" soal Alya

"Aku nak jumpa dia." Balas Marissa. Marissa tekad ingin menyuruh Luthfi menerangkan semuanya kepada semua orang.

-stars-

My Star ⭐️Where stories live. Discover now