chapter 1

58 4 0
                                    

"Marissa Zahra, berapa kali ibu nak kena kejut kau bangun?! Bangun sekarang!" Berbuih buih mulut Puan Mashita cuba mengejut anak daranya bangun. Ini tak boleh buat menantu ni!

"Ya, Zahra bangun ni" jawab Marissa dengan mata yang masih cuba untuk membuka luas. Puan Mashita keluar dari bilik Marissa setelah memastikan anaknya sudah betul-betul bangun dari lena.

"Haih, kenapa lah kolej ni wujud, menyusahkan aku je tahu tak!" Marissa merungut sambil berjalan ke arah kamar mandi.

Selesai mandi dan menunaikan solat, Marissa menggalas beg lalu menurun ke bawah sambil menyanyi perlahan.

"Erm ibu, Zahra tak breakfast lah dah lambat lah" kata Marissa sambil menyalam tangan Puan Mashita. Puan Mashita hanya menganggukkan kepala. Sudah kebiasaan anak-anaknya bila lambat saja mesti tak sempat nak breakfast.

Marissa mempunyai jadual kelas yang padat pada minggu ini jadi dia terpaksa balik ke dorm nya semula. Sebelum ini Marissa hanya duduk di rumah ketika jadualnya tidak padat. Tapi kali ini jadual dia sungguh padat, semester terakhir kan.

"Hi girls,sorry lambat!" ucap Marissa sambil tercungap-cungap. Afiqah dan Kina hanya memberikan jelingan tajam. Memang lah marah! Hampir setengah jam mereka tunggu, nasib kelas pada pagi ini ditangguhkan 15 minit

"Hmm korang dah makan?" tanya Marissa kepada Afiqah dan Kina.

"Belum, tunggu kau lah!" jawab Afiqah sambil menunjukkan jari terlunjuk ke arah Marissa

"Okay, korang nak makan apa? Aku belanja!"

"Yeay!!!"

>>>

Marissa merenggangkan badan selepas lama duduk mendengari bebelan lecturer. Kalau lecturer handsome badan ketak ketak tak apa jugak ni suami orang perut buncit, bosan!

Mereka mengambil keputusan untuk keluar dari kolej mereka. Mereka bertiga pergi ke tasik yang berdekatan untuk menghirup udara segar.

"Woi jangan lari lah!" jerit seorang lelaki yang sedang mengejar seorang lelaki bertopeng hitam yang sedang memegang tas hitam. Pencuri!

Marissa terpukau melihat kekacakkan lelaki yang mengejar pencuri tersebut pergh lari pun handsome apatah lagi kalau dah menjadi milikku suatu hari nanti! Auch!

"Hah kantoi usya orang!"

"Opocot mak kau!" perempuan ni kalau tak buat aku terkejut sehari tak sah!

"Kina, terkejut tahu tak!" marah Marissa

"Ala ya ke, tak tahu pulak" Jawab selamba Kina sambil duduk di sebelah Marissa. Kina memberikan air Tinge yang dipesan Marissa.

"Haih kenapa lah hakimi nak dengan kau ni, tak faham lah!"

"Sebab hanya dia yang boleh nampak kecantikkan dan kemanjaan aku, auch!" jawab Kina dengan penuh keyakinan.

"Hak eleh, kalau macam tu aku pun tak ada" kata Marissa sambil mengelap air mata palsu

"Oh by the way, tadi ada seorang mamat ni kejar pencuri weh lepas tu mamat tu handsome weh" terang Marissa dengan gembira mata yang bersinar sinar seperti masih lagi terpukau dengan kekacakkan lelaki tersebut

"Kau ni, orang tengah bersusah payah nak tangkap pencuri pun kau sempat lagi nak usya" kata Kina sambil menggelengkan kepala

"Hehe, erm mana afiqah?" tanya Marissa sambil memanjangkan kepala mencari kelibat Afiqah

"Dia tengah tunggu makanan siap" jawab Kina ringkas. Kina lincah bermain telefon bimbitnya. Sekali sekala Marissa mencuri-curi melihat telefon bimbit Kina.

"Makanan dah sampai!" kata Afiqah sambil membawa makanan yang dipesan. Kina mematikan telefon lalu fokus ke makanan yang telah diletakkan di atas meja

"Korang, ada ajak insyirah dan alya tak lepak ni?" tanya Kina sambil meminum air yang dipesan. Pergh sedap! 10/10

"Dah, masing masing ada kelas petang, tak boleh join kita" jawab Afiqah

"Okay Afiqah, aku nak cerita tadi kan ada seorang mamat ni kejar pencuri and mamat tu handsome gila!" Cerita Marissa dengan penuh ceria. Matanya dipejam membayangkan wajah kacak lelaki tadi.

"Kejar pencuri? Ohhh tadi ada aku nampak, aku ingat berlari berkejaran seindah bunga ditaman, rupanya kejar pencuri" jawab Afiqah sambil tertawa. Kina dan Marissa menepuk dahi masing masing. Haih!

>>>

Mereka memasuki kolej kembali selepas selesai memenuhkan perut yang kosong. Nasib baik lah kolej mereka ini tidak terlalu strict. Mereka boleh keluar selepas habis kelas tetapi masa yang diberi hanya 2 jam. Pelajar juga diberi peluang untuk mengisi masa lapang di tasik yang berhampiran dengan kolej itu.

"wah, lega muka aku lepas basuh muka!" luah Marissa sambil menggosok-gosok mukanya.

"okay lah aku nak tidur, sila tutup lampu kalau tak nanti aku tak boleh tidur" pesan Marissa kepada dua orang rakan sebiliknya. Marissa membetulkan posisi badannya sebelum tidur.

-stars-

My Star ⭐️Where stories live. Discover now