0.8 - suka yang mana?

4.3K 602 122
                                    

"ALIS! Boyfriend kau sampai!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ALIS! Boyfriend kau sampai!"

Alis mengguling guling di atas katil, enggan untuk bangun dari tilam yang empuk tersebut. pagi Sabtu yang begitu dingin kerana hujan yang berterusan dari malam tadi sedikit sebanyak telah menambah kemalasan gadis itu. namun, segala-galanya musnah apabila suara pekikan kakaknya kedengaran dari luar bilik.

"ISH! APA!" bentaknya semula.

"amboi kau—melawan cakap Kakak ek? BANGUN AKU CAKAP! ADA ORANG NAK JUMPA!" kata Aira, mengetuk-ngetuk pintu biliknya bagai nak rak. Alis mendengus, akhirnya memaksakan dirinya untuk bingas bangun sebelum bakal dibebel lagi oleh kakaknya itu.

gadis itu menguak tombol pintu, menampakkan dirinya yang nampak jelas baru bangun dari tidur. jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi, dan Alis masih dalam baju tidurnya bersama dengan plushie di tangan. Alis menguap sekali, matanya kembali berair.

Aira menggeleng, memandang ke arah adiknya dengan jengkel. dia mencekakkan pinggangnya.

"Kakak kenapa? kacau la orang nak tidur!"

"tidur apa lagi Humairah Aliesya, ada orang nak jumpa kau!" balas Aira semula. Alis termangu seketika.

"siapa?"

"boyfriend kau."

"ish. apa main boyfriend boyfriend ni." balas Alis lagi, sedikit rimas dengan penggunaan bahasa kakaknya yang pelik pelik itu.

dahi gadis itu ditunjal sekali, manja.

"sekarang, pergi basuh muka, pakai tudung." arah Aira sebelum berlalu pergi. Alis merotasikan bola matanya sekali sebelum menurut kakaknya, wajahnya yang jelas kelihatan seperti baru bangun itu dicuci bersih. setelah selesai menggosok gigi, Alis bingkas mencapai sehelai tudung sarung lalu dipakainya malas. gadis itu mula mengatur langkah, menuruni tangga sebelum bergegas membuka pintu rumah.

Alis berdiri longlai, matanya secara tidak langsung menatap sosok jejaka di hadapannya dengan pandangan yang tidak berminat. lah, dia. ingatkan Yeonjun. baru kena dengan title boyfriend.

"lah. kau." ungkapnya.

"wow. i am deeply hurt." balas Haikal, menatap wajah gadis itu dengan sinis. di tangannya terdapat dua buah tupperware, yang entah apa isinya. Alis menguap sekali sambil merenung bekas itu lama.

"apatu?"

"brownies. ibu kasi."

mendengar perkataan brownies, serta merta mata gadis itu bertukar segar bugar. senyuman ikhlas meleret di pipi, pantas Alis menghulurkan tangannya kedepan.

"WAH! BROWNIES! NAKK!!" pintanya. Haikal mencebik, lalu bekas berisikan brownies segar dari oven bertukar tangan. Alis tertawa riang.

"yay! cakap dekat ibu kau, terima kasih tau." kata Alis. Haikal menaikkan alis keningnya, sementara sebelah tangan mencekak pinggang.

rain ; if it is you. Where stories live. Discover now