0.7 - new circle

5.9K 627 89
                                    

JUJUR Alis akui, sepanjang 16 tahun tumbuh dewasa, tatapannya ke arah seseorang manusiawi tidak pernah sesedih dan seberharap ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JUJUR Alis akui, sepanjang 16 tahun tumbuh dewasa, tatapannya ke arah seseorang manusiawi tidak pernah sesedih dan seberharap ini. mata gadis itu selalu melihat ke arah makhluk Tuhan yang lain dengan perasaan takjub atau biasa, tapi kali ini, hanya hiba dan perih.

Alis tidak pernah tahu sebegitu kuat perasaan rindunya, terhadap seorang manusia yang dia kenal bahkan tidak lebih dari sebulan.

bagaikan semalam, Hujan memanggilnya dengan sebutan Humairah.

bagaikan semalam, Hujan mendiskripsikan Alis sebagai seekor rama-rama yang indah.

bagaikan semalam, Layla datang memberi amaran kepada Alis untuk menjauhi satu-satunya lelaki yang berjaya menarik perhatiannya.

sedar tidak sedar, 30 hari berlalu. tiga puluh hari tanpa keberadaan Hujan yang terasa sangat sementara. 24 jam seminggu tanpa ada Hujan yang menatap dirinya dalam masa lima saat sebelum dengan sendirinya tunduk kerana malu.

Alis menggeleng kepalanya berulang kali.

"stop being so weird, Alis. he's nobody in your life. he was just here for a moment." pujuk dirinya.

tatkala minda cuba menidakkan, ada hati yang merintih dalam kerinduan yang memuncak.

"Alis!"

gadis itu menoleh, lalu mendapati Sarah, salah seorang teman sekelas meluru ke arahnya dengan senyuman penuh bermakna. Alis hanya membalas senyumannya semula dengan nipis.

"nanti kan, ada Minggu Bahasa. minggu depan la to be precise. setiap kelas kena ada ketua yang lead. kau leader, boleh?" tanya Sarah.

aku? ketua?

kenapa?

"kenapa aku?" Alis melontarkan persoalan batinnya kepada Sarah. Sarah sempat menjeling memerli sebelum menepuk bahu Alis lembut.

"buat buat tanya pulak. kau kan pandai bab-bab bahasa ni. boleh ek? boleh?"

Alis termangu sebentar, cuba membolak-balikkan fikirannya. pada akhirnya, dia mengangguk setuju.

"bolehla."

"okay, nice! nanti aku send dekat kau number Presiden LMC kita." ungkap Sarah sebelum beredar pergi. oh, LMC merupakan singkatan kepada Language Member Community, by the way.

Alis hanya mengiyakan Sarah dalam hati, terlalu malas ingin mengambil peduli. tatapannya kembali jatuh kepada Hujan yang sedang duduk di atas kerusi kantin.

rain ; if it is you. Where stories live. Discover now