Alis membuka buku yang sempat diberi oleh Hujan di stesen kereta api sebentar tadi. perasaan bahagia bercampur hangat masih belum hilang dari ruangan fikirannya. bahkan, senyuman yang terukir di bibir belum sempat pudar. dia bagaikan lagi lagi jatuh cinta dengan cara unik seorang Hujan Arasyah dalam mencintainya.
Alis kembali tersenyum sendirian. sehinggalah ketika jarinya menyelak buku itu ke helaian yang terakhir, lagi lagi Alis dibuat salah tingkah dengan tulisan Hujan.
Alis sukakan Hujan.kerana padanya, hujan itu indah. hujan bagaikan teman yang setia mendengar, setia menemani di kala suramnya malam yang gelap. hujan memberi ketenangan dan kehangatan dalam hati tatkala diri sedang berdukacita, dan hujan merupakan saksi yang menyimpan seribu satu rahsia manusia di alam semesta ini.
pendek kata,
Alis sukakan hujan.
namun, kali ini, gadis itu harus mengaku sesatu.
bahawa hakikatnya, Humairah Aliesya lebih menyukai Hujan Arasyah berbanding hujan yang sebenar-benarnya.
______
hujan-humairah,
2023, literally, end.terima kasih semua 🤍
YOU ARE READING
rain ; if it is you.
Romantizm"akan ada pelangi selepas hujan," 2022 | @mintytxt - h.