"Sofea!" Jerit satu suara dari arah belakang.
Terpelanting senduk yang aku pegang di tangan. Lantas aku memalingkan wajah memandang ke arah tuan empunya suara.
"Kau dah kenapa Nadia? Terkejut aku tahu tak?" Bebel aku. Tajam mata aku memandang Nadia yang sedari tadi berdiri menghadapku dengan muka terkejut.
"Kau okay tak?" Soalnya kepadaku.
"Aku okay. Kenapa?" Balasku malas. Senduk yang elok terletak di atas lantai aku capai lalu aku basuh di sinki. Kacau betul la minah sorang ni. Nak masak pun tak tenang.
"Tangan kau babe!" Jeritnya lagi.
"Kenapa?" Soalku pelik.
"Tangan kau berdarah. Tak kan kau tak sedar?" Soalnya lagi.
"Ha?"
Aku membelek-belek lengan kiriku. Ada darah yang berlumuran disitu.
Banyak.
Aku belek lagi. Ada luka sepanjang satu jengkal. Mana datang luka ni? Aku memandang sekeliling. Mata aku berhenti pada satu sudut. Ada pisau yang sedang terjuntai di hujung kabinet. Ada calitan darah juga di situ.
Sah! Pisau ini punca tangan aku luka sebegini.
"Kau tak sedar ke tangan kau luka?" Soal Nadia lagi. Tangannya sibuk mengelap darahku dengan tisu.
"Patutlah aku rasa pedih-pedih. Rupa-rupanya kena pisau."
"Kau ni, punyalah fokus masak, sampai tangan luka pun tak sedar. Dah la panjang luka dia." Bebel Nadia.
"Mana la aku tahu luka. Aku ingat pedih sebab benda lain. Aku biar aje la. Mana la aku perasan." Terangku.
Jujur aku katakan, kalau aku dah mula fokus buat satu-satu kerja, boleh jadi rumah jiran sebelah terbakar pun aku tak sedar.
"Dah, jom!" Tiba-tiba Nadia menarik lenganku.
"Eh! Jom pergi mana?" Soalku pelik. Aku menarik semula lenganku dari genggaman Nadia.
"Pergi klinik la cik Sofea oii. Tangan kau tu luka. Mana boleh biar macam itu aje. Kena infection nanti." Bebel Nadia sambil mencekak pinggang. Mula la tu perangai mak-mak dia.
"Alah, nanti aku sapu minyak gamat okay la ni."
"Banyak la kau minyak gamat. Mana ada minyak gamat dalam rumah ni."
"Ada la. Makcik Gayah sebelah rumah ada, nanti aku minta la sikit."
"Kau jangan nak mengarut boleh tak? Pergi siap sekarang, aku bawa kau pergi klinik."
"Aku tak habis masak lagi la. Tak kan nak biarkan aje macam ni?" Aku memberi alasan lagi. Aku malas betul la nak keluar waktu hujung minggu ni. Aku nak rehat kat rumah tau tak?
"Biarkan aje. Hari ni kita makan luar. Kau pergi siap cepat. Dapur ni biar aku yang kemas." Nadia menolak tubuhku keluar dari dapur. Nekad betul si budak Nadia ni. Luka sikit aje pun, nak ke klinik bagai.
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Cepat pergi bersiap." Nadia menolak aku keluar dari dapur.
Eh dia. Main kasar nampak. Okay, fine! Aku bersiap sekarang.
"Cik Sofea, sila masuk."
Akhirnya, sampai juga giliran aku untuk berjumpa dengan doktor. Lama betul tunggu giliran. Punya la ramai orang dekat klinik ni. Ada kempen sakit berjemaah ke apa, sampai satu jam aku kena tunggu semata-mata nak jumpa doktor aje pun.
Kalau tak angkara si budak Nadia tu, dah tentu-tentu sekarang aku dah terbongkang atas katil buat taik mata. Petang-petang macam ni memang best nak tidur. Membazir masa betul.
Aku memberi isyarat kepada Nadia sebelum aku masuk ke dalam bilik doktor seorang diri.
"Cik Sofea ya? Sila duduk." Tegur doktor yang sedang elok duduk di atas kerusi empuk miliknya berhadapan denganku.
Aku hanya menurut arahan doktor lalu melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan meja doktor.
Satu saat. Dua saat.
Sunyi.
Doktor tadi masih sibuk menulis sesuatu di atas kertas. Aku perhatikan tulisannya. Mak aii! Kalah tulisan cakar ayam budak tadika. Dah tak ada bentuk dah huruf-huruf tu. Entah apa yang dia tulis aku pun tak faham.
"Sorry cik Sofea. Lama pula saya menulis." Katanya lalu meletakkan pen di atas meja. Wajahnya kemudiannya dihadapkan sepenuhnya ke arahku. Mata kami bertemu buat kali pertama sejak aku masuk ke dalam bilik ini.
Hensem juga doktor ni. Ini kalau hari-hari sakit pun aku sanggup kalau doktor yang rawat aku muka elok macam ni.
"Tak apa doktor. Saya faham." Kataku membalas permintaan maafnya.
"Boleh saya tahu, cik Sofea sakit apa ya?" Soalnya penuh sopan dan berhemah.
Alahai doktor, dah la hensem, sopan pula tu.
"Cik?"
"Iya?"
"Cik sakit apa?" Soalnya semula.
"Owh ya, saya luka. Datang sini nak cuci luka sebenarnya." Kataku gelabah sambil menunjukkan lenganku yang berbalut dengan kain.
Sempat pula kau mengelamun Sofea. Buat malu aje.
"Owh, kalau macam tu boleh cik Sofea duduk dekat sana sekejap. Nanti saya datang balik." Katanya sambil menunjukkan ke arah satu kerusi panjang seperti katil berwarna biru.
Aku hanya mengangguk lalu menurut arahannya. Doktor tadi hilang buat beberapa minit lalu dia kembali bersama beberapa alatan mencuci luka ditanganya.
Proses mencuci luka pun bermula. Aku diam saja sedari tadi. Lama aku perhatikan doktor di hadapanku ini. Nampak muda, segak, elok. Mesti dah berpunya kan?
Ehh kau Sofea, ke situ pula dia.
Tiba-tiba mata aku menangkap satu baris nama yang terukir elok di atas name tag yang dipakai doktor kacak di depanku ini.
Harith.
Owh nama dia Harith. Doktor Harith. Sedap nama tu. Lagi sedap kalau nama tu diletakkan dekat hujung nama anak-anak aku nanti.
Wah-wah dia. Berangan kau. Hahaha.
"Awak kena apa sampai luka macam ni sekali?" Soal Harith memecahkan kesunyian di antara kami.
"Kena pisau." Balasku ringkas.
"Pisau?" Soalnya semula bersama kerutan di dahi. Wajah aku dipandang sekilas.
"Awak bergaduh ke apa?" Sambungnya lagi.
"Ehh tak ada lah. Saya terkena pisau waktu masak tadi. Entah macam mana boleh terkena saya pun tak perasan. Tahu-tahu dah berdarah dah, itupun kawan saya yang tegur. Kalau tak saya tak perasan." Terangku panjang lebar.
Kalau tak cerita detail nanti, mahu dia ingat aku ni jenis minah-minah bergaduh kat lorong pula. Jatuh la reputasi aku.
"Awak ni, lain kali cuba la berhati-hati sikit. Kan dah dapat penyakit." Nasihatnya lembut.
"Baik." Balas aku sepatah. Tak terkeluar kata-kata lain lepas dengar suara lembut Harith. Cair mat.
"Okay dah siap." Katanya lalu mula mengemas semua perkakas yang digunakannya tadi.
"Terima kasih doktor. Saya keluar dulu." Aku melemparkan senyuman buatnya.
"Sama-sama."
"Ingat, be careful after this, okay." Sambungnya lagi.
Aku hanya mengangguk lalu melangkah keluar dari situ.
YOU ARE READING
Your Sofea
RomanceSemuanya bermula pada hari itu. Hari di mana Sofea Nalesha dipertemukan dengan jejaka kacak bernama Harith Nuqman. Siapa sangka, doktor muda itu telah menambat hatinya saat pertama kali mereka bertentang mata. Sikapnya yang baik dan prihatin membuat...