Aku dan Harith berjalan beriringan di persisiran pantai. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Hari makin merangkak senja.
"Saya minta maaf." Tuturku apabila teringatkan peristiwa yang berlaku tadi.
"For what?" Soal Harith pelik. Dia menundukkan pandangannya menghadapku yang hanya separas dadanya.
"Sebab saya dah ceroboh privasi awak?"
"Privasi?" Harith memberhentikan langkah. Aku juga.
"Saya dah tengok gambar dalam kamera awak tanpa kebenaran tadi. Kan ceroboh privasi namanya tu." Aku menggarukan kepala yang tidak gatal.
Memang Harith tidak berkata apa-apa mengenai hal tadi, tapi aku rasa aku patut minta maaf daripadanya. Macam kurang sopan pula jika biarkan hal itu berlalu begitu saja.
"Eh, tak lah. Ceroboh privasi apanya. Lawak la awak ni Sofea." Harith ketawa kecil.
Lah! Apa yang lawaknya?
"Saya serious ni." Aku serious, boleh pula dia buat main.
"Saya pun tengah serious ni. Tak ada apa-apa lah. Tengok gambar aje pun." Katanya tenang. Langkah diatur semula.
"Betul ni?" Soalku meminta kepastian.
"Betul." Senyuman manis ditayangkan kepadaku.
Baguslah kalau macam tu. Tak ada lah aku rasa bersalah sangat.
"Your wife, Aleesya. She's pretty." Pujiku tiba-tiba.
Tiba-tiba rasa mahu cubit mulut sendiri. Kenapa lah aku pergi sebut pasal arwah isteri dia. Kalau dia tiba-tiba tak ada mood macam mana?
"She is." Wajah Harith tampak bersahaja. Dia okay ke?
"What's your full name Sofea?" Tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Harith.
Apa kena mengena nama penuh aku dalam cerita ni?
"Sofea Nalesha binti Amran." Tutur aku satu persatu.
Harith mengangguk mendengar nama penuhku.
"Sounds the same." Tutur lelaki itu perlahan tapi sempat lagi telingaku menangkap pertuturannya.
"Apa yang sama?" Dahi aku berkerut.
"Nama awak hampir sama dengan nama arwah isteri saya."
"Aleesya Sofea binti Imran." Tambahnya lagi.
"What a coincidence." Aku terkedu.
Nama kami memang lebih kurang sama. Sampai nama ayah pun hampir sama. Cuma berbeza huruf depan saja.
"Kan. Saya pun tak sangka. Mungkin ada sebab kenapa Allah pertemukan kita berdua. Betul tak?" Harith memandang aku lama.
"Maksud awak?"
"Allah brings people into your life for a reason, and removes them from your life for a better reason. Mungkin ada hikmah kenapa Allah ambil Aleesya daripada saya dulu dan tiba-tiba hadirkan awak dalam hidup saya sekarang. We don't know." Tutur Harith bersahaja lalu dia memalingkan wajah menghadap ke arah matahari yang sedang terbenam.
Apa maksud Harith?
'Hadirkan awak dalam hidup saya sekarang'
Ayat itu terngiang-ngiang di dalam kepala.
Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi di antara kami. Masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri. Aku dengan duniaku, dia dengan dunianya.
Tiba-tiba kami disapa oleh seorang pemuda.
YOU ARE READING
Your Sofea
RomanceSemuanya bermula pada hari itu. Hari di mana Sofea Nalesha dipertemukan dengan jejaka kacak bernama Harith Nuqman. Siapa sangka, doktor muda itu telah menambat hatinya saat pertama kali mereka bertentang mata. Sikapnya yang baik dan prihatin membuat...