BAB 5

26 4 0
                                    

Ting!

Bunyi notifikasi telefon bimbitku menandakan ada mesej masuk. Aku mencapai telefon di atas meja guru. Mesej daripada Harith? Nak apa dia?

'Assalamualaikum cikgu. Saya nak minta tolong sikit boleh'

'Waalaikumussalam. Ya, ada apa tu doktor?'

'Saya nak minta cikgu tolong hantarkan Atisha balik. Saya tak dapat datang ambil dia sekarang. Tokma Atisha jatuh dekat toilet. Sekarang saya dekat hospital ni.'

Allahu Akbar! Aku memandang Atisha sekilas. Anak kecil itu sibuk menyiapkan kerja rumah yang aku berikan tadi.

'Teruk sangat ke doktor? Ke nak saya bawa Atisha ke hospital terus?'

'Tak teruk pun. Kejap lagi saya dengan mama balik. Boleh ya cikgu tolong hantarkan Atisha?'

'Boleh-boleh. Doktor jangan risau.'

'Okay, terima kasih cikgu. Drive safe.'

Aku mematikan skrin telefon selepas membaca kiriman mesej Harith yang terakhir.

"Atisha, jom!" Kataku sambil mengemas-ngemas barangku di atas meja guru.

"Jom pergi mana cikgu?" Soal Atisha pelik.

"Cikgu hantar kamu balik ya. Papa tak dapat datang." Aku berjalan mendekati Atisha lalu barang-barang miliknya aku kemas.

"Kenapa papa tak dapat datang cikgu? Papa sibuk ke?"

Patut ke aku bagi tahu Atisha? Tapi Harith cakap Aunty Rozi tak apa-apa. Cuma cedera ringan saja.

"Iya sayang. Papa sibuk. Sebab tu papa suruh cikgu hantarkan Atisha balik."

"Owh, okay." Balas gadis kecil itu tanpa banyak soal.

"Jom!"

Kami kemudiannya menapak keluar dari tadika itu menuju ke keretaku.


"Ini ke rumah Atisha?" Soalku seraya memberhentikan kereta betul-betul di hadapan sebuah banglo besar berwarna kelabu putih.

Mak aii! Ni rumah ke istana?

"Iya cikgu. Ni la rumah Atisha." Jawabnya teruja.

Aku memandu kereta ke pintu masuk. Ada pengawal di situ. Dikerlingnya kami sekilas lalu dia memberikan arahan kepada rakan setugasnya untuk membukakan pintu pagar. Mungkin Harith telah memberitahu mereka tentang kedatangan kami.

Aku memandu kereta ku menuju ke dalam pekarangan rumah Harith. Kereta aku letakkan betul-betul berdekatan dengan garaj kereta yang menempatkan beberapa buah kereta mewah.

"Jom cikgu!" Ajak Atisha lalu dia segera keluar dari perut kereta. Aku turut melakukan hal yang sama. Aku pandang kereta aku sekilas. Kemudian aku pandang deretan kereta mewah yang terletak di bawah garaj.

Insecure mat.

"Jom masuk cikgu." Atisha menarik lenganku.

"Assalamualaikum!" Gadis kenit itu memberi salam seraya dia membuka pintu utama rumah banglo tersebut.

Tiba-tiba muncul satu wanita berusia lingkungan 50-an datang menyapa kami.

"Atisha dah balik?"

"Dah Mak Leha." Atisha menyuakan beg sekolahnya kepada wanita bernama Mak Leha itu.

Aku di sebelah hanya diam memerhati.

"Cikgu Sofea ya?" Tanya Mak Leha kepadaku.

"Ya saya." Balasku sambil tersenyum lalu tangan wanita tua itu aku capai untuk bersalaman.

Your SofeaWhere stories live. Discover now